|
17 April 2014
Langkawi: Keseronokan sepasang kekasih menikmati percutian di pulau ini berakhir tragedi apabila teman lelakinya maut selepas lemas ketika berenang di Tasik Dayang Bunting, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Wong Sheng Yong, 19, yang berasal dari Damansara Damai, Selangor ditemui di dasar tasik oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Difahamkan, mangsa dan kekasihnya tiba di pulau ini sejak Ahad lalu untuk bercuti sebelum ke tasik berkenaan untuk mandi di situ.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.39 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 10 anggota termasuk Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) yang diketuai Penguasa Bomba Kanannya, Saiful Munir.
Beliau berkata, mangsa dikatakan datang bersama teman wanitanya di tasik berkenaan dan lebih kurang 10 minit berada di situ, mangsa terus terjun ke dalam tasik sedalam kira-kira 20 meter tanpa memakai jaket keselamatan kerana mangsa dikatakan pandai berenang.
p/s tak sempat kawin kekasih & bunting...
Last edited by tongkatwaran75 on 17-4-2014 07:12 AM
|
|