CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38012|Reply: 82

Samarinda: Anugerah Terindah (Sari Yanti, Alif Hadi, Fezrul Khan, Syafiq Kyle)

[Copy link]
Post time 14-3-2014 03:56 AM | Show all posts |Read mode


Mula 13 Mac 2014 menggantikan Dalam Setiap Sujud

LINK BERKAITAN
Tonton: Anugerah Terindah
Twitter: #AnugerahTerindah

Episod: 15 episod
Siaran: Isnin hingga Khamis, Slot Samarinda TV3
Pukul: 10.00 - 10.30 malam
Pengarah: Khairul Amri (Keoi) Hj Khalid
Terbitan: Suhan Movie

WATAK
Sari Yanti sebagai Riana
Fezrul Khan sebagai Amar
Syafiq Kyle sebagai  Amir
Ayda Jebat sebagai  Lisa
Adriana sebagai Zara



SINOPSIS
ANUGERAH TERINDAH mengisahkan tentang Amar, lakonan Fezrul Khan, yang mempunyai sikap dingin dan hanya komited pada kerjayanya sahaja. Amar juga tidak mempercayai wanita setelah gagal dalam membina rumah tangga. Berbeza dengan adiknya, Amir (Syafiq Kyle) yang lebih mesra dan sering keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Perbezaan sikap mereka berdua itu membuatkan mereka sering bertikam lidah. Ayah mereka, Dato’Rahman (Omar Abdullah) menasihati anak-anaknya agar berbaik namun Amar dan Amir tidak mengendahkannya.

Di pejabat, Dato’ Rahman mempunyai seorang setiausaha bernama Riana (Sari Yanti). Amar tidak menyukai Riana dan selalu mencari kesalahan Riana. Namun, mengenangkan akan Dato’ Rahman yang amat baik pada keluarga Riana, gadis itu terus bersabar dengan sikap Amar.

Sementara itu, Amir cuba membuktikan bahawa dia juga boleh membuat keputusan yang bijak seperti Amar. Jadi, Amir menghasut ayahnya untuk membeli sebuah syarikat yang telah dijual oleh seorang ahli perniagaan. Melihat kesungguhan Amir, Dato’ Rahman memberi peluang dan meletakkan kepercayaannya pada Amir lalu bersetuju membeli syarikat itu.

Namun, sehari selepas membeli syarikat itu barulah mereka ketahui bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit hasil hutang pemilik syarikat sebelum ini. Musibah itu menyebabkan Dato’ Rahman diserang sakit jantung. Selepas kejadian itu, Dato’ Rahman dijaga oleh Riana. Malah, Riana turut menjaga anak kecil bernama Rita iaitu anak Dato’ Rahman bersama isteri keduanya yang baru sahaja meninggal dunia. Amar terkejut mendapat tahu ayahnya selama ini mempunyai isteri kedua.

Amar tidak berpuas hati kerana baginya selama ini dia mempertaruhkan sepenuh hidupnya pada syarikat mereka. Sedangkan ayahnya bersenang lenang dengan isteri baru manakala Amir pula tidak kisah tentang syarikat dan suka berfoya-foya.

Sejak iu, Amar sering melepaskan perasaan marah dan bencinya pada Riana. Amir sentiasa mempertahankan Riana dan menceriakan gadis itu. Amar bertambah geram apabila Dato’ Rahman mengarahkan Riana untuk tinggal bersama mereka demi menjaga Rita. Dalam diam Amar sebenarnya cemburu melihat kemesraan di antara Dato’ Rahman, Amir, Rita dan Riana.

Di pejabat Amar mula rasa sunyi kerana tiada rakan untuk bergaduh. Tambahan pula dengan ketiadaan Riana membuatkan Amar seperti kucing hilang anak. Semuanya serba tidak kena. Amar mula sukakan Riana namun dia menafikannya. Amir pula tidak suka dengan keegoan Amar. Kemudian, Amir berpura-pura memikat Riana dan bermesra dengan Rita dan ayahnya di hadapan Amar. Ternyata ada sekelumit perasaan cemburu dalam hati Amar dan terutamanya pada Riana.

Sementara itu, Normah (Liza Shadan) yang merupakan sahabat baik kepada Dato’ Rahman dan arwah isteri pertamanya muncul dengan niat untuk mengusai kemewahan keluarga Dato’ Rahman. Normah turut menyuruh anaknya, Zara (Adrina) menggoda Amar. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjauhkan Riana dari Amar dan Amir.

