CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9164|Reply: 31

Masalah Jual/Beli Secara Online

[Copy link]
Post time 11-4-2014 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum.

Kalian selalu atau pernah tak beli barang melalui online? Apa masalah kalian bila berurusan dengan online shopping ni?
Masalah saya yang paling utama, duit baki.

Dah banyak kali juga saya beli barang secara online. Alhamdulillah setakat ni tak pernah ditipu. Beli barang mesti dapat barangnya. Kelewatan pun tak pernah berlaku. Kalau penjual kata dah pos hari ni, kalau tak esok, lusa pasti dapat.

Pasal duit baki tu...memanglah tak banyak. Kalau bank in duit di bank, duit kertas terkecil yang diterima adalah RM 10. Ada penjual yang jujur pulangkan baki, ada juga tidak.

Pengalaman pasal penjual tak pulangkan duit baki...

1. Kalendar 2012. Saya kira penjual ni gagal matematik . Satu item berharga RM10, termasuk pos RM5, dia kira total RM15. Saya beli dua item. Sepatutnya dua item RM10 x 2 = RM20, campur pos RM5. Sepatutnya RM25 la kan? Tapi tak. Dia kira RM15 + Rm15. Jadi saya kena bayar RM30. Saya bayar jelah. Silap saya sendiri juga tak betulkan kesilapan tu. Dan saya percaya, ramai juga orang yang beli barang tu lebih daripada satu item. So...takkan dia jual semua barang tu dengan harga RM15 satu item? Untung banyak tu.

2. Kalendar 2013. Orang pertama dan kedua ni buat usahasama dengan beberapa orang lain, untuk buat kalendar. Saya pilih orang kedua sebab saya lebih kenal dia, banyak komen di blog dia berbanding yang pertama tu, saya jadi SR je. Pun sama, saya beli dua kalendar, juga pada harga yang sama dengan yang atas. Bezanya, jumlah yang saya harus bayar RM25. Sebab saya bank in duit di bank, maka saya bayar RM30. Penjual tu janji akan pulangkan baki RM5. Tapi bila barang sampai, duit baki tak dipulangkan. Saya pun tak bagitahu dia. Cuma bila nak CNY, penjual hantar emel, minta maaf kalau ada kekurangan dan salah faham sepanjang kitorang kenal, ala-ala hari raya la . Jadi saya bagitahu la pasal duit baki. Tak lewat pun, saya rasa tempoh dapat barang dengan CNY tu ada la dalam sebulan. Dia minta maaf sebab yang uruskan pasal pos ni kawan dia di Melaka sedangkan dia di Kuching [tiba-tiba terfikir, mungkin kawan dia yang pos tu adalah orang yang pertama]. Dia minta no. akaun, nak pulangkan duit. Saya cakap tak payah, biarlah itu sebagai duit untung perniagaan dia, tapi dia tolak. Sebab dia jujur, dan saya suka dia sebagai pembaca blog dia, saya hadiahkanlah duit tu sebagai angpau. Tak banyak, RM5 je. Selesai.

3. Baru jadi. Minggu ni. Saya beli barang dengan harga RM45, campur dengan duit pos, RM 8, jumlah semua sekali RM53. Bank in duit di bank, RM60. Dapat barang lewat. Dia kata pos Jumaat pagi, tapi baru dapat Rabu petang . Duit baki RM7 tak dipulangkan. Saya kira dia ni tak pandai berniaga online. Saya SMS minta detail barang, dia cuma bagitahu harga barang dan harga pos. Detail. Detail. Orang minta details; jenis kain, warna, saiz, pilihan bayaran, jumlah harga, pos laju atau biasa. Yang jumlahkan harga bayaran RM53 tu saya juga. Lepas buat bayaran, SMS dia. Dia hanya balas "ok", tak cakap pun pasal baki. Saya yang banyak nak kena tanya dia; bila pos, guna pos apa. Bila dia pos Jumaat pagi, sepatutnya Isnin dah boleh sampai. Bila hari Selasa pun tak sampai lagi, saya SMS minta tracking number pada pagi Rabu. Sampai ke petang dia tak balas. Nasib baik barang dah sampai. Saya SMS lagi kata barang dah sampai. Tak sempat letak phone, dia dah balas "ok". Kesimpulannya, dia tak pandai berniaga online.


