CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3710|Reply: 11

DrMAZA.com - Di mana roh org Mukmin?

[Copy link]
Post time 18-4-2014 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DI MANA ROH ORANG MUKMIN?

Dalam hadis sahih riwayat daripada al-Imam Ahmad, dalam satu
rangkaian sanad yang menarik yang menghimpun tiga imam besar
mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah iaitu al-Imam Ahmad, al-Imam asy-
Syafi'e dan al-Imam Malik -moga Allah merahmati semua mereka-
disebutkan di manakah roh orang mukmin:

Daripada al-Imam Ahmad, beliau meriwayatkan daripada al-Imam
asy-Syafi'e, beliau pula meriwayat daripada al-Imam Malik bin Anas,
dari Ibn Syihab al-Zuhri daripada 'Abd al-Rahman bin 'Abdillah bin
Ka'ab, daripada Ka'ab bin Malik bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Roh orang mukmin (seperti) burung yang hinggap di
sebatang pokok syurga sehingga Allah mengembalikan ke jasadnya
pada Hari Kiamat"

Adapun dakwaan bahawa roh mukmin berada dalam Telaga Zam-Zam
tiada dalil sahih dari al-Quran ataupun as-Sunnah. Al-Imam Ibn
Qayyim al-Jauziah dalam kitabnya Ar-Ruh juga menegaskan bahawa
tiada nas al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan roh orang
mukmin dalam Telaga Zam-Zam. Apatahlagi dakwaan boleh memanggil
roh dari Telaga Zam-Zam untuk bertanya soalan. Ini sesuatu yang
tidak boleh diterima.

Antara ucapan Nabi s.a.w yang menyatakan bahwa roh mukmin dalam
syurga dan ucapan orang lain yang menyatakan roh orang mukmin
dalam Telaga Zam-Zam, siapakah yang wajar kita percaya? Last edited by obelisk on 18-4-2014 12:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 01:54 PM | Show all posts
telaga zam-zam???

kalau kalam Allah dan sabda rosul sy terima lah....

kalau cerita2 ilmu baru dr manusia tentang hal ghaib, bukan kerja manusia nak tentukan benda2 nie....


Last edited by ussopp on 18-4-2014 01:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 08:49 PM | Show all posts
Dr MAZA Menjelaskan Tentang Telaga Barahut

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:38 PM | Show all posts
cerita yg ni ke.....

SEORANG LELAKI YANG JUJUR DAN BERAKHLAK MULIA MASUK NERAKA KERANA SEORANG WANITA MISKIN

Diriwayatkan dari seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di kota Mekah. Apabila tiba hari untuk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang lelaki yang diketahui olehnya seorang lelaki yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh ahli keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki berkenaan. Sekali lagi hampa apabila, keluarga lelaki itu tidak tahu menahu.

Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangan tentang hartanya yang tidak diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,'' pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan pangillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya.''

Malam tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah tersebut.

Ulama itu berkata lagi kepadanya,''Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi Barhut yang dikatakan sebagai mulut neraka jahanan.''Tanpa melengahkan masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba suara itu menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanyakan, kemana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh lelaki amanah itu,''Pergilah di suatu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa sekali pun, sekali pun anakku. Galilah di situ kamu akan menjumpai dinar mu.''

Sebelum meninggalkan suara berkenaan , lelaki kaya itu bertanya lagi,''kenapa kamu ditempatkan disini sedangkan kamu adalah orang yang baik.'' Lalu dijawab,''Aku mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak mengendahkannya apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadannya. Kerana itu Allah menyeksaku aku di neraka jahanam.''

MORAL CERITA: Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW bersabda ,''Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.''


ulama tu tak kata pun ROH ada dlm telaga zam-zam atau telaga barhut kan
tapi.......................ILMUNYA
untuk BANTU MEMBANTU SESAMA ISLAM
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:39 PM | Show all posts
baca yg ni plak kott..............

UNTA YANG BERKATA-KATA
UNTA BERKATA-KATA

Lelaki Muslim itu terkejut dan bingung. Unta itu adalah miliknya, tetapi dia dituduh mencurinya pula.

Sungguh licik si pemuda Yahudi itu. Dia telah membawa empat orang saksi bersama-samanya dan keempat-empat orang saksi itu membuat tuduhan palsu terhadapnya. Pemuda Muslim itu tidak dapat mempertahankan diri kerana tidak mempunyai saksi. Lalu Rasulullah SAW memutuskan unta itu adalah milik si pemuda Yahudi dan lelaki Muslim dijatuhkan hukuman potong tangan.

Dalam keadaan bingung, pemuda Muslim itu mendongak sambil menadah tangan seraya berdoa, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

Setelah berdoa, pemuda Muslim itu sekali lagi menemui Rasulullah SAW. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keterangan kepada Rasulullah SAW untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, melainkan dia meminta Rasulullah SAW bertanya sendiri kepada unta itu.

Memang sesuatu yang aneh untuk bertanyakan soalan kepada seekor binatang, tetapi oleh sebab lelaki itu bersungguh-sungguh mahu membuktikan yang dia tidak bersalah, Rasulullah SAW bertanya kepada unta itu, “Hai unta! Milik siapakah engkau ini?”