Ketika Riana jatuh sakit, Amir menjadi tidak keruan dan segera pergi ke rumah Riana. Keadaan Riana yang tidak sihat itu bukan sahaja membuat Amir seorang yang susah hati malah Amar juga turut dalam kegelisahan. Ketika Amar muncul di rumah Riana, dia melihat Amir sedang menyuapkan makanan pada Riana dalam keadaan mesra. Amir sengaja mengambil peluang itu untuk mempamerkan aksi mesra dan manja bersama Riana di depan abangnya.

Amar yang merasakan tiada harapan untuk bersama dengan Riana, akhirnya terpedaya dengan godaan Zara. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Zara berjaya memikat Amar? Adakah selama ini Amir sememangnya menyintai Riana? Atau Amar akan menurunkan ego demi cintanya pada Riana? Siapakah yang bertakhta di hari Riana?


dah ada yang tengok? best tak? Last edited by hafizadam on 17-3-2014 06:56 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 08:20 AM | Show all posts
tak best...sbb pelakon dia tk best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 10:54 PM | Show all posts
hui Sari yanti lawa kot~ layan jugak bila beliau membebel dengan perangai bos kerek dia tu
(tapi takleh lawan Emma Maembong membebel dalam Yes Boss lah)


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 10:04 AM | Show all posts
miranda tu dh abis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:38 PM | Show all posts
jln citer mcm besh tp sumpah aku xkan tengok sbb aku x suker sari yanti. Dia x sesuai jadi heroin...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 10:41 PM | Show all posts
Benci tol tguk lakonan Fezrul dlm Menjinak Ombak
Tapi dlm drama ni, mcm tersuka pulak
Cuma heroin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 09:50 PM | Show all posts
hope ramai akan enjoy dgn drama anugerah terindah ni.
kali ni, sy handle final editing plus arrangement muzik utk semua episod utk drama ni.
1st time edit drama utk slot samarinda.

hope anda semua terhibur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah suka lagu aril ni tp sejak tertengok epi 1 cite ni suka plak lagu ni..cam sesuai ngn jln citer..

Suka karektor fezrul n syafiq..adik2 yg x sebulu tp x de lah berdendam sampai slg tikam belakang (stakat epi ni lah)..

Sari pon best, kuat membebel..opsss dh jatuh cinta mey? (Time komen ni scene riana konon2 jatuh pastu ammar sambut padahal mimpi jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii lawak la riana ni..bleh lak dia bayangkn amar ni kecewa putus cinta pastu terpesong masuk gol LGBT..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:03 AM | Show all posts
Fezrul khan mmg best dari dulu cumer x menyerlah .... wajah dia yg tampak garang mmg sesuai watak2 intense...

Hensem pon iyer gak heheheh

Cumer sari ni x boleh hadam sejak kisah qaisara...... sheol mmg sesuwai jadik commercial model ...jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:27 PM | Show all posts
hero dgn heroin mcm kurang. maybe sebab laki orang dan bini orang kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 10:13 PM | Show all posts
masuk sini lak...

motip sgt amar ni nak salahkan riana...aihh amar2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 10:49 PM | Show all posts
ala...doter nak tenguk roof top prince lak
terpaksa mengalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:43 PM | Show all posts
amar ni banyak angin dlm badan kot..asik nak marah2 jer..
sian riana kena jerit pekik amar...sampai skang x fhm napa amar benci pompuan?
sbb mak tiri heols kah?..


btw, okay gak lakonan ayda jebat ni..x delah kaku kayu kejung sgt..
so oklah dpt jd heroin akasia..muka cam wawa sgt cuma versi petak skit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2014 03:47 AM | Show all posts
rasanya Amar ni benci perempuan yang rapat dengan Papa dia je.
dengan Lisa ok plak siap ajak hantar balik siap.

waktu Rita panggil Riana kakak ingatkan plot twist dorang berdua adik beradik anak Dato Rahman kah3 patut sayang percaya lebih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 09:40 PM | Show all posts
hafizadam posted on 14-3-2014 10:54 PM
hui Sari yanti lawa kot~ layan jugak bila beliau membebel dengan perangai bos kerek dia tu
(tapi ta ...

I tenguk mata dia besar sangat. Dulu masa muda-muda , masa dia berlakun cerita kaisara - nampak ok sikit but lately dah kurang lawa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 09:51 AM | Show all posts
cter ni best...i follow.....i xde masalah dgr para pelakon nyer ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 04:55 PM | Show all posts
I pun.. I follow sbb i suka Sari Yanti.. dia comel n cantik sangat... cam x sesuai je dah jd mummy wif 3 kids...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 05:16 PM | Show all posts
ye kan..suka nengok dua bradik brebut riana ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:17 PM | Show all posts
Lawak la Amar ni
Suka ngan karektor Amar..
Garang2 tapi sweet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.120596 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list