CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1417|Reply: 4

[Dunia] Thailand aktifkan ISA...

[Copy link]
Post time 19-3-2014 08:25 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK - THAILAND. Kerajaan sementara Thailand membatalkan perintah darurat semalam, satu langkah untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan pelancong, namun konflik politik masih berpanjangan dan sebarang pembentukan kerajaan baharu akan mengambil masa berbulan-bulan.
       
        Kerajaan menggantikan perintah darurat dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih membenarkan pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung dan mewujudkan tempat pemeriksaan untuk menangani penunjuk  perasaan.
       
        ISA akan berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 30 April, meliputi Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn, kata Ketua Setiausaha Perdana Menteri, Suranand Vejjajiva, selepas mesyuarat mingguan Kabinet di Akademi Polis Kadet Diraja di sini, semalam.  
       
        Perintah darurat itu dikuatkuasakan sejak 22 Januari di Bangkok dan wilayah berhampiran dan dijadual berakhir hujung minggu ini. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 08:33 AM | Show all posts
@anwaribrahim #anwaribrahim

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 08:49 AM | Show all posts
darurat 2 bulan..

teringat aku kat satu thread bahalol yg cakap pelancong lebih ramai tiba di thailand dikala politik bergolak.. ekonomi thailand tidak terjejas malah makin kukuh dgn adanya street demo.. kerajaan kangkung tipu rakyat malaysia katanya.. dia bahalol sorang2 dah la, jgn nak influence org lain


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Vietnam punya ISA taknak cerita ke???
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 10:17 AM | Show all posts
dasatgiler posted on 19-3-2014 08:49 AM
darurat 2 bulan..

teringat aku kat satu thread bahalol yg cakap pelancong lebih ramai tiba di tha ...

TU BELUM KIRA PASU BUNGA YG PECAH BUNGA YG ROSAK

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053831 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list