CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4141|Reply: 38

[Tempatan] Berat badan pegawai barisan hadapan JPA tidak boleh lebih 80 kg

[Copy link]
Post time 25-4-2014 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Berat badan pegawai barisan hadapan JPA tidak boleh lebih 80 kg
        
24 Apr 2014 05:46pm

Shahidan Kassim

        
Oleh Hilmi Ali ([email protected])
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya melantik pegawai kerajaan di barisan hadapan yang mempunyai berat badan kurang daripada 80 kilogram.

Selain dinamik, proaktif dan berintergriti, Shahidan berkata dengan penetapan kurang daripada 80 kilogram itu pegawai berkenaan boleh dijadikan idola kepada usaha menambahbaik kesihatan.

“80 kilogram ini maksud saya mereka yang sentiasa aktif, dinamik dan kalau mereka mahu menjadi pengerusi jawatankuasa banjir mereka kalau tak larat bergerak susahlah, kerana banjir adalah bencana yang berlaku dengan begitu cepat seperti kebakaran, ribut sebagai contoh.

“Saya sudah minta JPA memastikan pegawai di samping ilmu dan kepakaran yang tinggi mestilah berat badan 80 kilogram dan sihat,” katanya selepas sesi perjumpaan bersama Pengurusan Tertinggi JPA di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Dalam pertemuan itu juga Shahidan berkata persepsi negatif yang diberikan kepada anggota kerajaan perlu ditapis dengan fakta bagi mengelak rakyat dimomokkan dengan persepsi yang tidak benar.

“Bentangkan fakta gaji doktor, pegawai supaya rakyat boleh menilai daripada momokan pihak tertentu. Kalau ada yang menuduh anggota kerajaan buat sesuatu yang mencurigakan, biar ada fakta dan bukti bukannya dengan cara menghukum sebelum bicara,” katanya.

Last edited by ifanonline on 25-4-2014 12:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2014 12:08 PM | Show all posts
JPA pun tak suka kakitangan gemok...kesian org gemok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
berat ni tak merujuk kepada gemuk..kawan aku tinggi tapi berat die dlm 90kg.tapi die bkn gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mn boleh letak berat gtu.. Letak bmi lah..
Klu tinggi 150 berat 80 gemuk dah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:10 PM | Show all posts
cikgu2 kira barisan hadapan tak? banyak aku tgk cikgu gemuk2 sampai tak larat nak berdiri lama-lama dalam kelas
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:12 PM | Show all posts
dah la masuk parti seks pun tak boleh
duduk barisan hadapan pun dah tak boleh
kesian orang gemuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 02:20 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 25-4-2014 02:10 PM
cikgu2 kira barisan hadapan tak? banyak aku tgk cikgu gemuk2 sampai tak larat nak berdiri lama-lama  ...

bukan tak larat berdiri dalam kelas sebab gemuk... tapi gemuk sebab memang suka duduk & tak nak berdiri dalam kelas...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 02:23 PM | Show all posts
astarghfirullahal'adzimm... mmg berat aku 82kg tapi tak gemok... aku tall dark muscular hari2 angkat berat sit up push up...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 02:24 PM | Show all posts
cikgu banyak mkn nasik...dan kueh...dan kacang...dan kueh lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 02:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:27 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 25-4-2014 02:10 PM
cikgu2 kira barisan hadapan tak? banyak aku tgk cikgu gemuk2 sampai tak larat nak berdiri lama-lama  ...

Masa mengajar xboleh duduk sebenarnya

ada cikgu perempuan sekolah aku, dia denda anak murid dia berdiri

sekali masa dia duduk kt kerusi guru, patah kerusi tu terus keluar kelas itu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:28 PM | Show all posts
ifanonline posted on 25-4-2014 02:25 PM

uniform terpaksa custom made gitu. harga pun lain sebab lg banyak guna fabric

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:29 PM | Show all posts
ifanonline posted on 25-4-2014 02:25 PM

Pakai selipar jer, sempoi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:32 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 25-4-2014 02:27 PM
Masa mengajar xboleh duduk sebenarnya

ada cikgu perempuan sekolah aku, dia denda anak murid dia ...

tu la, mmg xleh duduk, kecuali nak rehat sekejap2.
kalau cikgu perempuan mengandung pun mungkin kena selalu duduk.
ni stok2 yang menjerit2 dkt meja suruh anak murid tlg padam whiteboard tp dia duduk jah terbongkang dkt kerusi


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:35 PM | Show all posts
Shidan tu brapa agaknye beratnye...

Klu lebih berat dier kena turunkan berat badan dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 02:35 PM | Show all posts
bolehkah??? meeting kursus makanan sedap2
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:37 PM | Show all posts
ek elehhhh....macam2 laaa..gemuk pon x bley
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:42 PM | Show all posts
harap tengku adnan tak baca artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065527 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list