CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14494|Reply: 75

Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali

[Copy link]
Post time 11-4-2014 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali


[size=0.75em]Fahrin Ahmad lebih senang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang sudah dikenalinya.


[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta.

Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang mencari pasangan  yang sudah dikenali kerana ia memudahkannya untuk mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam.

"Rasanya saya sudah tidak mahu berkawan dengan wanita yang belum dikenali. Penatlah nak lalui tempoh perkenalan itu.

"Lebih senang jika wanita itu daripada kalangan kenalan saya. Hanya perlu nak mengenali hati budi dengan lebih mendalam saja," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fahrin, bagaimanapun, dia enggan memikirkan mengenai hal kahwin kerana mahu memberi fokus dalam kerjaya seni.

Dalam pada itu, Fahrin turut menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan daripada pihak media dan orang ramai mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya.

"Bukan setakat pihak media saja yang bertanya bila saya nak kahwin, tetapi peminat pun bertanya soalan yang sama.

"Tetapi saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana saya faham sebagai selebriti masyarakat bukan sahaja ingin tahu mengenai kerjaya tetapi juga hal peribadi kita," ujarnya.

[size=0.75em]Fahrin Ahmad lebih senang mengacarakan program-program berbentuk keagamaan.



Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal digandingkan dengan Dr Ridhuan Tee Abdullah bagi mengacarakan program baru Astro Oasis iaitu Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU).

Rakaman program Dunia PU  
[size=0.98em]itu akan bermula pada 19 April ini dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD pada setiap Khamis, pukul 9 malam, bermula 1 Mei depan.

Kata Fahrin, sejak akhir-akhir ini dia sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan dan ia membuatkannya lebih gembira memandangkan dia ingin mengubah diri dalam menjadi seorang lelaki Muslim yang lebih baik.

"Alhamdulillah, akhir-akhir ini saya sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan. Malah saya juga diberi tugasan mengendalikan beberapa program sukan di RTM.

"Dan sekarang ini kalau boleh di bidang lakonan juga saya ingin mengubah konsep mengurangkan adegan-adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.

"Tetapi sebagai seorang pelakon jika watak bersentuhan itu perlu, saya akan lakukannya. Cuma seboleh-bolehnya saya cuba elakkan adegan seperti itu. Saya percaya kerja apa sekalipun jika niat kita ikhlas segalanya akan dipermudahkan," tuturnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
  marilah kita berkenalan ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nk kenalan ng dia... Uuuwaaaa :lol
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea posted on 11-4-2014 12:24 PM
marilah kita berkenalan ..

Amboi cepat nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:27 PM | Show all posts
kui3 .. risau di kenakan lagi kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:27 PM | Show all posts
kita pun dh kenal2 sejak lama dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2014 12:29 PM | Show all posts
abg parin ni... tak abes2 dgn kisah cinta tak kesampaian...
utk kali ni aku doakn bjaya wlpn ku iringi dgn air mata
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:32 PM | Show all posts
2,3 hari ni dok jaja kisah cinta je abe pahrin ni...
patutnya kena buat program realiti Mencari Cinta versi abe pahrin kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 12:38 PM | Show all posts
kirenye abam pahrin blm bercinta lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:43 PM | Show all posts
sapakah wanita yang dikenali tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:46 PM | Show all posts
suka hati ko lah nyah fahrin....
apa2pun jgn putus minum...a..a..a..ali ali cafe,kuat!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 01:00 PM | Show all posts
alerr... bilanya ko nak usha rafidah tu fahrin...

tunggu berita gembira ni....

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 01:38 PM | Show all posts
alahai..tak da chance la nak berkenalan..
tak pe la abe fahrin..ai merelakan melepaskan you...

skg ai nak ushar ee plak...
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 01:43 PM | Show all posts
abam pahrin lagi, gud luck la abam
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Memilih sangat si fahrin nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:37 PM | Show all posts
bukan ada thread fahrin ke sebelum ni? ke dh combine?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 02:38 PM | Show all posts
takut ah nk kawen ngan fahrin ni..sasa sgt..sekali kne tempeleng, terus senget muka..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
IMO, dia ni seorang perfectionist yg mempunyai ego yang tinggi dan mendambakan seorang perempuan yg perfect yg dpt memenuhi segala kriteria yg dia kehendaki. Ada jer I jumpa lelaki yg macam ni. Selagi dia tak nak compromise the kriteria, susah kot nak jumpa perempuan yg ada semua ciri2 tu. Kena terus mencari lah atau pun tunggu jer jodoh tu sampai. Apapun I doakan abg fahrin dan x-bf i semoga bertemu jodoh. Just my 2 cents. Apa pun, abg fahrin memang eye candy utk I tgk bola kat tv 1
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:53 PM | Show all posts
kawan i ckp, kulit Fahrin ni lagi cerah/putih drpd Aaron AZIZ kalu jumpa face to face..i konpius sbb dlm TV tgk Aaron lagi putih?

How?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:54 PM | Show all posts
Dari aku remaja sampai dah jadi status wanita ni...ni je la berita fahrin yang slalu diulang2...dari minat jadi x minat
lantak kau la nak kawen ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.160868 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list