CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 27-1-2015 10:15 AM | Show all posts
nak lagi TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 03:32 PM | Show all posts
Post dulu sebelum baca sambungan...
Berbaloi x dibaca? (Read: ulang baca dr bab 1)
Atau selepas ini terpaksa alami hilang ingatan semula?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 10:36 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 27-1-2015 03:32 PM
Post dulu sebelum baca sambungan...
Berbaloi x dibaca? (Read: ulang baca dr bab 1)
Atau selepas in ...

baik jgn baca dulu sampai tamat
sbb tak tau bila nak habis

ni stetmen jujur dari hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 10:45 AM | Show all posts
Bab 16

“  Lea nak ikut Mama ke KLCC? Mama nak cari wedding present untuk Syira , anak Uncle Zainal. Mama pun dah lama tak shopping. Hari ini ada special sale untuk pelanggan setia Melium. Lea free tak?” tanya Datin Sakinah sambil menanggalkan cermin mata yang di guna untuk membaca. Jari jam di tangan menunjukkan sudah hampir dua belas tengahari. Awal pagi tadi Azalea keluar untuk bersarapan bersama kawan dan kini baru muncul. Kebelakangan ini dia jarang lekat di rumah sebab sibuk membantu Kerina.

Azalea senyum simpul sambil mengambil tempat duduk di kerusi rotan di patio yang mengadap kolam renang. Disini tempat kegemaran ibu mertuanya untuk bersantai kerana sentiasa redup walaupun matahari sudah tinggi kerana di lindungi pokok buchida dan Japanese palm. Beg galas Kipling di jatuhkan ke lantai. Datin Sakinah sedang membaca The Economist. Azalea kagum dengan ibu mertuanya yang rajin membaca, semua dia  layan dari novel picisan hingga bahan ilmiah yang berat.  Datin Sakinah terlalu baik dan cuba bersungguh sungguh untuk menggembirakannya hingga dia rasa seperti anak angkat kesayangan dan bukannya isteri Muaz. Apa salahnya aku keluar temankan dia sejam dua, bonding time gitu. Mama bukan selalu ada masa senggang kerana sentiasa sibuk dengan kerja sebagai konsultan dan kerja sukarela dengan NGO. Lagipun aku nak melobi supaya dapat kerja dengan company Papa. Dulu jual mahal, sekarang kena jilat balik ludah.

“ OK. Pukul berapa kita nak pergi? ”

“ Mama ingat nak pergi dalam pukul 2. Kalau Lea lapar, ada spaghetti di dapur. Hari ni Papa dan Qayyum tak balik untuk lunch jadi Mak Piah masak simple saja. ”

“ Lea kenyang lagi, tadi makan nasi lemak lepas exercise.” Bersenam setengah jam, belasah nasi lemak sotong dan paru sepinggan teghak. Nasib baiklah metabolisme aku tinggi.

“Ermmm, Lea ada masaalah, nak minta tolong Mama. Kalau boleh lah…” Dia senyum sumbing sambil menarik hujung rambut yang di ikat ekor kuda.

“ Apa dia? Of course Mama akan tolong. This is what family is for.”

Azalea terus bercerita tentang retrenchment exercise yang akan berlaku di Prima Group. Kalau ikutkan hati, dia memang tak mahu bekerja dengan company keluarga Muaz tapi ini kes terdesak. Aku terpaksa berkorban demi Kak Ann dan Guna….alahai!

“ Hari tu Papa offer Lea kerja sebab PR Manager dia nak berhenti kerja tapi Lea tolak. Lea takut orang cakap macam macam di belakang sebab Lea ahli keluarga. Tapi sekarang Lea betul betul kena cari kerja baru. Kalau jawatan PR Manager dah di isi, apa apa kerja yang sesuai pun boleh. Lea akan bagi resume dan recommendation letter dari boss sekarang. “ Katanya bersungguh sungguh.

“ Mama akan bagi tahu Papa. Don’t worry, he will find a job for you. Papa memang suka kalau semua ahli keluarga kerja dengan dia. Qayyum pun akan join Papa bila dia graduate nanti. Elok lah tu, Muaz jaga construction dan business development, Lea in charge of PR dan Qayyum jaga hotels. ”

“ Er, Qai tak balik ke hari ni?”  tanya Azalea. Aduh…boring gila lah kalau Qayyum tak ada nak layan aku.

Mata Datin Sakinah memandang tajam pada raut wajah manis depannya. Sudah lama dia perhatikan gerak gaya mereka berdua dan rasa kurang selesa mula bertapak dalam hati seorang ibu.  Azalea melayan  Qayyum seperti adik sendiri tapi Datin Sakinah risau Qayyum seakan jatuh hati dengan kakak ipar sendiri. Tambahan pula Muaz tidak langsung memberi perhatian pada isteri nya. Masaalah sebegini perlu di elakkan dalam keluarga mereka.

“ Dia telefon tadi kata ada hal di kampus jadi dia tak balik weekend ini. Kenapa? Lea ada janji nak kemana mana dengan dia?”

“ Tak ada lah. ” Jawabnya pendek sambil menggeleng. Dia mula sedar yang ibu mertuanya tak suka keakarabannya dengan Qayyum. Hel-lo, he is my brother. Itu pun salah?

