CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 4-2-2015 09:42 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 23-3-2014 05:03 PM
Azalea menekan remote kereta Proton Preve dan Kerina meloloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu ...

perghhh.org kaya...bli branded2. Wauu.. Tapi....haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 09:50 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 30-3-2014 11:22 AM
“ Abang betul betul stress dengan Mama dan Papa. Why can’t I live my life the way I want? Kenapa M ...

baca bab ni.buat aku terfikir. Memang wujud ke kahwin paksa dlm.real life? i mean, kawen paksa-gaduh2-ada org ketiga ganggu-semua org baik n happy ending? bkn nk kritik.just terpk.

Sbb apa aku dpti, ada yg kena paksa kawen tapi tak baik2 mcm org tu.Hehe.terpengaruh novel betul aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:01 AM | Show all posts
Esmiria replied at 4-2-2015 09:50 PM
baca bab ni.buat aku terfikir. Memang wujud ke kahwin paksa dlm.real life? i mean, kawen paksa-gad ...

ye adik ada berlaku dalam society kita terutama keluarga prominent ni sbb samada nak kembangkan reta atau x nak bloodline tu tercemar ... kira org kata kawin ngan sekufu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:23 AM | Show all posts
smiley I suka dgn jalan cerita cik yah ngan cik mat ni... Nampak gaya kene blaja brsabar nak tunggu next chapter...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:26 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 4-2-2015 11:01 PM
ye adik ada berlaku dalam society kita terutama keluarga prominent ni sbb samada nak kembangkan re ...

Ohh mcm tu. Bru thu. Org kaya kan..sma dgn org kya even .......

Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 10:50 AM | Show all posts
Weh siapa pulak nak culik cik yah ni.

Suspen dgn perasaan Qayyum kat cik yah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2015 12:40 PM | Show all posts
Wah, ada kemajuan. Bolehlah backlog

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 01:29 PM | Show all posts
Update ye..TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2015 01:57 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 5-2-2015 04:40 AM
Wah, ada kemajuan. Bolehlah backlog

Backlog tu pe? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 08:14 AM | Show all posts
Assalamulaikum & selamat pagi semua... finally ada sambungan cite ni... huhuhuhuhu... sapa yg nak dajalkan lea ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 10:01 AM | Show all posts
xda n3 lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak juna...sambung please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 11:25 AM | Show all posts
Esmiria replied at 4-2-2015 09:50 PM
baca bab ni.buat aku terfikir. Memang wujud ke kahwin paksa dlm.real life? i mean, kawen paksa-gad ...

ada tapi jarang lah
sbb selalunya anak org kaya tu social circle dia memang  sekufu sejak kecil.... pergi private school, holiday oversea
jadi rata rata kawin dgn gang yg sekufu juga

yg amat jarang kalau ada wasiat dari atuk/nenek suruh kawin dgn si fulan bila dah besar

tp citer ni  sekadar hiburan jer



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 11:27 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 5-2-2015 07:23 AM
smiley I suka dgn jalan cerita cik yah ngan cik mat ni... Nampak gaya kene blaja brsabar nak tunggu  ...

tenkiu
tp ending tak tau lagi camner
tgh mengarang sikit sikit ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 11:28 AM | Show all posts

backlog  = gostan
baca page yg belakang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 11:29 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-2-2015 08:14 AM
Assalamulaikum & selamat pagi semua... finally ada sambungan cite ni... huhuhuhuhu... sapa yg nak da ...

kaka pun tak tahu lagi nak kasi siapa  jadi dajal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2015 11:38 AM | Show all posts

Bab 19

Bibirnya mengukir senyuman sebaik menamatkan  perbualan. Samsung Galaxy di letak di sisi komputer. Panggilan dari  pegawai Bahagian  Kewangan & Akaun membawa berita baik, outstation claim sudah di bereskan. Alhamdulillah, rezeki !  Zhafran membuka Facebook page Yayasan Mahabbah  untuk mendapat maklumat aktiviti  grup dakwah yang di sertainya. Banyak juga dia tertinggal ketika di Langkawi, sementelahan dia ada di sini selama seminggu boleh lah dia menyumbang tenaga dan menghadiri ceramah Ustaz Lutfi.

