View: 3672|Reply: 8
|
‘Fobia Malam Pertama LOKMAN?
[Copy link]
|
|
Foto Ihsan Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn Bhd
SEBUT sahaja tajuk filem ’, pasti ramai yang mengaitkan cerita ini dengan kisah-kisah yang tidak sepatutnya.
Bagaimanapun, filem ini tidaklah seperti yang disangka, malah lebih banyak mesej berguna cuba disampaikan melaluinya.
Menurut pengarahnya, Murali Abdullah, filem ini mengisahkan berkenaan masalah sosial yang dilalui golongan wanita dan pada masa sama turut memberi mesej yang berguna buat golongan lelaki.
“Sebenarnya cerita ini adalah berdasarkan kisah benar di mana terdapat seorang wanita mengalami fobia untuk mendirikan rumah tangga.
“Memang ada beberapa unsur seks yang diselitkan dalam filem ini namun ia tidaklah melambangkan sesuatu yang lucah tapi lebih kepada mesej berguna kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana di TGV, One Utama, kelmarin.
Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Azad Jasmin, Shafnida Syuhaimi, Julia Perez, Razali Hussain, Faizal Hussein, Zarina Zainoordin, Khairil Anuar, dan ramai lagi.
Berkongsi pengalaman sepanjang menjalani penggambaran, Murali akui berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pelakon yang terlibat.
“Dari segi pemilihan pelakon, memang semuanya saya pilih sendiri. Bagi saya Azad memiliki bakat lakonan yang tersendiri dan saya percaya kredibilitinya.
“Manakala Shafnida pula, walaupun masih baru saya amat yakin dengan kemampuannya kerana dia seorang yang cepat belajar.
“Penampilan Julia Perez pula adalah sebagai strategi untuk mempromosikan filem ini di Indonesia. Bagaimanapun, saya juga kagum dengan sikap profesionalnya sepanjang menjalani penggambaran ini,” katanya.
Filem terbitan Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn. Bhd ini akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 13 Mac ini.
Seronok berlakon bersama adik ipar - Azad Jasmin
Biarpun kali pertama digandingkan bersama, Azad akui tidak susah mendapatkan keserasian menghidupkan babak-babak romantis bersama adik iparnya, Shafnida.
“Memang di luar set hubungan kami agak rapat. Jadi ia lebih memudahkan kerja kami.
“Walaupun pada awalnya Shafnida agak kekok kerana pertama kali berlakon, namun dia tidak ambil masa lama untuk sesuaikan diri,” katanya.
Kata Azad, walaupun isterinya, Eira Syazira memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon, namun itu bukanlah alasan untuk dia melanggar batasan.
“Sebagai seorang pelakon, saya harus menjaga sensitiviti supaya ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
“Untuk berlakon bersama adik ipar sendiri, saya tidak ada masalah dan isteri juga memahami,” katanya.
Shafnida puas hati dengan lakonan sendiri
Tidak mahu mengecewakan kepercayaan yang diberikan kepadanya, Shafnida tekad berikan lakonan yang terbaik untuk filem pertamanya ini.
“Pada awalnya memang saya bimbang untuk bawa watak ini, tapi dengan tunjuk ajar pengarah dan pelakon lain, saya jadi lebih yakin.
“Setakat ini saya berpuas hati dengan lakonan saya untuk filem ini, tapi pada masa yang sama, masih banyak yang saya perlu perbaiki untuk jadi yang lebih baik,” katanya.
Ditanya bagaimana dia menonjolkan diri berlakon di samping pelakon senior seperti Julia Perez, Shafnida akui lebih fokus dan tidak terlalu bimbang dengan status pelakon lain yang terlibat.
“Sepanjang menjalani penggambaran, saya tidak anggap diri sebagai orang baru dalam bidang lakonan.
“Kita berlakon atas watak masing-masing dan tidak anggap status baru atau lama sebagai satu halangan untuk saya beri yang terbaik.
Yang penting saya lakukan dengan profesional,” ujarnya yang turut akui bersedia menerima kritikan terhadap lakonannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku nntikan julia perez je |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh tahan poster siap ada sperma. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah apa2 cerita...buatlah cerita emas ker,cerita ayam ker,cerita ikan berlaga ker,cerita kumbang terbang ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita macam lucah..
hah, filem malaysia memang xde kualiti..
kecuali filem mamat khalid |
|
|
|
|
|
|
|
faizal hussein???seriously?
klu kt us blh menang razzies award dh
confirm! |
|
|
|
|
|
|
| |
|