“ Jangan risau,  besok Muaz balik. Dia boleh teman Lea ke mana mana. Kasihan anak  Mama baru kahwin dah kena berjauhan. Mama tak setuju tapi Papa yang suruh Muaz handle projek di Langkawi because it is good experience for him.”

Azalea tarik muka tapi segera menempekkan senyuman plastik dengan harapan Datin Sakinah tak dapat menangkap. Kenapa cepat sangat Muaz balik? Takkan begitu mudah projek untuk besarkan hotel di langsaikan? Huh… there goes my freedom. Tak boleh lagi berkemban atau berbaju singkat dan berseluar pendek dalam bilik, tak boleh mengelinja sesuka hati, kena jaga batasan dan adab adab tinggal sebilik dengan suami yang tidak di kasihi.

“ Lea tak seronok Muaz nak balik?” tebak Datin Sakinah

Kura kura dalam perahu, tak payah tanya pun dah tahu. Tak kuasa lah  untuk terus berbohong menyedapkan hati ibu mertua demi membalas budi. Bila lah lakunan ini boleh berakhir?
“ Lea pergi mandi dulu. Nanti terlambat pula nak keluar dengan Mama.” Topik bahaya  perlu di elak tapi Datin Sakinah menarik tangannya.

“ Kejap Lea. Mama nak cakap sikit pasal Lea dengan Muaz.” Azalea menelan airliur sambil duduk semula di samping Datin Sakinah.

“ Mama tak pernah cerita pada Lea, tapi ada sebab kenapa Mama pinangkan Lea untuk Muaz. Its not a random thing. Lima tahun dulu, Mama, Muaz dan Amy menunaikan umrah dan Mama berdoa di depan Kaabah supaya anak anak dapat jodoh yang baik. Waktu itu, Amy sudah bertunang dan Muaz baru tamat belajar.” Datin Sakinah berhenti dan menghirup teh hijau untuk membasahi tekak.

“ Bila pulang ke Malaysia, Mama dengan Muaz pergi ke rumah mak Lea untuk hantar air zamzam dan kurma. Lea tak ingat tapi kami berselisih dengan Lea yang nak pulang  ke kampus. Bila balik ke rumah, Muaz asyik tanya Mama pasal Lea. Berkenan betul dia dengan Lea dan Mama bersyukur kerana doa Mama termakbul. ”

“ Lea tak ingat pun” Pipi Azalea sudah merah. What?! Cik Mamat psiko suka aku? Eeee … geli! Entah entah mentua aku ni propa , Mak dan Ayah tak pernah cakap pun. Aku nak check dengan Mak sama ada cerita ni betul atau rekaan mak mentua aku semata mata.

Datin Sakinah tersenyum melihat menantunya terkebil kebil.
“ Papa was so happy when he found out. Mulanya kami berhajat nak pinang Lea tapi Lea masih belajar dan parents Lea tak setuju waktu itu. Kami pun lupakan sebab Muaz pun masih muda dan baru nak mulakan kariernya. Kalau Muaz tunang dengan Lea waktu itu, tentu hidup Muaz berbeza. Muaz sebenarnya  baik, cuma dia tersalah pilih kawan. Kawan kawan dia suka enjoy, suka party dan clubbing dengan perempuan murahan. Mama dan Papa yang salah sebab beri dia kebebasan. We thought he was old enough to choose the right friends. Makin lama Muaz makin berubah hingga Mama tak kenal anak Mama sendiri.” Mata Datin Sakinah berkaca. Suasana jadi bening seketika. Azalea mengusap tangan ibu mentuanya. Sama jer Muaz dengan abang aku Ajib, tersalah pilih kawan.

“ Anyway, Mama harap Lea sabar.  Mama tahu dia suka Lea. You were his first choice many years ago.  “

“ Itu dulu, dia dah lupa kot. Lagipun mesti Muaz jumpa ramai perempuan lain selepas itu. Hati manusia boleh berubah”

“ Mungkin dia dah lupa, Muaz pernah koma lepas satu insiden. Mama tak naklah buka aib anak Mama sendiri tapi ada episod dalam hidupnya yang dia tak ingat. Mama minta Lea bersabar. I know its not easy but please help him. Mama tahu Lea anak yang baik dan sanggup buat apa saja untuk keluarga. Mama harap Lea dapat tolong kembalikan Muaz yang dulu.”

Azalea turut sebak bila terbit sendu dalam suara Datin Sakinah. Betapa besarnya hajat seorang ibu, tak mampu aku nak galas. Aku tak nak jadi heroin dalam cerita ni, watak pelakun pembantu pun sudah cukup.

“ Mama, doa seorang ibu paling afdhal. Mama saja yang boleh ubah Muaz dengan doa Mama. Susah untuk Lea tolong Muaz sebab dia bukannya nak bercakap sangat dengan Lea pun. Kami macam orang asing walaupun tinggal sebilik. Dia buat hal dia, Lea buat hal Lea.” Ooppss…. Pecah tembelang. Pantas dia mengebam bibir.

“ Masa berdua di Langkawi dulu, takkan Lea dan Muaz tak bercakap?”

Alamak ! Matilah kalau Mama dapat tahu aku tak pergi Langkawi. Buruk padahnya kalau rahsia aku terbongkar.

