CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 9497|Reply: 57

[Tempatan] {2} Kes perempuan Msia ikut Mat Nepal susahkan negara! minta diskaun- post 55#

[Copy link]
Post time 6-4-2014 05:17 AM | Show all posts |Read mode
6 April 2014

Kuala Lumpur: Kes wanita warga Malaysia melarikan diri mengikut suami ke Nepal bukan kali pertama kerana dalam tempoh tiga tahun ini, ada lima kes yang hampir sama membabitkan rakyat Malaysia yang mempunyai anak terkandas di negara itu.

Duta Besar Malaysia ke Nepal Fadli Adilah berkata, sepanjang tiga tahun lalu, pihaknya menerima sebanyak lima kes membabitkan wanita warga Malaysia tinggal di negara berkenaan kerana mengikut suami.

Menurutnya, empat kes sebelum ini dapat diselesaikan dengan usaha sama pegawai kedutaan melalui pengumpulan dana antara sesama sendiri dan bantuan rakan di Malaysia yang prihatin.

“Kebanyakan mereka hanya tinggal lebih masa antara setahun ke dua tahun dan jumlah denda tinggal lebih masa adalah antara RM8,000 hingga RM15,000.

“Mereka juga mendapat tiket penerbangan percuma untuk pulang dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) di Kathmandu,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Fadli berkata, bagaimanapun, dalam kes Nur Sri Rahayu Marimon, 24, ia lebih rumit kerana denda tinggi disebabkan tinggal tanpa visa di Nepal sejak empat tahun lalu.

“Malah, dia juga tidak mendaftar dan memaklumkan pihak kedutaan sebelum ini, selain Daerah Morang terletak lebih 500 kilometer di pedalaman Nepal, yang mana ia mengambil masa dua hari perjalanan darat.

“Kita berusaha mendapatkan pengurangan jumlah denda itu atas dasar kemanusiaan dan hubungan baik dua negara, di samping masih menghormati dan mematuhi undang-undang negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sering berhubung dengan Nur Sri Rahayu dan memantau keadaannya di Nepal dan berusaha membantunya supaya dapat dibawa pulang.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan penderitaan wanita itu yang kini terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan mencari kayu api untuk menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal.

Ibunya Jaliah Tamin, 52, memaklumkan, anak keenam daripada sembilan beradik itu terkandas di kampung suaminya di kawasan pedalaman berkenaan sejak empat tahun lalu.

Nur Sri Rahayu berkahwin dengan suaminya, lelaki warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang di negara ini pada 2006 atas dasar cinta.

P/s  Masak lemak tidak la lama,
      sayang selasih hamba lurutkan,
      antah dipisah, beras tak disia-sia,
      buang emak, buang agama,
      kerna kasih hamba turut,
      Dek kerna dah susah tingat Msia.


      PADAN MUKA...AMEKAW !

Last edited by tongkatwaran75 on 16-4-2014 07:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Napel ni kdg2 ada muka yg ensem sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki napel pun mcm bangla jugak ramai yg merantau cari rezeki kat negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak jgn peduli kat pompuan2 ni..
Pandai pegi pandai la balik sendiri
Ramai lagi rakyat msia yg benar2 perlu dibantu
Masa tgh mengelenyar sedap sorg2
Bila susah, nak menyusahkan org...siap dpt tambang free mas lagi..patut la mas mampus
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
hanakikan posted on 6-4-2014 05:20 AM
Napel ni kdg2 ada muka yg ensem sgt.

Pompuan2 yg ikut nepal ni pulak mesti muka hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ni kes ktny ank mkn bubur kuah babi tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2014 06:27 AM | Show all posts
susahnya kehidupn dekat negara mundur
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:44 AM | Show all posts
2 hari perjalanan apalah sangat, ramai aje orang pendaki berhiking berhari hari,
me sendiri jalan kaki 7 hari ok aje

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 06:44 AM | Show all posts
Sendiri buat keputusan bodoh pastu harap belas
X paham aku nape kene tolong sedangkan ramai lg yg betul2 susah kt negara ni
Diorang yg gi Nepal ni susah bukan sebab ape, sbb bodoh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nepal keje guard kt opis aku ni pun ramai yg hemsem2..hehehe jgn tergoda dhla.  Ishh..tknak la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkn berlaki muka cm shah rukh khan...hidup susah pon sanggup...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlukah kita hantar kaum perempuan kita ke nepal supaya nanti lelaki nepal akan ikot kaum perempuan balik malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 07:25 AM | Show all posts
Dulu mcm ade kes mcm ni.
X silap pompan tu ada ank sorg.
Suami dia nama faizal ke ape.

Pas tu pompan tu lari kan diri naik bbrp flight smpi mendaeat kt msia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 07:25 AM | Show all posts
bambimo posted on 5-4-2014 05:54 PM
Asalkn berlaki muka cm shah rukh khan...hidup susah pon sanggup...

padahal kalau setakat nak hidup susah tak perlu pegi sampai ovc..
ramai aje orang malaysia berpendapatan sekadar cukup makan untuk dibuat laki..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:02 AM | Show all posts
janji internasional katanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:16 AM | Show all posts
Mula kawin lari d ssiam..pas2 lari pula ke nepal...bodo bertingkek2....dah hilang buta cinta baru  nampak makpak...makpak pula tang bodo nak jaga anak xde kecoh citer kat orang..dah anak  jadi macam ni reti pula nak paper segala,nak tagih simpati..nak minta sedekah duit orang..duit pembayar cukai...kalau ambik bawa balik pun pompuan ni boleh menyumbang apa  atas penggunaan duitt pembayar cukai...xmustahil pas ni lari dengan indon pula.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 08:21 AM | Show all posts
       buang emak, buang agama,
Lu ada bukti ka ?

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:25 AM | Show all posts
Sanggup kawin bangsa babu & hamba seks. Mesti gemok atau hodoh. Tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:29 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 6-4-2014 08:25 AM
Sanggup kawin bangsa babu & hamba seks. Mesti gemok atau hodoh. Tak laku

Tak baik ckp mcm tu.. Budak muda kadang2 singkat pemikiran. Zaman nak mencuba. Risau jugak jadi kat family sendiri. Mintak simpang la
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:33 AM | Show all posts
hanakikan posted on 6-4-2014 05:21 AM
Laki napel pun mcm bangla jugak ramai yg merantau cari rezeki kat negara lain

dorang banyak join as British Army kat UK ni.....setiap tahun ada saja muka dorang ni kat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048262 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list