Rindu yang bersarang di hati mendorong jarinya menaip nama Azalea di kotak carian dan dua tiga saat kemudian keluarlah muka buku Azalea Razali dengan gambar seekor kucing comel berbulu hitam dan ber”stokin” putih.  Zhafran tersengih. Masih hidup si Sudin. Entah apa apa lah Lea, nama Bujang Lapok di beri pada kucing kesayangan. Ajis dan Ramlee dah jadi arwah agaknya. Peliknya, tak ada satu pun gambar peribadi yang di muatnaik oleh Azalea. Teringin juga aku tengok muka suami dia,apakah  lagi handsome dari aku ? Yang ada cuma gambar Reunion Dinner di Hotel One World tempoh hari. Mata Zhafran terpaku pada gambar Azalea menyanyi sambil bermain gitar. Jantung nya melaju. Syoooh…syooohhhh!  Ini semua kerja syaitoooon. Zhafran segera beristighfar, berdosa melayan rasa terhadap isteri orang. Komputer di tutup dan dia turun ke bawah untuk mengisi perut yang kosong. Pagi tadi  dia cuma sempat menjamah dua biji cucur ikan bilis dan bau masakan dari dapur sangat membangkitkan selera.

“ Ibu masak apa? Bau sedap sampai menusuk jiwa.” Zhafran mengangkat penutup periuk yang berasap atas dapur.

“ Eh, sabar lah Abang. Ibu baru buat gulai ayam, sayur belum masak lagi. Kamu dah lapar ke? Kalau nak cepat makan tolong ibu potong sayur. Keluarkan cendawan, karot dan brokoli dari peti ais. Buat mix vegie. “ Puan Dalila memberi arahan. Dari dulu dia mengajar kesemua anak anak memasak, walaupun ketiga tiga anaknya hero belaka. Zaman sekarang skil memasak penting kalau nak hidup sihat. Sebagai pensyarah sabjek Nutrition di sebuah kolej swasta, Puan Dalila fobia dengan makanan segera. Jangan harap dapat makan McD atau KFC kalau keluar bersama nya.

“ Ibu cuti berapa lama? ” tanya  Zhafran sambil memotong brokoli.

“ Tiga hari. Ibu ingat nak ajak Abang pergi tengok Uncle Wan Ahmad di hospital petang ni.”

“ Uncle Wan sakit apa?”  Baru balik satu hari, dah kena ambush.

“ Dia kena asthma attack kelmarin masa tengah berkebun. Auntie Lin keluar ke rumah kawan masa tu. Nasib baik Mariam ada di rumah, terus dia bawa bapa dia ke Hospital Selayang tempat dia buat housemanship. Senang betul sebab dia doktor, tak payah tunggu lama. ”

Ibu  aku ni tak sah kalau tak puji Mariam. Macamlah aku tak tahu dia doktor. Dah berpuluh kali ibu ulang.

“ Nanti boleh Abang jumpa Mariam sekali. Bukan senang korang nak jumpa, Abang nun di Langkawi” Matanya mengerling ke arah anak bujangnya yang tidak memberi respon.

“ Brokoli tu lebih interesting dari ibu kah?”

“ Tak, tapi lagi interesting dari Mariam. Sorry! ” Zhafran buat muka selamba bila di jeling ibunya.

“ Sudah sudahlah Abang,  Lea dah kahwin pun. Its time for you to move on. Jangan jadi macam orang gila talak.  Mariam dah cukup elok dah, kali ni cuba dengar cakap ibu. ” Suatu masa dulu, Puan Dalila berharap sangat Azalea jadi isteri Zhafran.  “Besan tak jadi” nya pun baik dan masih bertanya khabar hingga sekarang. Tapi  Zhafran sendiri yang buat hal dan putuskan hubungan sebab terlalu taksub dan patuh dengan  Ustaz Lutfi. Huh… geram betul! Puan Dalila tak nafikan yang Ustaz Lutfi membawa banyak perubahan positif dalam diri Zhafran. Anak sulungnya itu sering jadi imam solat di surau, Quran dan kitab hadith jadi teman setia nya. Tapi dalam hal mencari isteri biarlah ibu yang jadi tempat rujukan. Takkanlah seorang ibu nak pilih perempuan yang tak elok jadi menantu.

Sekarang dia dan suami dah jumpa calon yang sesuai. Mariam lebih serius dan pendiam tapi lemah lembut berbanding dengan Azalea yang jenis “ huha”. Kalau kali ini Ustaz Lutfi cuba campur tangan, siap! Aku cabut serban dia.

“ Bukan sebab Lea tapi Abang muda lagi.  I want to build up my career. Sekarang ekonomi Malaysia dah slow down tapi banyak engineering job di Middle East. Mungkin abang kena pindah ke sana. Lecehlah kalau ada bini.”

“ Ibu tak suruh kamu kawin sekarang, Cuma tunang dulu. Lepas tu kita tengoklah macam mana. Takkan kamu tak nak kahwin. Kata nak ikut sunnah.”