“ Muaz sibuk dengan kerja dia, Lea pun tak  nak kacau. Jadi Lea pergi jalan jalan sendiri di sana. Tak ada masaalah, Lea memang suka jalan seorang diri.” Azalea terus meminta diri dan meninggalkan Datin Sakinah. Lagi lama dia interview aku, lagi banyak aku kena kelentong. Kalau pecah rahsia, habissss!

Datin Sakinah mengeluh panjang. Muaz kena mandrem ke? Atau dah berubah selera pada kaum sejenis? Hissyyyy…Astaghfirullah. Apa lah aku nak buat dengan Muaz?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 10:52 AM | Show all posts
Lebih satu jam membeli belah, Azalea menuju ke La Cucur untuk mengalas perut sementara Datin Sakinah ke salun rambut untuk treatment dan blow dry.  Azalea menjinjit beg kertas berisi kasut yang di hadiahkan ibu mertua dan beratur untuk membeli kuih dan minuman.

“ Hi Lea!” Mata Azalea membulat sebaik dia menoleh kearah suara yang menyeru namanya.

“ What a surprise! Kita ni asyik jumpa di shopping mall. Lea sihat?”

Matilah….. matilah! Nak terkucil rasanya. Kalau Mama nampak Kak Faten, Perang Israel –Palestin akan meletus. Things can get ugly! Nasib baik salun rambut Mama di tingkat 4 nun.

“ Sihat, Alhamdulillah. Kak Faten you look stunning macam Arab princess. Seorang saja ke? Where is your other half?” Azalea melingas pandang ke sekitar. Saja pura pura ingin tahu walhal kalau jumpa tentu jadi kekok. Bibir bergincu merah mengukir senyuman. Masih dengan kaca mata hitam yang melindung wajah, tapi kali ini Faten Zahira memakai jubah hitam berlabuci di dada. Sekilas pandang tak ubah seperti pelancong Arab yang kaya raya, lebih lagi dengan beg Chanel warna perak yang tergantung di bahu.

“ Macam biasalah, dia tinggal I di sini dan  pergi jumpa kawan. Beginilah nasib! Tapi tak apa lah, I dah biasa. Lea dengan siapa?”

“ Er.. umm…. My auntie. Kak Faten dah tak tinggal di Jakarta lagi?”

“ Still there. I balik sekejap saja sebab my husband ada benda nak settle. Anak dia nak kahwin tak lama lagi . Kalau Lea free, jom kita lepak kat M O? Akak sunyi lah, tak ada kawan nak berbual” rayu Zahira

Azalea melihat jam dan membuat kiraan mental berdasarkan jumlah pelanggan di salun tadi. Agak agak satu jam lagi baru ibu mertuanya siap di dandan. Jarinya ligat menaip mesej meminta Datin Sakinah menelefon sebaik habis rawatan rambut. Memang dia ingin tahu cerita sebenar dari pihak Faten pula setelah mendengar kisah dari mulut Datuk Zaki yang sudah tentu berat sebelah. Mana aci!

“ Okay, tapi I tak banyak masa. My auntie bising nanti kalau I lambat”

“ Sure, I faham. Kita minum teh di Lobby Lounge.  Jom!” Tangan Azalea di tarik dan tak lama kemudian mereka berdua sudah duduk santai mengadap taman KLCC yang serba hijau, sambil mencicip Earl Grey dan menjamah sandwich. Heaven sangat! Azalea tersenyum sendiri. Faten tetap berkaca mata hitam walaupun tempat duduk mereka agak tersorok dan gelap. Masih takut di serbu peminat agaknya, walaupun pengunjung tidak ramai dan orang kategori high class di Mandarin Oriental belum tentu kenal pelakon drama Melayu pun.

“ How’s life? Lea masih kerja atau dah jadi housewife?”

“ Masih kerja tapi  my company nak retrench pekerja tak lama lagi. Sekarang I tengah sibuk hantar resume. I tak reti nak duduk rumah tak buat apa apa. Boringnya!” Azalea cepat mengetap bibir bila dia sedar dia tersilap cakap. Takde insuran punya mulut!

“ Kalau macam Kak Faten tak apalah, sebab tinggal di negera lain. Mesti ada banyak tempat nak tengok. I pun teringin nak pergi Jakarta” Cepat dia menambah, bimbang Faten terasa.

“ Hidup Kak Faten lagi bosan, Tuhan saja yang tahu. Kawin dengan orang yang berumur, bukannya dia faham perasaan kita. Yang penting malam kena layan dia dalam bilik tidur. Dia tak nak ambil tahu pun kalau I happy ke, ada kawan ke, ada aktiviti nak buat ke? Dia ingat setakat bagi duit setiap bulan dah cukup. Takkan I nak shopping saja hari hari.“  

“ Kenapa Kak Faten pilih suami Kak Faten sekarang? Mesti ramai yang gila kat Kak Faten. Patut Kak Faten cari lah yang sebaya.” Azalea mula mengorek rahsia

Faten mendiamkan diri seketika. Dia meneguk teh dan kemudian membuka cerita. Segala kisah silam di luahkan walaupun ada perasaan malu membalut dirinya. Terasa dirinya amat kotor dan berdosa berbanding dengan sahabat karib zaman persekolahan. Azalea mendengar dengan kusyuk sambil cuba mencerna. Kak Faten bukan seorang yang jahat tapi jalan hidupnya mendorongnya ke arah maksiat. Kasihan… walaupun cerita nya macam wayang rated R!