Mungkin bagi sesetengah orang, duit baki tu sikit je, halalkan je la. Saya boleh halalkan, kalau penjual tu macam yang nombor dua, jujur. Beli daripada peniaga lain, semua pulangkan duit baki kecuali yang tiga tu. Pernah juga, saya beli baju [iklan di board jual/beli], saya tak sempat pun lagi nak masukkan duit, tapi dia dah pos dah barang tu masa lunch, jadi saya bank in juga petang tu. Ada baki RM5, penjual minta nombor akaun. Dia bank in duit baki. Ada juga saya beli buku daripada seorang junior, baki RM9. Dia pulangkan walaupun duit not seringgit, disertakan sekali dalam barang yang dipos.

Pasal duit baki ni jadi bila kita tak guna online banking. Semua barang yang saya bayar guna Maybank2u, memang tak ada masalah sebab kita bayar tepat. Saya tak ada CIMBclicks sebab tak ada akaun CIMB, jadi terpaksa bayar di bank, terpaksa juga bayar dengan guna not 10 walaupun harga barang xx1. Jual/beli melalui online tak sama dengan kedai. Kalau duit baki yang diterima tak betul, boleh patah balik, pulangkan yang lebih atau minta yang kurang. Tapi kalau online...memang mereka takkan layan la. Terfikir juga, peniaga ni sengajakah beri nombor akaun yang tak ramai orang ada perbankan online, supaya pembeli kena bayar lebih dan penjual dapat untung lebih.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 10:48 AM | Show all posts
online banking bukan boleh bayar ke mana-mana bank yang ada dalam malaysia ke? pergi ke IBG transfer, klu tak salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2014 10:55 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 11-4-2014 10:48 AM
online banking bukan boleh bayar ke mana-mana bank yang ada dalam malaysia ke? pergi ke IBG transfer ...

Memang boleh, tapi pernah ada masalah dulu bila bank in ke CIMB guna Maybank2u, tu yang tak suka guna
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:59 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 11-4-2014 10:55 AM
Memang boleh, tapi pernah ada masalah dulu bila bank in ke CIMB guna Maybank2u, tu yang tak suka g ...

ooo.. so far sy tak pernah bermasalah guna IBG transfer. susah juga gitu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 10:06 AM | Show all posts
so far, pengalaman beli barang online ni mmg tip top.
tablet/phone pun lips beli online saja... senang.. kita dah tahu spec sekian2,
so transfer duit... tunggu barang je.

kalau beli online dr oversea pun so far takde pengalaman2 ngeri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 09:42 PM | Show all posts
Saya pun pernah terkena.

Saya beli online and bank in payment melalui ATM mc and mc tu terima hanya note RM10 aje. Harga barang adalah RM81 and I bank in RM90. Selelr janji nak bayar balik the RM9 tapi sehingga kini dah masuk 4 tahun - masih tak bayar lagi. Itu yang susahnya bayar guna ATM cash mc. I pulak takda M2U.or CIMB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2014 12:52 PM | Show all posts
lipsofanangel posted on 12-4-2014 10:06 AM
so far, pengalaman beli barang online ni mmg tip top.
tablet/phone pun lips beli online saja... sen ...

Baguslah kalau macam tu.
Harap-harap you tak kena tipu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 12:52 PM | Show all posts
uda posted on 13-4-2014 09:42 PM
Saya pun pernah terkena.

Saya beli online and bank in payment melalui ATM mc and mc tu terima ha ...

4 tahun...memang tak la penjual tu nak ingat dan pulangkan duit baki tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 09:36 AM | Show all posts
kes 1 tu tengok jugak sis, kalau berat 1 item pos dah caj RM5, 2 item mungkin caj pos RM10, selayaknya lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 10:01 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 17-4-2014 09:36 AM
kes 1 tu tengok jugak sis, kalau berat 1 item pos dah caj RM5, 2 item mungkin caj pos RM10, selayakn ...

Entah eh...
Mungkin juga
Tapi barang tu tak berat pun. Kalendar biasa je, yang mana saya rasa, 2013 punya lebih berat berbanding 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin boleh cuba transfer dr akaun kita melalui atm. Bukan yg cash deposit tu. Kalau transfer dr akaun sendiri tu boleh transfer exact amount.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 04:16 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 17-4-2014 10:01 AM
Entah eh...
Mungkin juga
Tapi barang tu tak berat pun. Kalendar biasa je, yang mana saya rasa, 2 ...

sahlah akak kena kencing

takkanlah kalendar sebegitu berat, hantar 2 barang didarab dua, taruk batu lesung ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 09:41 AM | Show all posts
nisa_k_ots posted on 23-4-2014 01:36 AM
Mungkin boleh cuba transfer dr akaun kita melalui atm. Bukan yg cash deposit tu. Kalau transfer dr a ...