“Wahai Rasulullah! Aku adalah milik pemuda Muslim ini dan sesungguhnya para saksi lelaki Yahudi itu adalah pendusta,” jawab unta itu dengan terang dan jelas.

Rasulullah SAW kehairanan apabila mendengar pengakuan unta itu.

“Wahai pemuda Muslim! Beritahu kepadaku, apakah yang telah engkau lakukan sehingga Allah membolehkan unta ini bercakap perkara yang benar.”

“Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak tidur pada waktu malam melainkan aku terlebih dahulu membaca selawat ke atasmu sepuluh kali,” jawab pemuda Muslim itu dengan jujur.

“Engkau telah selamat daripada dihukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga daripada seksaan di akhirat nanti kerana berkatnya engkau membaca selawat untukku,” sabda Rasulullah SAW.

Dengan keputusan Rasulullah SAW, pemuda itu terlepas daripada hukuman dan bebas daripada dituduh mencuri. Dia sangat bersyukur dan yakin bahawa Allah SWT akan memberikan perlindungan kepadanya selagi dia terus melaksanakan amalan-amalan yang baik.

Kamu tidak akan mampu membalas kebaikan Nabimu Muhammad s.a.w., walaupun kamu berjalan dengan kedua-dua kelopak matamu [ al-Habib Abdullah bin Alwi al-Hadad ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:42 PM | Show all posts
ada yg dapat jumpa NABI SHUAIB?.......................baik le tuuuuu
ada yg jumpa KHIDIR................baik le tuuuuu
ada yg jumpa MUHAMMAD......................lagi lagi sangat baik le tuuuuuuuuu
ada yg JUMPA RABB..........................MASYAALLAH aku tak berani nak kata apa2 dah

cuma..............nak tahu je
apa yg MEREKA2 ini dapat bila berjumpa tuuuu
tu jeeeee
kalau takde pape tuuu
hheemmmmmm.....................perasan je le kot nyeeeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 10:20 PM | Show all posts
abiht roh kat mana sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 02:53 PM | Show all posts
abih - TUHAN tu kat mana??????????????????????????????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 09:16 PM | Show all posts
"Roh orang mukmin (seperti) burung yang hinggap di sebatang pokok syurga sehingga Allah mengembalikan ke jasadnya pada Hari Kiamat"

Benar, kalau sudah diredhai kot. Kalau belum duk kat lembu, anj**g, cacing dsbnya kot....
Yang tak beriman pada si ikan, asyik kena makan, dari kecik sampai ke besar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 04:47 AM | Show all posts
Org beriman dgn org mukmin x sama ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 04:36 PM | Show all posts

DrMAZA.com 21 minutes ago · Edited


Sesiapa yang mempelajari ilmu hadith akan tahu bahawa sesuatu hadis yang sahih tidak memadai sekadar 'rijaluhu thiqat' (para perawinya dipercayai) tetapi mestilah juga bersambung sanad, tanpa ada shaz (keganjilan yang mencanggahi riwayat atau sumber yang lebih diyakini terutamanya al-Quran dan hadis-hadis sahih) dan tiada 'illah (kecacatan).
Riwayat dari sumber yang tidak ketahui seperti dari 'seorang lelaki' tanpa diketahui siapa dia tidak boleh diterima kerana itu dianggap majhul. Demikian riwayat yang bercanggah dengan hadis-hadis seperti menyatakan roh orang mukmin dalam Telaga Zam-Zam bercanggah dengan hadis-hadis Nabi s.a.w yang sahih, maka tidak boleh diterima.
Apatah lagi apabila ia bukan bersumberkan Nabi s.a.w.
Ini perkara terlalu basic yang ketahui oleh semua yang mempelajari ilmu hadith.
Sementara kesabitan sebahagian kandungan Kitab al-Kabair oleh al-Zahabi telah dipertikaikan oleh muhaqqiq.
---------


DrMAZA.com shared a link. 2 hours ago





Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 11:23 PM | Show all posts
obelisk posted on 21-4-2014 04:36 PM
DrMAZA.com 21 minutes ago · Edited

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa’ bin Aazib RA berkata: “Kami bersama Nabi Muhammad SAW keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad SAW duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian baginda SAW mengangkat kepala sambil bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.” Nabi Muhammad SAW mengulangi sebanyak 3 kali.”Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: “Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah SWT dan ridhaNya.”
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: “Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang harum ini?” Dijawab: “Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah SWT berfirman: “Catatlah suratnya di Illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.”
Maka kembalilah roh ke jasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua malaikat untuk bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: “Apakah agamamu?” Maka dijawab: “Agamaku Islam” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Dia utusan Allah”. Lalu ditanya: “Bagaimanakah kamu mengetahui itu?” Maka dijawab: “Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya”
Maka terdengar suara: “Benar hambaKu, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata.” Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: “Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah SWT kepadamu.” Lalu bertanya: “Siapakah kau?” Jawabnya: “Saya amalmu yang baik.” Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.”


ROH ORG2 MUKMIN di sisi TUHANNYA..................benar
  bagai burung dipepohonan syurga ...............benar
  di sumur zam2....................benar
  di kuburnya.........................benar
  di depan hang pun .......................aku membenarkannya



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075933 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list