“ Beberapa bulan dulu I terperangkap dengan Mr Z bila pegawai JAKIM buat serbuan. Mr Z bersetuju untuk kawin dengan I dengan syarat kami tinggal di Jakarta. I terpaksa terima walaupun tak mencintai dia. Bila di fikirkan semula, I rasa parents boyfriend I yang perangkap kami. “

Memang betul pun, balas Azalea dalam senyap. Datuk Zaki sendiri yang cerita, demi ‘menyelamatkan’ Muaz.

“ Kenapa mereka buat begitu? Bukan Kak Faten seorang yang kena, tapi Mr Z juga. Mereka tak fikir pasal isterinya? “

“ Isteri Mr Z dah lama sakit dan dia sendiri benarkan Mr Z berkahwin lagi tapi dengan  syarat dia tak nak jumpa I dan jangan bawa I ke mana mana majlis. Tapi anak anak Mr Z memberontak dan tak dapat terima yang bapa mereka berkahwin lagi, jadi terpaksa lah I hidup macam mistress. I nak anak pun tak boleh, sebab Mr Z kata dia dah tua dan malas nak layan budak kecil. Mr Z marah kalau I complain, katanya I tak bersyukur di selamatkan dari hidup yang hina. I am just a sex toy to him. Hidup I sunyi dan kosong.” Faten Zahira membuka sunnies dan mengelap mata dengan tisu.

Azalea mengebam bibir menahan sebak. Rasa simpatinya melimpah ruah. Sudahlah dia yatim piatu dan tak ada saudara mara, suami pula tak ambil kisah. Masaalah aku kecil saja berbanding apa yang Kak Faten lalui.

“  Boyfriend Kak Faten tak cari akak?” Soalan cepumas keluar juga dari mulut Azalea.

“ Dia mesti cari I, dia tak akan lupakan I.  I am very sure of that. Tapi I tak berani nak contact dia. Family dia very powerful, I takut kalau mereka buat sesuatu. Mustahil kami dapat bersama sebab I dah terperangkap dalam perkahwinan dengan Mr Z. Inilah balasan dosa dosa yang I lakukan. Akak teruk, Lea. Akak pernah pakai susuk, pakai ubat guna guna untuk buat lelaki jatuh cinta dengan akak. Boyfriend I pun kena sebab I tak nak dia berpaling pada perempuan lain. We were so much in love. I tak nak kehilangan dia walaupun apa terjadi. Kalau I tak dapat kawin dengan dia, biar tak ada perempuan lain yang dapat.” Suara Faten lantang dan penuh emosi.

Azalea duduk tegak di kerusi. Bulu romanya berdiri. Seram weiii! Haisyyy…macam mana aku boleh kawin dengan  Muaz? Bomoh low class mana Kak Faten guna?  Atau pun mandrem Kak Faten jenis nikah boleh, “kawin” tak boleh. Azalea tak pasti sama ada dia patut bersyukur atau bersedih. Yang pasti di mula rasa cuak. Lain macam je Kak Faten…..

“ Lea pun terkejut kan? Teruk kan Kak Faten? Kalau mati pun, tanah tak terima agaknya. Macam cerita Tanah Kubur”

Mulut Azalea terkumat kamit membaca ayat kursi sambil mengunyah sandwich. Habislah aku kalau Kak Faten tahu yang aku dah kawin dengan Muaz. Scary nya! Nasib baik Datin Sakinah menelefon ketika itu dan dia dapat melarikan diri. Kepalanya berdenyut kala dia meninggalkan Faten. Kisah cinta agung Muaz dan Faten Zahira nampaknya makin aneh dan menakutkan.



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 12:17 PM | Show all posts


ooo..jadi betul la zahira tu faten...


sambung lagi kaka....      
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2015 01:06 PM | Show all posts
pssst... sambung lagi smiley.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:05 PM | Show all posts
thank update n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2015 10:30 AM | Show all posts
Bab 17

Perahu kertas ku kan melaju
Membawa surat cinta bagi mu
Kata kata yang sedikit gila
Tapi ini adanya
Perahu kertas mengingatkan ku
Betapa ajaib hidup ini
Mencari cari tambatan hati
Kau sahabat ku sendiri
Hidupkan lagi mimpi mimpi
Cinta cinta cita cita cinta cinta
Yang lama ku pendam sendiri
Berdua ku bisa percaya
Ku bahagia kau telah terlahir di dunia
Dan kau ada di antara milyaran manusia
Dan ku bisa dengan radarku menemukanmu


Langkah Muaz terhenti sebaik terdengar alunan suara gemersik di iringi petikan gitar dari ruang balkoni. Beg pakaian terus di letak dan dia  mengintai celah daun pintu yang memisahkan balkoni dan bilik tidur. Terkedu seketika dia memerhati Azalea. Suara boleh tahan. Petikan gitar pun macam professional.
Selesai mengulang korus, Azalea terasa dirinya di perhatikan. Mesti pakcik pengacau ketenteraman alam tu dah balik dari Langkawi. Hatinya resah.  Karang tersampuk dengan makhluk halus pula. Jarinya memetik chord dan dia menukar rentak ke lagu popular zaman remaja dulu “ I’m Yours”. Kerina dan ahli komiti majlis Reunion memaksa dia  mendendangkan beberapa buah lagu pada malam itu nanti. Nak jimat kos.