“ Ibu, tolonglah faham. Abang tahu berkahwin itu  sunnah Rasulullah. Tapi Abang tak nak tunang atau kahwin dengan Mariam atau sesiapa pun masa ini. Hati Abang belum terbuka lagi. Masa di Langkawi ,  Abang berkawan dengan anak pemilik Villa Hammara dan dia cerita pasal perkahwinannya yang di atur ibubapa. Dah lebih sebulan dia kawin, dia tak pernah sentuh pun isteri dia. Isteri dia pun buat hal sendiri, tak layan dia. Abang tak nak perkahwinan macam itu. Berdosa. Membazir saja duit buat kenduri kendara.”

Belum sempat ibunya membalas hujah, telefon bimbit dalam poket jeans Zhafran melaungkan ringtone lagu Maher Zain. Sebaik melihat nama si pemanggil dia memperlahankan api dapur.

“ Assalamualaikum Walid.” Zhafran terus masuk mode Arab membuat Puan Dalila menjulingkan mata.

“ Waalaikumsalam. Zhafran sihat? Walid dengar ente ada di KL”

“Alhamdulillah.  Ana sampai semalam. Ana ada di KL selama seminggu sebelum balik semula ke Langkawi.  Ingat nak pergi  jumpa walid dan ikhwan semua malam ini.”

“ Aiwaa! Sebenarnya walid nak minta tolong. Boleh tak datang ke Kafe Mahabbah pukul 4.30? Ada pelanggan penting nak datang bayar deposit.”

“ Baik walid, ana datang. Jumpa nanti, insyaallah.” Telefon bimbit di masukkan dalam kocek jeans.

“Apa walid  suruh ente buat ? Bersih kandang unta?” perli Puan Dalila bila Zhafran menamatkan perbualan

“ Ha ha… ibu ni buat lawak pula. Ustaz Luthfi minta tolong abang jumpa pelanggan kat kafe. Kita pergi melawat Uncle Wan besok lah, insyaallah”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 12:02 PM | Show all posts
Zhafran menemani Ustaz Lutfi hingga ke tempat parkir dan berpamitan sebelum dia masuk kembali ke Kafe Mahabbah. Ramai juga pelanggan yang datang untuk minum petang. Setakat ini kafe ini memberi keuntungan yang lumayan, kata Ustaz Lutfi. Tak sia sia mereka ceburi bisnes restoran.

“ Abang Zhafran nak minum? Nak kuih ?  Makcik Mun tengah goreng pisang. Karipap, cucur udang pun ada” Pelayan lelaki bernama Adil mempelawa.

“ Bagi Abang teh o ais satu. Panas pula hari ni. Kuih tak payah,abang kenyang lagi. Abang nak naik atas, nanti Adil tolong bawa ya”

Zhafran naik ke pejabat Ustaz Lutfi di tingkat satu. Rumah kedai tiga tingkat di sewa untuk memudahkan perjalanan dakwah Ustaz Lutfi. Selain pejabat, tingkat satu memuatkan surau kecil dan stor untuk buku buku terbitan Yayasan Mahabbah. Tingkat paling atas di jadikan tempat tinggal untuk pekerja lelaki.

Sambil menunggu wakil dari Prima Berhad, Zhafran meneliti buku akaun Yayasan Mahabbah. Syukur, setiap bulan pasti ada sumbangan dari insan insan yang pemurah. Penuntut di maahad tahfiz di Nilai bukan semuanya mampu membayar yuran. Kos penyelengaraan makin tinggi, ustaz dan ustazah pun nak gaji yang berpatutan dengan kos sara hidup.

Pintu di ketuk dan muka Makcik Mun tersembul dengan senyuman lebarnya. Dia bukannya orang lain, kakak Ustaz Lutfi sendiri dan sudah lama bekerja menjaga makan minum penuntut tahfiz. Kalau ada kenduri kendara, dia lah ketua tukang masak. Kecur airliur Zhafran bila teringat gulai lemak daging salai dari air tangan Makcik Mun. Gelas berisi teh o ais dan sepiring pisang goreng di letak atas meja.

“ Lama tak nampak  Zhafran. Dah gelap sikit. Ni mesti seronok mandi laut di Langkawi. Bila nak bawa makcik ke sana? Makcik tak pernah pergi lagi. Teringin juga, orang kata pinggan mangkuk murah.”

