View: 3475|Reply: 19
|
[Tempatan]
{2} Tiga kembong dalam lombong, tak dapat nak tolong! pic
[Copy link]
|
|
14 April 2014
KUALA LUMPUR - Cubaan tiga lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri daripada diserbu polis dengan terjun ke dalam sebuah lombong di sini kelmarin berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas.
Kejadian berlaku di sebuah lombong berhampiran Bulatan Batu Caves, Selangor dekat sini lewat petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail memberitahu, dua daripada mangsa ditemui sekumpulan pemancing kira-kira pukul 6 petang semalam.
"Seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti pula timbul kira-kira dua jam selepas itu," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunakan kayak untuk kerja-kerja mengangkat mayat kerana mereka telah hanyut jauh ke tebing seberang sebelum operasi tersebut selesai dalam tempoh 20 minit.
"Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan dan dipercayai telah mati lebih 24 jam berdasarkan keadaan mangsa yang kembung semasa diangkat sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.
p/s padan muka...
Last edited by tongkatwaran75 on 14-4-2014 09:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang penagih dadah yang ditemui lemas di sebuah lombong di Batu Caves semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la mandi lagi lombong...
kan byk org dah pesan arus air lombong pelik skit. dia akan tarik org ke bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takda air sekalipun jgn la sampai mandi dlm lombong. mandi tepi lombong cukup la.
guna gayung ceduk air skit skit masuk timba lepas tu boleh mandi. |
|
|
|
|
|
|
|
HUHA posted on 14-4-2014 05:58 AM
kalau takda air sekalipun jgn la sampai mandi dlm lombong. mandi tepi lombong cukup la.
guna gayun ...
Bukan mandi la....... |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 14-4-2014 05:58 AM
Bukan mandi la.......
yer saya tahu. saya baru saja selesai membaca berita tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la kenapa la lari terjun lombong. kan dah mati. kalau kena tangkap bukan mati pun. paling teruk masuk pusat pemulihan je |
|
|
|
|
|
|
|
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 14-4-2014 05:50 AM
ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang penagih dadah yang ditemui lemas di sebuah lombong di ...
takde sape ke nk rembes kat abg2 bomba tu?... biasa ader jer mata2 tajam kat sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan tiga penagih dadah terjun ke dalam tasik dalam usaha melarikan diri dari diberkas pihak berkuasa sebaliknya meragut nyawa apabila semua mereka mati lemas berhampiran sebuah kuil di Batu Caves di sini.
Mayat semua mangsa yang berusia lewat 30-an itu ditemui terapung di permukaan tasik oleh orang awam petang semalam sebelum kejadian itu segera dilaporkan kepada pihak bomba dan penyelamat.
Penolong Pengarah Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, mayat mangsa ditemui terapung di tebing tasik oleh orang awam yang memancing ikan di kawasan itu sekitar jam 5.30 petang.
Menurutnya, sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bergegas ke lokasi kejadian sebelum menarik mayat kedua-dua mangsa pada jam 6.09 petang.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan dan dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, anggota bomba yang melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian bagaimanapun menemui mayat seorang lagi lelaki sekitar jam 7.30 petang.
Mayat lelaki ketiga itu turut dibawa ke tebing tasik sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dua mayat terbabit.
Menurutnya, polis menyiasat kemungkinan dua lelaki terbabit penagih dadah yang terjun ke dalam tasik itu untuk melarikan diri ketika operasi dilakukan pihak berkuasa bagi membanteras penagih dadah di kawasan itu malam kelmarin.
“Setakat ini tiada unsur jenayah terhadap kematian kedua-dua mangsa,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik xde gmbo perot kembong...
mau aku nti... |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 14-4-2014 07:49 AM
nsb baik xde gmbo perot kembong...
mau aku nti...
nah pic kembong...
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 14-4-2014 07:26 AM
nah pic kembong...
kembong yg ni sedap buat grg sambal ijau jek...
mkn ngan ns pns...perrrgghhh...bertmbh2 ns dipinggan...
|
|
|
|
|
|
|
|
astagaaa tajuk tong |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 14-4-2014 07:19 AM
Tindakan tiga penagih dadah terjun ke dalam tasik dalam usaha melarikan diri dari diberkas pihak be ...
Aku syor...............waris si mati mengambil peguam utk SAMAN Pihak yg membuat serbuan ini.
Pihak Berkuasa sepatutnya berkawal di bahagian lombong tersebut.
Saman!
Saman!!
Saman!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup menyusahkan orang,baik mati... |
|
|
|
|
|
|
| |
|