“ Udah lah tu, hujan pula nanti” ujar Muaz sambil bersandar di pintu. Puji dalam hati cukup, mulut kena maintain berbisa.

“ Macamlah aku tak tahu, kau terpegun dengar suara aku. Amacam ? Not bad, kan? Kalau dulu aku jadi penyanyi mesti dah tahap Yuna. Busuk busuk pun Najwa Latif”

“ Perasan! Kenapa tiba tiba menyanyi sampai tak hengat dunia? Nak masuk audition reality show ke? Gaji kau dan pocket money yang aku bagi tak cukup? ”
Petikan gitar berhenti dan gitar di sandarkan di sisi. Abaikan saja keceluparannya,  Muaz sudah lama di belenggu kesedihan dan jin iblis mak esah.

“ How was Langkawi? Banyak kerja?” Azalea menukar topik.

“ Of course. Aku kena supervise pembinaan hotel  bukan buat reban ayam. Ini pun aku balik sebab ada mesyuarat dengan board of directors.  Lepas kenduri kawin anak Pak Lang di Kuantan aku kena balik Langkawi semula. Minggu lepas kau buat apa yang sibuk sangat sampai tak boleh datang Langkawi? Aku tanya saja, jangan nak perasan aku rindu kat kau.”

Cehhh! Siap disclaimer terus. Aku pun tak hingin nak pergi lah.
“ I tolong Keri siapkan door gifts dan hadiah lucky draw untuk dinner. Kesian dia tak ada siapa nak tolong. Mama dan Papa tak syak apa apa pun. I suruh Pak Rashid hantar  ke KL Sentral dan ambil I dari sana dua hari kemudian, time I sepatutnya sampai dari Langkawi. I siap beli cokelat kat Sentral untuk buah tangan ” Azalea ketawa kecil.

“Banyak akal lah kau ni.” Bahaya dapat isteri macam Azalea. Otak dia geliga. Kalau aku ada affair mesti cepat saja dia dapat tangkap.

“ Lapar ke? Nak minum atau makan apa apa?” Azalea bertanya  sambil mengangkat gitar masuk ke bilik.

“ Kejap lagi lah. Aku nak baring” Muaz  merebahkan badan ke tilam empuk. Enaknya dapat tidur di bilik sendiri setelah sekian lama. Nothing beats your own bed, not even a 5 star hotel bed. Matanya terus pejam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 10:45 AM | Show all posts
Bunyi kuat mengejutkan Muaz dari tidurnya. Dengan mamai yang bersisa dia memfokuskan mata ke arah seseorang yang sedang beraksi depan cermin. Gadis itu berpusing sambil memegang skirt labuh kembang berwarna biru nila. Dia menari nari sambil menyanyi riang. Rambutnya yang panjang beralun lembut. Bidadari kah yang muncul dalam mimpi? Atau penari istana sedang menghiburkan beta? Dia nanar seketika sebelum akal warasnya kembali. Matanya di tenyeh. Puiiiii!

“ Ahem… ahem!”

Azalea berpaling ke arah suaminya yang di sangka masih tidur. Alamak, malunya! Pipinya memerah walaupun riak mukanya selamba. Orang nak cuba baju pun tak senang. Eeeeeee!

“ Batuk ? Sakit tekak? Nak ubat?”

Muaz ketawa kecil melihat Azalea yang malu alah. Cantik bini aku, puji hati kecilnya  Cheh! Inilah akibat bila dua minggu lebih di Langkawi asyik mengadap muka kaum lelaki dalam project team.

“ Kau nak pergi mana bergaya sakan ni?”

‘ Ini baju  untuk dinner malam besok, saja nak try. Ok tak?” Azalea buat muka cute.

“ Kat mana dinner kau tu? Kau pergi dengan siapa?” Muaz bangun dari katil dan mendekati isterinya.

“ Di One World Hotel. I pergi sendiri lah. Qai kata nak ikut tapi last minute dia ada hal di kampus. Tak kisah lah, dia pun mungkin boring sebab tak ada orang sebaya.”

“ Ooh… kau ajak Qai? Kau kahwin dengan siapa sebenarnya?” Muaz rasa tergugat. Qayyum dan Azalea makin rapat dan dia pula yang rasa tersisih dalam keluarga sendiri. Waktu hujung minggu macam macam aktiviti mereka buat berdua dari bermain tenis, berenang, shopping….. Hoi…apa ni? Takkan aku rasa cemburu dengan adik sendiri dan bini yang aku tak sayang.

“Sorry, this is not your kind of scene so I tak ajak. Lagipun tak ramai bawa partner. Mesti you tak selesa sebab tak ada gang. I ajak Qai sebab dia boleh tolong angkat barang nanti. Takkan  nak suruh you buat kerja khadam. “ Alasan yang boleh diterima akal.

“ Dah masuk waktu Asar? Jom solat sekali.” tanya Muaz sambil menanggalkan jam tangan dan meletaknya di meja sisi katil.“Kenapa kau pandang aku macam tu?”