“ Datanglah makcik. Makcik dan Pakcik boleh tumpang rumah sewa saya. Saya bawa makcik jalan jalan. Makcik boleh pergi spa di sana. Derang boleh urut dan belai Makcik sampai jadi macam anak dara semula”usik  Zhafran . Berdekah dekah Makcik Mun ketawa dan bila tersedar dia menekup mulut.

“ Udahlah kamu, Makcik nak turun ni. Kalau layan Zhafran, tak makan lah pelanggan yang datang” Sebaik Makcik Mun beredar, suara Adil kedengaran di luar bilik

“ Abang Zhafran, tetamu dah datang. ”

Zhafran segera bangun untuk menyambut pelanggan yang datang. Lututnya tiba tiba lemah. Ya Allah! Suaranya gugup ketika memberi salam.
“ Ini Puan Azalea dari Prima. Kak, ini Abang…eh Encik Zhafran ” Adli memperkenalkan mereka.

Kalau Azalea seorang pelakun , tentu dia boleh menang anugerah pelakun terbaik. Wajahnya sikit pun tidak menunjukkan apa apa reaksi. Dengan tenang dia membalas salam sambil mengangguk  tanda hormat. Degup jantung Zhafran berlari sakan.  Baju kurung hijau pucuk pisang dengan les putih di hujung lengan membuat Azalea kelihatan sangat ayu. Zhafran beristighfar. Bini orang tu!

“ Mana Ustaz Lutfi ?” soal Azalea sambil memerhati keliling pejabat. Kalau aku tahu Zhafran akan berada di sini, sumpah aku tak datang. Dia memaksa diri untuk berlagak professional walaupun hatinya sakit bercampur sayu.

“ Ustaz Lutfi minta maaf sebab ada undangan dari masjid untuk bagi syarahan. Saya ambil alih tugas kalau dia tak ada. Jemput duduk. Er… Puan Azalea nak minum?”  Malunya aku, suara dan sel otak tak bersambung. Macam bunyi budak lelaki baru nak akil baligh.

  “ Tak mengapa.  Saya nak cepat.” Suara dan riak sejuk beku Azalea menggerunkan. Zhafran terus membuka fail warna putih yang tertulis dengan nama Prima Berhad di depan.

“ Ini menu untuk event Prima pada 20 April untuk 30 pax. Puan boleh semak dan kalau semua okay, tandatangan di bawah.” Invois di hulur.

Azalea tekun menyemak dan Zhafran tekun menatap wajah yang tak pernah di lupa. Matanya seakan melekat dengan gam gajah  hingga Adli yang berdiri di sebelah pintu berdehem. Nasib baik ada chaperone, tidaklah syaitoon menggila. Zhafran meraup muka.

‘ Sandwic , karipap,  agar agar, kek cokelat,  macaroni goreng, buah buahan tempatan. Teh, kopi dan jus. Satu meja dengan hidangan untuk VIP, yang lain buffet. 2 pelayan. RM 12 per pax. Deposit 50%, bakinya bayar  selepas majlis.” Azalea membaca dengan suara perlahan. Semuanya seperti yang di bincang sebelum ini dengan Ustaz Lutfi.  Dia menurunkan tandatangan dan menyimpan satu salinan. Cek untuk deposit bertukar tangan.

“ Boleh minta pekerja kafe  sampai sebelum pukul 9.30? Jangan lambat  sebab tetamu nak makan pukul 10.30.”

Zhafran mengangguk “ Insyaallah. Macam mana Puan boleh pilih Kafe Mahabbah untuk function syarikat Puan? Selalu makan di sini?” Sengaja nak cari peluang berbual lebih lama dengan cinta hatinya.

“ Bukan saya yang pilih tapi bos saya.”

“ Kak Azalea pun selalu datang makan sini. Dia regular customer kita” sampuk Adil. Nampak sangat kau selalu ushar ex  aku, Zhafran mendengus dalam hati.

“ Ya, makanan di sini sedap. Harga okay, servis pun bagus.” Azalea melemparkan senyum pada Adil.

“ Terimakasih. Kita perlu sokongan dari pekerja pekerja pejabat di sini” tambah Zhafran. Skema nya ayat.

