View: 2628|Reply: 8
|
[Tempatan]
{8} Porsche dilarikan guna taktik `langgar samun' !
[Copy link]
|
|
22 April 2014
Kuala Lumpur: Dua perompak menggunakan taktik ‘langgar dan samun’ untuk merompak seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kereta mewah milik mangsa model Porsche 977 GT 2 bernilai lebih RM300,000.
Dalam kejadian jam 1.40 pagi kelmarin, mangsa berusia 35 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat bandar melalui Jalan Klang Lama, di sini.
Sumber polis berkata, mangsa yang sedang memandu bersendirian bagaimanapun terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang keretanya.
Menurutnya, mangsa yang menyangka keretanya dilanggar secara tidak sengaja memberhentikan kenderaan untuk memeriksa.
“Difahamkan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berpura-pura meminta maaf.
“Bagaimanapun belum sempat berbuat apa-apa, seorang daripada suspek mengacukan parang dan mengugutnya,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian terus melarikan kenderaan mangsa tanpa mencederakannya.
“Mangsa kemudian menghubungi ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini,” katanya. -myMetro
p/s rege dah jatuh dari RM300k ke RM30k jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
TUN ada porsche..korang ada apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
takpe, orang kaya leh beli lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
call tu suh bawak cek book.. nak beli baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
ilang porche sambar brabus...pe de hal..
nsb baik umo pjg...tu lbh baik |
|
|
|
|
|
|
|
claim insurans beli kete lain. ape ade hal ! |
|
|
|
|
|
|
|
wa.. 35 tahun da pakai porsche.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|