Azalea menutup mulut yang ternganga. Ini kali pertama sejak mereka berkahwin Muaz ajak solat jemaah. Malangnya…

“ Asar dah masuk. Er.. tapi saya tak boleh solat” Mata Muaz mengecil sebelum dia tersengih.

“ Oh, cakaplah kau uzur. Terkejut aku, ingat kau tak reti solat”

Tolong sikit, selama ni tak pernah tengok aku solat ke? Hissyyy! Azalea duduk di sofa sambil memanggung dagu tatkala Muaz  ke bilik air. Rugilah tak dapat pahala berganda solat jemaah dengan suami. Entah bila lagi nak dapat peluang begini. Dia sudah nekad akan membantu Muaz mendapatkan semula Zahira. Cinta Zahira pada Muaz terlalu mendalam hingga sanggup guna gunakan lelaki itu. Mereka layak untuk hidup bahagia bersama.

Muaz keluar dengan memakai T shirt putih berkolar dan kain pelikat. Mukanya yang masih basah dengan air wuduk nampak bersih dan berseri. Azalea segera mengalihkan pandangan bila anak mata Muaz memanah ke arahnya.

“ Apa pandang pandang? Dah jatuh cinta dengan Muaz versi 1.5?” perli Muaz

“ Encik Muaz, cepat solat. Jangan merapu, malaikat dah ready nak catit pahala.”

Sebaik Muaz mengangkat takbir, Azalea menyalin pakaian dan turun ke dapur. Minum petang sudah terhidang di meja. Mak Piah buat cucur jagung, juadah  kegemaran Muaz. Teh yang masih berasap di tuang ke dalam mug dan beberapa biji cucur jagung di letak dalam piring. Azalea mengambil tempat duduk di patio mengadap kolam renang. Ipad di buka dan dia mula melayari blog.

“ Mana Mama dan Papa?” Muaz muncul di sisi tak lama kemudian.

“ Mereka pergi melawat anak Dr Amin yang baru bersalin” jawab Azalea sambil mengunyah cucur.

“Bak satu” Muaz mengambil cucur dan di masukkan ke mulut.

Kening Azalea terangkat. “ Pergi lah ambil kat dapur. Kalau tak, habis I punya you makan”

“ Kedekut tahi hidung masin! Tolong lah ambilkan. Aku letih ni. Jangan bantah perintah suami”

Dengan malas Azalea mengangkat punggung dan masuk ke dapur. Muaz membelek ipad Azalea dan terus ralit membaca blog Shopaholy. Ntah apa punya nama tapi sesuai lah kot dengan gadis berhijab yang suka shopping. Bimbo dan fake sangat. Pakai tudung tapi baju ketat dan mekap sekati. Posing mendada, tertonggek tonggek walaupun asset ciput.

“ Here is your tea. Hey, apa ko buat tu?” Azalea menjerit kecil. Muaz sedang meninggalkan komen untuk Shopaholy.

“ Aku bagi komen tulus ikhlas pasal pakaian dia. Tu jer”

“ Delete lah. Tak baik tau mengaibkan orang. ”

“ Kalau dah perangai macam tu, memang minta di kutuk. Nah, aku dah delete. Kenapa kau sentap sangat? BFF kau ke?” Ipad di kembalikan pada Azalea.

“ Bukan, tapi dia online seller yang berjaya. Income dia 5 figures  setiap bulan. I nak cari tips, mana lah tahu nanti nak buat business”

“ Tip no 1, jangan berpakaian macam kek rainbow. No 2, kalau nak tunjuk imej Muslimah, jangan posing macam nak cari bapa gula.”

Kutuk orang tak hengat. Macam lah kau  perfect sangat. Dulu bukan main lagi suka perempuan sexy. Azalea membebel dalam senyap sambil memaku pandang pada Muaz.

“ Lain macam saja awak sejak balik dari Langkawi. Ajak solat jemaah, tak suka tengok perempuan bergaya sexy. What happened?”

“ Adalah. Aku baik dengan sorang engineer di sana. Susah untuk aku cerita, tapi cara dia tegur aku buat rasa nak berubah. Dia ajar aku untuk menjadi hamba Allah yang redha dengan ketentuan Ilahi. Aku masih belajar bertatih. Tapi setiap kali aku solat dan berdoa aku rasa diri aku makin tenang.”

“ Alhamdulillah.” ucap Azalea. Dia rasa sebak. Mama mesti gembira, doa nya makbul.

“ Sekurangnya aku dah sedar tentang dosa dan kejahilan aku selama ini. Tapi janganlah harap aku ni jadi macam Ustaz Don atau Imam Muda. Dan jangan pula perasan yang aku akan jadi suami yang perfect untuk kau. Aku masih tak lupakan Zahira “

Azalea menggigit bibir bawah. Patutkah aku cerita pasal Kak Faten @ Zahira? Dilema besar ni. Di telan mati emak, di luah mati bapa….. aah, lantak lah.

“ Good luck. I harap you jumpa dia. I pun ada plan untuk masa depan”

“ Apa? Kau ada boyfriend yang menunggu?” Muaz pusing mengadap Azalea.

“ I nak sambung belajar, buat Masters. Kalau you jumpa  Zahira, kahwinlah dengan dia. I will get out of your life. Sebagai pampasan, you sponsor I . Camner? Ok tak?” Idea spontan yang tiba tiba menjelma.

