Sumber: Malaysian Digest
Amy Search. Kredit: Faisol Mustafa
Selama ini ramai yang hanya mengenali beliau sebagai seorang penyanyi. "Lagenda Rock negara", "otaimer", "Rockstar", itu antara gelaran yang cukup sinonim dengan empunya diri, Amy Search. "Phewwwittt!!", 'bunyi ala siulan' itu trademark beliau.
Bergelar pengibur sejak lebih 3 dekad, figura berusia 55 tahun ini terus berada di kelas tersendiri sekaligus kekal sebagai inspirasi buat para peminat setianya juga anak muda masa kini. Namun, tidak siapa tahu siapa sebetulnya pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ini.
Seiring dengan penglibatannya selama 32 taun dalam persada muzik tanah air, Amy Search akhirnya bersedia mendedahkan siapa dirinya yang sebenar. Segala rahsia yang tak pernah diketahui umum kini dibongkar menerusi sebuah buku biografi, eksklusif untuk para peminat.
"Idea untuk hasilkan buku biografi ni sebenarnya sudah lama, sejak tahun 2009. Tapi ianya tertangguh disebabkan masalah keewangan dan dari segi kekangan masa. Tapi prosesnya dah bermula sedikit demi sedikit.
"Buku ini eksklusif untuk peminat saya yang memberi sokongan sejak bergelar artis pada tahun 1980-an lagi. . Isi kandungannya bercerita tentang pengalaman suka dan duka, sepanjang 30 tahun pembabitan saya dalam bidang hiburan. Juga siapa diri saya yang sebeanrnya. Banyak orang hanya kenal saya sebagai penyanyi, tapi mereka tidak tahu saya ni asalnya seorang budak nakal", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak hanya bertumpu kepada perjalanan kariernya, malah penerbitan biografi setebal 400 mukasurat ini turut menceritakan kisah hidupnya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
"Selama ni orang tau saya rockers, tapi orang tak tau kisah sebenar hidup saya. Ramai yang tak tahu saya pernah bekerja sebagai buruh kasar. Biografi ini menyikap kehidupan saya yang bermula dari hari ini hingga membawa pembaca mengenali dunia saya, zaman bagaimana saya membesar, kemudian menjadikan nyanyian sebagai hobi hinggalah jadi profesyen saya sampai hari ini. Saya juga kongsikan beberapa pengalaman yang pernah saya lalui, yang mana saya pasti peminat tak peernah terfikir pun apa yang perna saya lalui itu", katanya lagi.
Setakat ini, judul biografi tersebut belum diputuskan namun yang pasti naskah istimewa ini akan berada di pasaran selepas hari raya Aidilfitri nanti.
Dalam pada itu Amy juga berkata beliau tidak kisah berkongsi beberapa cerita hitam juga kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini. Bukan mahu membuka pekung di dada, namun kontroversi-kontroversi tersebut setidak-tidaknya dapat dijadikan pengajaran..................................................................
Baca artikel penuh: http://www.malaysiandigest.com/h ... -buku-biografi.html
|