CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 10

[Tempatan] 50 syarikat guna logo halal palsu didakwa

[Copy link]
Post time 25-4-2014 03:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) mendakwa terdapat kira-kira 50 syarikat telah dikenal pasti menggunakan logo halal palsu dalam produk yang dikeluarkan mereka, khususnya produk berkaitan makanan kesihatan.

Presiden LPKPM Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya mendakwa hasil tinjauan mereka mendapati produk makanan kesihatan yang dijual di pasaran, terutama di sekitar ibu kota dan Kepong, menggunakan logo halal palsu.

"Tinjauan di beberapa pasar raya terkenal di ibu kota mendapati ada produk 'bak kut teh' dikategorikan sebagi halal dengan mempunyai logo halal.

"Pihak kami menerima enam aduan daripada orang ramai untuk menyemak produk yang ada dalam pasaran bagi memastikan sama ada ia halal atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa terdapat dua syarikat di Selayang bergiat aktif mengeluarkan logo palsu kepada syarikat yang mengeluarkan segelintir produk termasuk produk makanan kesihatan dan kosmetik.

Sehubungan itu Saharuddin meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajar terhadap syarikat yang terlibat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Menggunakan logo halal palsu yang tidak pernah diiktiraf dalam apa sahaja aspek adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata pemantauan Jakim amat penting supaya pengguna tidak tertipu dan logo halal digunakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Orang ramai juga perlu lebih berprihatin ketika membeli sesuatu produk dan perlu mendekati bantuan Jakim jika mempunyai sebarang keraguan.

Sementara itu, jurucakap Jakim ketika dihubungi Bernama berkata, jabatan itu dan Jabatan Agama Islam Negeri adalah pihak yang berautoriti memberi pengesahan halal terhadap pengeluar produk dan premis.

"Adalah satu kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna dengan mempamer atau menggunakan apa-apa logo dan ungkapan halal seperti penggunaan ayat suci Al-Quran atau sebarang objek berhubung agama Islam sama ada di premis di mana makanan dijual atau pada bekas makanan yang dijual.

"Jika betul syarikat tersebut menyalahgunakan logo halal, maka tindakan akan diambil dibawah Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Katanya sebarang produk berkaitan bak kut teh termasuk rempah sup tidak dikategorikan sebagai makanan halal dan orang ramai perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi tindakan lanjut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 04:55 PM | Show all posts
swastakan lagi halal tu..swastakan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:39 AM | Show all posts
double stem cell dah bungkus?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:00 AM | Show all posts
Katanya sebarang produk berkaitan bak kut teh termasuk rempah sup tidak dikategorikan sebagai makanan halal dan orang ramai perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi tindakan lanjut.
dengar tu ...orang ramai kena buwek aduan ...bukang meke.....meke tak leh buwek tindakan tanpa aduan .....meke hanya tunggu dalam opis yang ado aircon-tot....taw
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 08:50 AM | Show all posts
bak kut teh pon ade logo halal?? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 08:54 AM | Show all posts
Mizuahana posted on 28-4-2014 08:50 AM
bak kut teh pon ade logo halal??  hahaha

bak kut teh halal maa...babi haram...cheling pun halal maa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2014 08:56 AM | Show all posts
boleh tak senaraikan je syarikat2 tu kat dalam paper?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:19 AM | Show all posts
senaraikan jela. ape susah nya. takot kena saman?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 11:31 AM | Show all posts
haah penakut ke tak nak senaraikan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:34 AM | Show all posts
Simunggu posted on 28-4-2014 08:54 AM
bak kut teh halal maa...babi haram...cheling pun halal maa...

haha...b*b* je eh yg haram
cheling tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:43 AM | Show all posts
Acong posted on 26-4-2014 02:39 AM
double stem cell dah bungkus?

masih hangat org berkaching dengan biz stem cell nie..sampai ratus2 riban....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.135246 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list