CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3426|Reply: 31

[Tempatan] Penganjuran konsert, program hiburan 'akan dikaji' semula

[Copy link]
Post time 20-3-2014 11:28 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji semula garis panduan bagi penganjuran konsert dan program hiburan yang melibatkan belia pada masa akan datang.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah itu penting bagi memastikan budaya negatif seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan orang muda tidak berlaku.

"Sama ada konsert atau pun apa-apa program yang hendak dianjurkan mestilah ada garis panduan yang jelas dan ketat supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Kami akan kaji setiap aspek penganjuran konsert dalam negara pada masa depan supaya bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sabtu lepas, enam individu maut akibat pengambilan dadah berlebihan ketika menonton konsert Festival Future Music Asia (FMFA) 2014, di Stadium Bukit Jalil di sini.

Dalam pada itu, Khairy berkata kementerian itu juga akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi merangka program khas bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

"Saya sudah bincang perkara ini dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) dua hari lepas, jadi kami akan rangka satu program untuk meningkatkan kesedaran belia mengenai dadah dan pengambilan dadah.

"Dulu kita buat (program) pada zaman 80-an dan 90-an di mana sasaran kita pada dadah seperti heroin tetapi sekarang ini sudah ada dadah jenis baharu seperti metaphitamine, ecstacy...ini membawa kepada satu risiko yang berbeza," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 11:37 AM | Show all posts
banned je bab konsert nie....benda tak mendatangkan mantaaf pun....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:45 AM | Show all posts
Apsal Tahun Melawat Malaysia 2014 penuh dengan aktiviti maksiat segala .... tup tup satu2 kena dibatalkan akibat impak konsert rave FMFA yang lepas.

Alhamdulillah, ada hikmah rupanya kematian 4 ummah Melayu Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah di konsert FMFA baru2 ini.

Kuasa Allah ni Maha Besar. Kita merancang, Allah yang menentukan.

Cuma, konsert tahunan Rainforest World Music Festival setiap musim Gawai di Sarawak akan berjalan sbgmana biasa, adakah tempias anti-konsert di Semenanjung akan terkena di sana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 11:46 AM | Show all posts
spt biasa
bila ada kematian baru nk kaji
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:50 AM | Show all posts
stendet meleysia bila terantuk baru terngadah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:53 AM | Show all posts
aku cadangkan kalau nak gak concert,
1. fixed sitting
2. kwsn tertutup
3. x leh diri atau lompat2, sbb nnt org belakang x nampak
4. silentkan henfon
5. x leh bawak makanan/minuman dari luar
6. pemeriksaan ic/passport kat enterence
7. tiada minuman keras
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 11:55 AM | Show all posts
mziskandar posted on 20-3-2014 11:53 AM
aku cadangkan kalau nak gak concert,
1. fixed sitting
2. kwsn tertutup

kalau nak buat jugak, yg paling tepat mmg fix sitting..

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:08 PM | Show all posts
mziskandar posted on 20-3-2014 11:53 AM
aku cadangkan kalau nak gak concert,
1. fixed sitting
2. kwsn tertutup

dkt dewan budaya blhlah cmtu..

dekat konsert kalau dgr lagu techno duduk diam2 blh kena parkinson budak2 malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 12:16 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 12:08 PM
dkt dewan budaya blhlah cmtu..

dekat konsert kalau dgr lagu techno duduk diam2 blh kena pa ...

ha'a.. pastu streaming muka2 audience yg hadir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:25 PM | Show all posts
gaara_X posted on 20-3-2014 11:37 AM
banned je bab konsert nie....benda tak mendatangkan mantaaf pun....

dan jugak melalaikan... tak pyh buat benda2 bazir duit ni. pegi tolong org susah ade gak pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:31 PM | Show all posts
pada aku, ada beza audience yang pergi gig dgn party rave...

zaman aku dulu, pegi gig sekadar utk layan lagu.. paling kuat pun bebudak tu head bangin dgn main locat2 mcm naik hantu jer.. habis gig, semua kuar dlm keadaan normal..

yang aku heran ni pegi rave, asal ada rave, mesti ada yang mati sebab dadah ngan booze.. apa perlu ke benda2 tu utk enjoy the music?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:36 PM | Show all posts
gangnam style, poco-poco dangdut, konsert liar, sinonim dgn menteri dan umno,

hidup melayu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:43 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 12:08 PM
dkt dewan budaya blhlah cmtu..

dekat konsert kalau dgr lagu techno duduk diam2 blh kena pa ...

parkinson tak tahan tu. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 02:49 PM | Show all posts
konsert hanya untuk belia sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 03:49 PM | Show all posts
bondo apo budak ingus ni cakap ....kan dah ado ...atau sedang diadakan ....

Jakim hebah garis panduan hiburan guna karnival
Post on 17-10-2011 03:47 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=604383


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 04:11 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 20-3-2014 03:49 PM
bondo apo budak ingus ni cakap ....kan dah ado ...atau sedang diadakan ....

Jakim hebah garis pan ...

2011?

masih dlm kajian demi kajian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 04:43 PM | Show all posts
tak payah bt langsung..
kan senang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 05:37 AM | Show all posts
MalaysiakiniWed, Mar 19, 2014
KJ: Baru sekarang nak bina infra sukan di Kajang

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Kajang akan dijadikan DUN angkat oleh kerajaan persekutuan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan yang diketuainya ketika ini.
Khairy berkata kerajaan pusat dan kementerian beliau mempunyai kepakaran dan lebih pengetahuan dalam membantu pembinaan prasarana dan infrastruktur berkaitan sukan.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno turut mempersoalkan salah satu manifesto PKR untuk Kajang bahawa infrastruktur sukan untuk anak muda akan dibina sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu.
"Mereka (PKR) menang pada 2008 dan 2013 tapi baru sekarang mereka nak buat infrastruktur dan pembangunan untuk anak muda," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum perlawanan bola keranjang persahabatan antara pasukan 'pilihan Kajang' beliau menentang pasukan wanita kebangsaan malam tadi.

ialah ..selepas tu ..bilo oreng tanyo ...mano DUN angkat tu ...DUNNO ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 05:40 AM | Show all posts

The Malaysian Insider11 hours ago
Khairy bawa isu salah guna dadah kalangan belia kepada Kabinet esok

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membawa isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kepada Jemaah Menteri esok, susulan kematian enam orang akibat mengambil dadah berlebihan pada satu konsert di sini minggu lepas.
Khairy berkata perkara itu perlu diketengahkan kepada kabinet bagi mempergiat usaha memberi kesedaran dan pendidikan kepada golongan belia mengenai penyalahgunaan dadah.


kebinet drawer mano nanti ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 05:40 AM | Show all posts
1. fixed sitting
2. kwsn tertutup
3. x leh diri atau lompat2, sbb nnt org belakang x nampak
4. silentkan henfon
5. x leh bawak makanan/minuman dari luar
6. pemeriksaan ic/passport kat enterence
7. tiada minuman keras


nak pi tengok wayang ker hape...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.084290 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list