“ Kalau aku dapat kahwin dengan Zahira,  sponsor kau sampai Phd pun boleh. Aku janji” Telapak tangan di naikkan gaya orang mengangkat sumpah.

“ Overseas tau.”

“ Over the moon pun boleh”

Azalea menadah tangan “ Ya Allah, kau pertemukanlah Ahmad Muaz bin Ahmad Zaki dengan Zahira. Kau permudahkanlah jodoh mereka. Aaamiiin” Muka di raup.

Pergelangan tangannya di capai " Kau tahu sesuatu  pasal Zahira?"

Dan Azalea mula bercerita ....


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 10:56 AM | Show all posts
sang_arjuna replied at 31-1-2015 02:30 AM
Bab 17

Perahu kertas ku kan melaju

Cik es nk.tnya, ni novel.cinta kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 10:18 AM | Show all posts
okeyyyyyyyyyyyy ni suspennn!

tapi part sponsor phd sampai oversea tu iolsss suka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 04:22 PM | Show all posts
Esmiria replied at 31-1-2015 10:56 AM
Cik es nk.tnya, ni novel.cinta kaaa?

lebih kurang gitu lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 04:23 PM | Show all posts
freddianza replied at 4-2-2015 10:18 AM
okeyyyyyyyyyyyy ni suspennn!

tapi part sponsor phd sampai oversea tu iolsss suka.

harap muaz tak mungkir janji
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 04:34 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 4-2-2015 04:23 PM
harap muaz tak mungkir janji

hahaha.entah entah janji dicapati sebab tak sanggup jauh dengan si Lea.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 04:44 PM | Show all posts
Bab 18

“ Aku rasa memang berbaloi penat lelah kita . It was a big success” Azalea senyum lebar walaupun kepenatan.

Kebanyakan tetamu sudah pulang dan mereka tinggal  sibuk menyusun door gift yang berbaki ke dalam kotak. Beberapa orang rakan  mengira wang yang berjaya di kutip  untuk mangsa banjir. Ada lagi kumpulan kecil yang sakan ber-wefie dari atas pentas hingga ke pintu masuk dewan.

“ Oh yeah! Korang memang terbaik. Tahun depan buat lagi” Benjy, kawan sekampus mengangkat ibu jari.

“ Tolonggggg…cukuplah! Aku dah taubat. Korang tak tahu seksanya aku dua tiga minggu ni sampai turun 2 kilo. Kalau nak buat lagi tahun depan, cari komiti baru.” Kerina menyiput rambut nya yang mengurai dengan  klip rambut butterfly.

Reunion dinner Class of 2011 berjalan lancar dari mula sampai akhir. Rata rata semua puas hati; hidangan enak, persembahan menarik, hadiah lucky draw dan door gift yang lumayan dan paling menyeronokkan dapat bertemu semula dengan kawan kawan lama dan mengeratkan silaturahim. Macam macam kisah lama dan baru di kongsi dan gelak tawa bergema di seluruh dewan. Masa 3 jam terlalu cepat berlalu.

Azalea mengeluarkan kunci kereta dan parking tiket dari beg tangan. Sebelah tangan menutup kuap.

“ Dah pukul 1 lebih , Lea. Kau tidur sini lah. Kita dah book 2 bilik. Bahaya kau nak drive balik sorang.” tegur Kerina

“  Thanks tapi tak apalah, rumah aku bukan jauh sangat. Lagipun ini malam Sabtu, masih banyak kereta kat luar tu. Don’t worry about me.”

“ Issyy.. kau ni pun Keri. Orang dah kahwin. Lea mesti nak balik tidur dengan ‘bantal peluk’dia” usik Benjy.

Yo lah tu, bisik hati Azalea. Sejak Muaz mengetahui yang Zahira sudah berkahwin dan berada di Jakarta, lelaki itu nampak murung.  Itupun Azalea terpaksa censor apa yang patut, bimbang Muaz meletup! Tapi dia dan Muaz makin rapat seperti adik beradik. Azalea lah tempat Muaz mengadu dan meluahkan kesedihan.  

“ Good night. Aku balik dulu” laung Azalea sambil melambai

Sampai saja di basement yang hampir kosong dia berjalan pantas menuju kereta. Ada security guard sedang membuat rondaan, membuat Azalea rasa selamat. Kereta di pandu keluar menuju lebuhraya. Jalanraya agak lengang. Tiada apa apa yang nampak luarbiasa dan dia meneruskan pemanduan.  Namun tak lama kemudian, dia perasan ada kereta hitam yang mengekorinya dari jarak dekat. Degup jantungnya makin cepat. Kecut perut mak!  Dia menekan minyak namun laju mana sangat lah kereta MyVi. Harap harap dia akan sampai segera ke tol untuk masuk ke lebuhraya. Cuma setengah kilometer lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2015 04:48 PM | Show all posts
“SRRRREEEEETTTTT” Kereta hitam memotong dan berhenti mengejut di depan kereta Azalea. Dua lelaki berpakaian hitam dan bertopeng keluar menuju ke arahnya. Nafas Azalea terlekat di kerongkong. Nasib baik pundi kencing sudah di kosongkan tadi, kalau tak tentu aku terkucil. Ya Allah, lindungi aku!

