View: 1704|Reply: 8
|
[Tempatan]
Pelabuhan Klang, Banting catat IPU berbahaya
[Copy link]
|
|
Pelabuhan Klang, Banting catat IPU berbahaya
KUALA LUMPUR - Pelabuhan Klang dan Banting mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya setakat 7 pagi ini dengan masing-masing mencecah 352 dan 316.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 316.
13 kawasan mencatat IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya dengan bacaan 186, Putrajaya (176), Batu Muda (176), Shah Alam (165), Cheras (147), Kuala Selangor (152), Nilai (165), Port Dickson (168), Seremban (155), Bukit Rambai (134), Bandaraya Melaka (115), Muar (111) dan Tanjung Malim (107).
Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat bacaan IPU baik.
Semalam Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan itu mencecah bacaan sangat tidak sihat, sejak petang semalam.
Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my
Hidung aku dah sakit ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang teruk jerebu kat klang.. pedih mata, pening kepala even ddk dlm umh.. |
|
|
|
|
|
|
|
@NIXAR tak jadik aku nak balik KANCHONG ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tidur dlm rumah pn pakai mask maaa...sesak nafas dok kt klang... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mmg teruk jerebu skrg ni.. pedih mata |
|
|
|
|
|
|
|
pakailah syampu carrie junior, tak pedihkan mata |
|
|
|
|
|
|
|
dasat sungguh wei...
langit pun putih2 je, mcm nak hujan tapi tak hujan |
|
|
|
|
|
|
| |
|