Johor Bahru: “Pada setiap hari, dia bersiap awal termasuk berpakaian kemas seolah-olah mahu ke pejabat dan pulang ke rumah pula jam 10 malam dengan alasan majikan meminta bekerja lebih masa.
“Dia juga kerap meminjam wang saya hingga menyebabkan saya terpaksa berjimat menguruskan perbelanjaan dapur,” kata seorang mangsa keganasan rumah tangga, Rashidah Karim, 26, di Bandar Seri Alam, Masai, di sini, semalam.
Rashidah berkata, dia hanya menyedari suaminya yang juga bekas pembantu pejabat adalah seorang ‘kaki karaoke’ dan gemar lepak bersama rakan-rakannya apabila terserempak dengan lelaki berkenaan di sebuah pasar raya di pusat bandar raya, di sini, pada Januari lalu.
Menurutnya, sejak peristiwa berkenaan, timbul pelbagai perselisihan faham antara dia dan suami yang berusia 28 tahun itu.
“Rupa-rupanya suami tidak ke pejabat kerana sudah dibuang kerja sejak Oktober lalu berikutan sikapnya yang kerap ponteng kerja.
“Saya pernah menasihati dan memujuknya mencari pekerjaan lain, tetapi dia masih terus hanyut dengan hobi yang tidak berfaedah berkenaan,” katanya.
Rashidah berkata, suaminya juga bertukar menjadi panas baran jika dia enggan menyerahkan wang diminta.
Menurutnya, pasangan hidupnya itu juga pernah memaki hamun serta kerap memukulnya sejak empat bulan lalu.
“Dia memberi layanan buruk walaupun saya perlu bekerja dan pada masa sama menguruskan perbelanjaan keluarga termasuk anak perempuan berusia enam tahun.
“Saya yang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang terpaksa menyerahkan hampir semua wang kepadanya dan terpaksa berjimat dengan baki sedia ada bagi menanggung perbelanjaan.
“Lebih malang, suami pantang ditegur kerana akan memukul hingga badan saya lebam,” katanya.
Menurutnya, dia juga terpaksa mendapatkan rawatan di beberapa klinik swasta berhampiran rumah.
Katanya, keadaannya bertambah buruk apabila suami membelasahnya pada akhir Mac lalu hingga mengakibatkan kecederaan di kaki.
“Saya dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama beberapa hari dan hingga kini saya masih menjalani rawatan.
“Anak kami kini di bawah jagaan saya dan sudah mengambil keputusan untuk mengemukakan fasakh di Mahkamah Syariah.
“Suami pernah beberapa kali cuba memujuk tetapi demi keselamatan diri dan anak, saya mengambil keputusan untuk bercerai,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Manayi Ibrahim berkata, mangsa dera itu kini ditempatkan sementara di rumah perlindungan sebelum dibenarkan tinggal bersama ahli keluarganya (keluarga ibu mangsa).
Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Berdasarkan siasatan kami, suami mangsa pernah memukulnya hingga mangsa mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda,” katanya.-myMetro
p/s klu dah minat sgt karaoke, beli set amp, speaker, mic, laptop...wat niaga majlis kawin...RM300-500 satu hari jadi DJ sekali...
hehe.. abg ipo ku mmg kaki karok, dan dia buat bisnes sewa2 menda2 tu utk kenduri kawin.. mahsyuk le gak time2 musim org kawin.. dari hobi jd bisnes lak..
Video pertama, pak ali legend tu, cam kenal je.
Dekat Melaka ek, kedai makan dekat Jalan Hang Tuah.
Situ boleh tahan gak banyak karaoke. Famili fun punya entertainment.
org johor mmg giler karok kot!
baik kat kedai makan, rumah org kahwin ada je org karok...
lg 1 yg aku perasan kat satu2 kawasan tu pusat karaoke adalah satu keperluan gitu!
mesti kena ada...
tp dorang nyanyi sedap2 gak..