“ Keluar cepat! Kalau tak kami pecah tingkap!” gertak lelaki yang lebih tinggi

Mengigil tangan Azalea bila membuka pintu. Ingatannya kembali pada episod hitam dua tahun lepas bila kejadian yang sama berlaku, angkara Ah Long menagih wang yang di pinjam abangnya. Janganlah sejarah berulang lagi.

“ Keluar! Sekarang!” ulang lelaki tadi

“Apa…apa… k.. kau..n..n.. nak?”

“ Kita nak kau lah!” Tubuhnya di peluk ketat dari belakang sebaik Azalea keluar dari kereta.Dalam ketakutan dia masih boleh berfikir dengan waras. Ini tak boleh jadi , aku tak boleh biarkan mereka kekah aku. Azalea mengguna segala kudrat dan menyiku rusuk penyerangnnya. Yeaghhhh!

“ADUUUHH!”

Azalea berjaya melepaskan diri bila lelaki itu melonggarkan rangkulan dan bersiap siaga.  Bila  lelaki yang lagi seorang menerpa, dia menendang ke celah kelangkang dengan tenaga yang luarbiasa.

“  CELAKA KAU PEREMPUAN!!!”

Azalea membuka langkah seribu. Doa nya termakbul bila sebuah kereta tiba tiba berhenti di situ. Dua lelaki tadi pantas menghilangkan diri. Azalea jatuh terjelopok , kakinya tidak mampu mengampu tubuhnya lagi.  Derapan tapak kaki makin mendekat.

“ Kak Lea!” Suara Qayyum mencecah gegendang. Qayyum mencangkung di sebelahnya dan merangkul bahu Azalea lalu mengusap rambutnya.

Azalea melepaskan tangisan yang di tahan. Syukur pada mu, Ya Allah.

“ Syyyy. Its okay….its okay. Kak Lea selamat.” Azalea mengesat airmata dan cuba berdiri tapi kakinya terasa sakit. Mungkin terseliuh. Terhencot hencot dia melangkah.

“ Nak I dukung ?”

“ Tak payah, akak boleh jalan.” Dia  di pimpin ke kereta Qayyum. Pintu Nissan Latio di buka.

“ Nasib baik Qai sampai tepat pada waktu. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi kat akak.”

“ Sebenarnya tadi I singgah kat One World sebab ingat Kak Lea masih di sana tapi Kak Keri kata akak baru balik. Nasib baik Qai lalu jalan ni dan ternampak kereta Kak Lea.”

“ Syukur. Thanks so much sebab selamatkan akak. Akak tak tahu macam mana nak balas jasa baik Qai.” Jari jemari Qayyum di genggam kemas.

Bisa di atur, balas Qayyum dengan hati yang berbunga.

“ Kak Lea nak pergi hospital ? Check kaki Kak Lea , mana tahu tulang retak”

Azalea menggeleng. Walaupun kakinya berdenyut tapi tak lah sakit melampau. “Tak payah lah, letak minyak angin dah okay, insyaallah”

“ Kalau macam tu kita pergi balai polis”

“ Polis?” Azalea memandang Qayyum dengan tanda tanya. Otaknya agak lambat berfungsi akibat trauma.

“ Ya, kita kena buat laporan polis pasal insiden tadi. Mungkin mereka nak culik akak”

Ada kemungkinan. Mereka tak minta duit dan tak ambil beg aku. Tapi kenapa? Kalau nakkan duit Datuk Zaki , lagi baik culik Muaz atau Qayyum


“ Qai, akak letih sangat. Kalau  buat polis report sekarang, akak tak boleh ingat apa apa. Boleh kita balik rumah dulu?” Suara Azalea yang tidak bermaya menyentuh hati Qayyum. Enjin di hidupkan dan kereta meluru ke arah Damansara. Azalea cuba mengingati semula nombor plat kereta Golf GTI hitam tadi dan rupa penyerang tapi tak berjaya. Semuanya berlaku terlalu pantas. Nasib baik dia masih ingat langkah mempertahankan diri yang di pelajari di university dulu. Dan tentunya hero malam ini ialah Qayyum yang datang tepat pada waktu. Love my little bro!

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 08:59 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 4-2-2015 04:48 PM
“SRRRREEEEETTTTT” Kereta hitam memotong dan berhenti mengejut di depan kereta Azalea. Dua lelaki b ...

wah! best! sambung lagi kak!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:23 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 15-3-2014 03:13 PM
“ Bukan awak yang bersalah tapi perbuatan kita salah. Hubungan kita berdosa di sisi agama.  Dulu an ...

baru baca. Fefeling arab.guna ana. Baguslah camtu. Even org.......

Haha. Tgh BERSOPAN dalam mengomen.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:29 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 18-3-2014 09:30 AM
“ Family dia tahu tak yang kau ni suka enjoy, pergi ke club, tapi tak suka ke dapur? Selalunya iste ...

Dalam novel dan drama
semua happy ending..

Mmng btul. Real life lain..life..haishh..aku sendiri tertunggu2 hepi ending dlm hidupku setelah byk konflik dlm hidupku..

reason aku lyn cter ni sbb ada cintaa dlm hati ni.haha.hmm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.486638 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list