View: 7907|Reply: 90
|
[Tempatan]
Markup harga bahan makanan basah hospital sehingga 100 peratus
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara berpendapat harga bahan makanan basah seperti ikan dalam senarai kontrak di beberapa hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi antara 34.4 peratus hingga 100 peratus berbanding harga pasaran.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, siri 1 dibentangkan di Dewan
Rakyat di sini hari ini, keadaan itu menyebabkan kerajaan tidak mendapat 'nilai
untuk wang' kerana terpaksa membayar harga lebih tingi berbanding pasaran.
Turut dilampirkan perbandingan senarai harga iaitu harga bagi sekilogram
ikan siakap untuk kontrak baharu 2012-2014 di Hospital Sultanah Aminah, Johor
adalah RM21 berbanding harga pasaran RM14.50 manakala sekilogram
sotong bernilai RM16 (pasaran RM9.50).
Semakan di Hospital Kuala Lumpur mendapati harga sekilogram ikan bawal
berdasarkan kontrak adalah RM21.50 (pasaran RM16), ikan kerapu RM19.50 (pasaran
RM12), ikan nyior RM18 (pasaran RM10) dan ikan keli RM11 (pasaran RM5.50).
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disyorkan merancang
perolehan dengan teliti serta memantau harga bahan makanan berbanding harga
pasaran supaya kerajaan mendapat 'nilai terbaik untuk wang' terhadap setiap
perolehan.
KKM menerusi maklum balas yang disertakan dalam laporan audit itu,
menjelaskan harga ikan dinyatakan dalam kontrak dua hospital itu telah mengambil
kira kos pengangkutan dan kenaikan harga ikan di pasaran.
Selain itu, tinjauan kajian kepuasan pelanggan melibatkan 200 responden
mendapati 86 responden (43 peratus) berpendapat menu disediakan tidak
dipelbagaikan pada setiap waktu hidangan, dan antara komen diberikan adalah
jenis ikan yang sama dan masakan tidak dipelbagaikan.
Kementerian bagaimanapun menjelaskan bahawa jenis ikan yang dihidangkan
dalam setiap menu adalah tidak penting kerana mempunyai kandungan makro nutrien
hampir sama.
KKM juga bersetuju dengan pendapat laporan audit supaya proses uji rasa
makanan perlu dilaksanakan bagi menentukan mutu makanan.
Laporan sama juga mendapati antara kelemahan yang perlu diperbaiki KKM
adalah pengurusan aset yang tidak teratur ekoran terdapat aset bernilai RM0.13
juta tidak digunakan.
Antaranya ialah 'alat pemerah santan kelapa', 'pengisar daging elektrik',
'pemotong ayam', 'pengisar cilir' dan 'cerek 23L' di Hospital Sultan Abdul
Halim (HSAH), Kedah; 'alat pemprosesan sayuran' di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
dan lapan unit 'alat pemanas pinggan' di Hospital Umum Kuching (HUK), Sarawak.
KKM dalam maklum balas 18 Dis 2013 dan 14 Feb lalu menyatakan HSAH telah
menawarkan peralatan yang tidak digunakan kepada hospital lain yang berminat
pada 26 Nov lalu, manakala HUK membuat permohonan pelupusan bagi sembilan unit
'alat pemanas pinggan' yang tidak digunakan pada 18 Nov lalu sementara HKL
mula menggunakan peralatan itu bermula Oktober 2013. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila lagi nak cekik duit rakyat. Setakat keluar laporan audit diorang tak heran lansung... tiap2 tahun keluar masalah sama, ape ade hal... yang penting pemimpin dan businessman kroni buncit perut kenyang sukahati, rakyat dapat rm500 setahun pun patut bersyukur beribu ribu ribu ribu kali.... |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 7-4-2014 09:42 PM
Bila lagi nak cekik duit rakyat. Setakat keluar laporan audit diorang tak heran lansung... tiap2 tah ...
mmg nikmah pelahap duit kaw2 nih....
cite sama tiap2 tahun..... perlu ke komen2 meratib overdose guling2. ? cc @totokreturn
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 tahun sama...xde tindakn kenapa ye..sbb ikan jerung yg mark up...
Yg untung company yg dpt tender cetek buku laporan audit negara hehehe..masyuk wooo...
Ada le prnah duduk hospital kerajaan..tp time aku le..xprnah br rezeki nk dpt ikan siakap..asyik ikan tongkol...huhuhu
Last edited by bambimo on 7-4-2014 09:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Idamkan ikan yg lebih murah?? Belilah sendiri...
Dah frust dgn laporan audit, tiap2 tahun ada cela tp x pernah tambahbaik pon
... |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen biasalah...
Peruntukan kat hospital byk tp mesin scan siap salotep xberganti2 7-8 tahun..
Duit hala kat mana ntah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku yakin yg melahap ni org melayu Islam bukan kapir..takpe laa nnt gi umrah suci balik
|
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA - Rakyat negara ini digalakkan untuk membeli ikan sejuk beku yang diimport kerana harganya lebih murah berbanding ikan segar tempatan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun harga ikan sejuk beku yang diimport murah, namun kualitinya terjamin dan tetap sama dengan ikan segar tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Jual kat pasar rm10. Customer bayar terus dpt duit. Jual kat gomen rm20. Berapa bulan baru dpat payment. Nak kena tolak elaun keraian pihak hospital waktu majlis tertentu lagi.
Lepas tolak semua kos melepas..agak2 berapa laa rege untung bersih seekor ikan based on rm20 yer |
|
|
|
|
|
|
|
kementerian kesihatan nie kira ok lah,
cuba buat audit kementerian pertahanan atau kementerian pelajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke harga pasaran sotong sekilo RM9.50 ? |
|
|
|
|
|
|
|
tertunggu-tunggu audit sukom 1998 |
|
|
|
|
|
|
|
Baru mark up 100% dah bising. Dulu kementerian apa yg mark up sampai beratus percent tu ok jah |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm x tahu pulak. Ke bodoh? Atau buat2 bodoh? |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 25 Okt. — Harga kontrak pembelian sebuah binokular marin (penglihatan malam) oleh Jabatan Taman Laut Malaysia didapati 2,805 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan barangan itu yang harga pasarannya RM1,940 telah dibeli pada harga RM56,350 sebuah.
Sementara itu, Binokular Bushnell (penglihatan malam) yang berharga RM2,827 di pasaran, dibeli pada harga RM56,350 sebuah, iaitu 1,893 peratus lebih tinggi.
Ini adalah antara perbezaan harga barangan yang dibeli jabatan itu, yang dikenal pasti Jabatan Audit Negara melebihi antara 177 peratus hingga 2,805 peratus berbanding harga pasaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Camana org melayu nak kaya kalau markup 100 % dah bising.
Kalau nak meniaga ngan gomen. Kena mark up paling kurang 500% |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala bootoh la orang2 yang terlibat dalam kontrak ni!!!
Jangan lupa jugak untuk cek kontrak makanan ke sekolah berasrama!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan harap la pemimpin kerajaan nak bersih kalau pemilihan parti pun dah ada politik wang |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat sepital....ce gi audit kat sekolah lakkk..barang2 supplier juai harga giler babi mahalll |
|
|
|
|
|
|
| |
|