Oh, ada nampak pilihan tu kat atm tapi tak pernah cuba dan tak pernah peduli pun.
Thanks, nanti boleh cuba kalau nak beli online lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 09:41 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 23-4-2014 04:16 AM
sahlah akak kena kencing

takkanlah kalendar sebegitu berat, hantar 2 barang didarab dua,  ...

Memang tak berat pun.
Saya tak fikir pasal berat, saya fikir penjual tu fail matematik
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:58 PM | Show all posts
Saya selalu tukar kat bank not RM1. Senang nak bagi baki :-)
Tapi selalu juga saya bagi genapkan harga kalau beli barang 2 item ke atas + postage. Contoh total harga termasuk pos RM51, saya bagi RM50 saja. senang customer nak bank in :-)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:14 AM | Show all posts
I ada 2 perkara tak settle lagi  ni.

1 - I minta refund RM 100 dr sorang seller ni sebab dia tak boleh deliver barang yang I order. Dia kata boleh saje refund tapi dah 2 hari belum ada lagi.

2. I beli barang and bayar deposit RM400. Dah PM and email seller tentang dah masukkan deposit ni and dah hantar gambar transaction resit. Btau semalam petang but sehingga pagi ni tiada lagi reply dari seller.

Ini yang leceh tentang setenggah seller. Kalau minta duit, cepat-cepat dia suruh bank-in. Pastu bila dah bank-in dia buat senyap aje, takda pun akcnowledge yang dah terima duit masuk.

..Stress...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2014 12:22 PM | Show all posts
funz_universe posted on 3-5-2014 09:58 PM
Saya selalu tukar kat bank not RM1. Senang nak bagi baki :-)
Tapi selalu juga saya bagi genapkan ha ...

Waa...bagusnya peniaga macam you ni.
Respect
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 12:23 PM | Show all posts
uda posted on 5-5-2014 10:14 AM
I ada 2 perkara tak settle lagi  ni.

1 - I minta refund RM 100 dr sorang seller ni sebab dia tak  ...

Uh...beraninya you beli barang beratus ringgit secara online
Harap penjual tu semua jujur la. Kalau nak duit, cepat je. Kalau nak hantar barang, bukan main berdolak-dalik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 12:42 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 6-5-2014 12:23 PM
Uh...beraninya you beli barang beratus ringgit secara online
Harap penjual tu semua juju ...

Tulah...I harap mereka ni jujur.
Sampai saat ni - I masih lagi menunggu jawapan drp mereka.
Yang janji nak beri refund tu kira reputable jugalah, ramai forumer beli dgn dia tapi kali ni dia senyap aje.
Mudah-mudahan I tak kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 12:48 PM | Show all posts
Cuma berkongsi pandangan sebagai seller:

1. Ucapkan "terima kasih" selepas terima bayaran dari customer. Jangan sekadar kata "Ok" saja. Memang rezeki dari Allah. Tapi customer sudi beli dari kita. Hargailah.

2. Kalau customer janji nak bayar, tak salah buat friendly reminder. Tak perlulah cakap perli2. Kita tak tahu apa masalah customer. Dari dia memang nak beli & memang ada duit nak beli cuma masa tak mengizinkan untuk buat transfer online atau cash deposit, terus tak jadi beli. Kan dah rugi.

Ini pengalaman saya beli barang online baru2 ni. Yang pertama sebab dah bayar, saya pejam mata saja walaupun hati sikit terasa. Yang kedua saya bayar juga sebab dah tak jumpa barang tu di mana2. Cuma seller ni je ada. Tapi maaf, lepas ni tak beli dah dari kedua2nya.

Yang kedua tu saya dah bayar malam tadi bila baru berkesempatan buka laptop. Lepas tu mesej pada dia. Sampai sekarang senyap je. Pagi tadi sms pun senyap saja. Cuba bersangka baik, dia tak online whatsapp lagi sebab last seen dia malam tadi lepas mesej sindir2 tu. Btw, yang kedua tu saya beli Al-Quran Digital yang jenis besar sebab nak beri pada mak. First time beli dengan orang ni sebab dulu saya beli dengan orang lain jenis yang kecil. Rasa sedih pula kena layan macam ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.089824 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list