“Kalau semua dah settle, saya balik dulu. Terimakasih.” Azalea tidak sabar untuk meninggalkan pejabat itu. Segala kudrat nya di perah untuk menahan emosi. Jiwanya masih rapuh. Dia bergegas turun dengan mata yang bertakung. Biarpun tiga tahun sudah berlalu tapi cinta pertama nya masih bersisa. Sedarlah diri sikit, wahai Azalea. Aku tak layak untuk dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 12:10 PM | Show all posts
Azalea berhenti di birai jalan bila mendapat panggilan dari Rashid, pemandu Datuk Zaki. Rashid memberitahu bahawa dia lambat sampai sebab trafik jam. Sejak  cubaan menculik tempoh hari, Azalea tidak di benarkan memandu seorang diri ke mana mana. Polis masih tidak dapat menjejaki penjahat dan ia amat merunsingkan keluarga Azalea dan mentuanya. Motif masih tidak di ketahui. Abangnya Hazif sudah tidak berhutang dengan Along. Kemungkinan besar dia cuba diculik sebab dia menantu hartawan. Cisss! Perkahwinan dengan Muaz betul betul membawa padah.

Azalea membuka langkah untuk melintas jalan menuju ke arah pejabat Prima. Tanpa di duga, sebuah kereta Mercedes merah yang di pandu laju menuju ke arahnya. Azalea terpempan dan menjerit sekuat hati sebelum tangannya di rentap kasar dan dia terdorong ke belakang. Dia hilang imbangan dan….

BEDEBAPPP!

Nafasnya terhenti seketika. Pandangan nya berbalam balam. Orang ramai di sekeliling bersuara serentak.

“ Astaghfirullah, laju betul kereta tadi.”

“Nasib baik Abang Zhafran cepat. Kalau tak, entah apa jadi”

“ Bodoh punya pemandu! Bawa kereta macam pelesit”

“ Kau dapat nombor plet?”

Azalea tersedar yang dia  sudah “ landing” di pangkuan Zhafran. Patut lah rasa sedap, tak macam jatuh atas jalanraya yang kasar.  Oh, gatal ko yek!!!  Lelaki itu masih memegang lengannya. Malunya! Zhafran dan seorang pelayan perempuan membantunya untuk bangun.

“ Allahuakbar! Lea tak nampak kereta tadi? Nasib baik tak jadi apa apa” Wajah Zhafran nampak risau.

Azalea masih terpinga pinga. Macam mana aku boleh cuai sampai hampir kena langgar. Sumpah, aku tak nampak kereta tadi.

“Lea are you okay? Baik awak masuk dan rehat dulu” Suara Zhafran begitu hampir dengan telinganya. Dia terlupa siapa dia dan Azalea kini. Yang Zhafran sedar, dia hampir kehilangan satu satu gadis yang dia cintai.

“ Mari saya bawa akak ke dalam.” Seorang gadis pelayan memegang bahunya. Dia di bawa duduk di sebuah meja yang agak tersorok di belakang. Makcik Mun meletak secawan teh panas depannya.

“ Kaki Lea luka. Adli, ambil kotak First Aid” gesa Zhafran.

Azalea segera melihat kakinya.  Kulitnya tersiat di buku lali. Mula lah dia terasa nak pitam. Bertenang ....Tarik nafas……hembus….. tarik nafas…. hembus.

“ Tak apa , sikit saja. Saya nak balik ke ofis. ” Muka nya rasa tebal dua inci bila semua mata memerhati nya.  Zhafran pula berlagak macam lelaki budiman seantero dunia. Prrrfffttttt! Pelayan pelayan di situ sudah mula tersengih sambil angkat angkat kening. Lain macam sungguh gaya Abang Zhafran, Hero Malaya. Azalea mengetap bibir, menahan malu dan sakit sekaligus.

“ Tunggu lah kejap.  Muka awak pucat lesi. Takut pitam pula nanti. Minum sikit teh.” Makcik Mun memujuk.

“ Jangan degil. Duduk.” Zhafran bersuara tegas tapi dalam nada perlahan. Azalea menarik muncung sedepa tapi di teguk juga teh panas. Makcik Mun mengambil kapas dari kotak kecemasan dan di tuang sedikit ubat.

“ Makcik, biar saya buat sendiri” Azalea menekap tumitnya sambil menyeringai. Ouch… sakit mak! Plaster di lekatkan. Okay, siap!  Dia pantas bangun dan menyarung kasut tapi kepalanya berpusing.  Azalea segera memaut kerusi dan melabuhkan tubuh semula.

“ Lea tak boleh jalan sendiri. Bahaya. Saya hantar Lea balik. Adli, ikut Abang” Zhafran gusar melihatnya. Azalea tidak mampu menolak, dia benar benar rasa lemah. Jangan lah Zhafran salah sangka ingat aku mengada nak menempel.

Ketika kereta Zhafran di pandu keluar dari tempat parkir, sepasang mata mengintai dari tempat yang terlindung.  Dia kecewa. Rancangan nya sudah gagal.

“ DAMN IT!”



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:11 AM | Show all posts
Faten zahira punya kerja ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.490550 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list