View: 12591|Reply: 107
|
Punca Penceraian sbb wanita tak tau mrk kena taat suami mcm anak taat Mak dia
[Copy link]
|
|
sharing terhangat di media sosial minggu ini ....
Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga
Assalamualaikum wbt..
(Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)
Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naiki semut dan serangga..
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…
Ok, cukup sampai situ.
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?
Kenapa?
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…
Sebenarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya,
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?
Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!
Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?
Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!
Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!
Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,
Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!
Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?
Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..
Begini ceritanya…
Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata…
Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..
Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!
Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya…
Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati…, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!
Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!
Jadi nak buat macam mana?
Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!
Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)
Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:
Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,
Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog supervain hari hari..
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?
Bersyukurlah!
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…
Nikmat mana lagi yang korang dustakan?
Sekian…
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni hamba pada laki dia ke?
ade juga suami yang ringan tangan tolong sebab dia tau bini dia x sempat buat semua tu...
ade juga suami bila dh buat semua, tapi mengungkit plak
ade juga suami yang biarkan bini dia buat semua
ape2 pon yang penting komunikasi dua hala n tolak ansur |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sgt nak baca lagi....
rasanya dah pernah baca sebelum ni di FB
pokok pangkalnya niat kita .....buat sesuatu kerana mengharapkan redha Allah SWT |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Hmmm.... sungguh idealistik artikel di atas. Kita ni manusia biasa yg penuh dgn ketidaksempurnaan. Allah Maha Mengetahui dgn kemampuan manusia yg terbatas.
Artikel ini agak seksis sedikit, pd pandangan auntie yg jahil ini. Maknanya memberatkan tanggungjawab terutama kpd kaum wanita.
Tanggungjawab isteri sebenarnya bukan utk memasak, mengemas, membasuh. Itu tanggungjawab suami. Jika isteri dgn sukarelanya ingin membantu suami, maka pahalalah yg dihadiahkan kpdnya.
Itu belum lagi kes2 di mana isteri bekerja dan sama2 menyumbang kpd ekonomi rumahtangga. So suami2 semua, berterima kasihlah kpd isteri2 yg keluar bekerja, menjaga anak2 dan menguruskan rumahtangga. Auntie salute u all....
|
|
|
|
|
|
|
|
panjang berjela...satu jer soalan nak tanya..ko bini no brp? sabar mcm bini firaun? bini paling muda kah? |
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 5-3-2014 02:03 PM
Salam.
Hmmm.... sungguh idealistik artikel di atas. Kita ni manusia biasa yg penuh dgn ketidaksem ...
well said auntie. me pon rasa artikel tu berbaur seksis.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
bagi saya ..
keUtamaan penceraian adalah tiada "persefahaman"..
bukan soal taat .. hilang hormat ..
cari persamaan .. jangan cari perbezaan .. insyAllah ..
orang yang cari "persamaan" .. hidup kekal ..
orang yang cari "perbezaan" .. hidup runtuh ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
sila tempek artikel ni kt FD... |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah
Uncle bagi artikle balasan......panjang juga...
(uncle tak setuju dgn artikel TT...Insyaallah....ada masa kita Ulas nanti...Sebelum tu...kaji dulu artikel balasan.. )
Rasulullah seorang suami yang terbaik
بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah bersabda:
خيركم خيركم لأهله وأناخيركم لأهلي
Maksudnya: Sebaik-baik orang diantara kamu adalah yangberbuat kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dikalangan kamu terhadap keluargaku
Kita sudah maklum bahawa Rasulullah seorang yang sangatsempurna, yang mana Allah telah menjadikan Rasulullah sebagai insan untukdijadikan tauladan. Sifat Rasulullah yang lembut dan tidak mudah marah jugamenjadikan begainda seorang yang amat romantik serta yang paling baik melayani isteri-isterinya.
Wanita diciptakan Allah daripada tulang rusuk lelaki, iaitupenciptaan hawa melalui tulang rusuk adam. Malah seorang lelaki mempunya kurang1 tulang rusuk sebelah kiri berbanding lelaki, melalui penciptaan ini kita tahubahawa tulang rusuk itu bengkok, dan ia akan patah jika dipaksa untukmeluruskan. Wanita memerlukan perlindungan seorang lelaki, seorang isteriperlukan perlindungan dan bimbingan suaminya, memalui inilah Rasulullahmemberikan perumpamaan kepada para suami cara yang terbaik untuk mendidik isteri.
Sabda Rasulullah:
فإن المرأة خلقت منضلع وإن أعوج شيءفي الضلع أعلاه فإنذهبت تقيمه كسرته وإنتركته لم يزل أعوجفاستوصوا بالنساء
Maksudnya: Sesungguhnya wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika kamu mahu meluruskannya pasti kamu akan mematahkannya, sekiranyadibiarkan pasti ia akan sentiasa bengkok. Oleh yang demikian sentia salah memberi wasiat kebaikan (nasihat) kepada mereka" Hadis Riwayat: Bukhari
Rasulullah tidak mengajar kita untuk berkeras terhadap isteri, walaupun mereka melakukan kesalahan, malah banyakkan bersabar dan nasihatlah mereka dengan hikmah. Antara contoh yang boleh diambil dari perbuatan Rasulullah melalui hadis dari Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar:
كانت عائشة رضي اللهعنها إذا غضبت عركالنبي صلى الله عليهوسلم بأنفها ثم يقول:يا عويش قولي: اللهمرب محمد اغفرلي ذنبيوأذهب غيظ قلبي وأجرنيمن مضلات الفتن
Maksudnya: Apabila Aisyah sedang marah, Rasulullah memicit hidungnya dan berkata: " Wahai Aisyah katakanlah Ya Allah tuhan Muhammad ampunkanlah dosaku, dan hilangkanlah kekerasan hatinya, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan" (Hadis Doif dalam kitab Doif Al-Jami')
Dalam kisah yang lain pernah suatu ketika Rasulullah meratapai pinggan peninggalan Khadijah, dan teringat isterinya yang sudah bertemu Ilahi, Aisyah yang melihat timbul rasa cemburunya dan lantas mengambil pinggan itu dan memecahkannya, tetapi Rasulullah sedikit pun tidak memarahinya malah menegur dan melayaninya dengan baik. Banyak lagi kisah-kisah tauladan yang boleh dilihat dari Rasulullah, jadilah suami yang baik dan pembimbing serta pemimpin keluarga.
Rasulullah juga bukan hanya baik kepada isterinya, malah Rasulullah sangat hormat dan memuliakan isterinya. Ini amat berbeza dengan pepatah melayu " Sayang anak rotan-rotankan, sayang isteritinggal-tinggalkan". Rasulullah tidak akan sesekali meninggalkan isterinya, baik ketika hendak bermusafir mahupun menghadiri majlis-majlis.
Apabila Rasulullah hendak bermusafir, Rasulullah akan membuat undian dan memilih istrinya yang akan mengikut baginda. Bukan hanya bermusafir, Rasulullah juga tidak akan meninggalkan isterinya jika ada jemputan ke majlis.
Satu kisah dari hadis riwayat Anas bin Malik:
Rasulullah mempunyai seorang jiran berbangsa Parsi, dan jirannya amat pandai memasak makanan berkuah. Dia telah memasak suatu hidangan untuk dijamu kepada Rasulullah, kemudian dia menjemput nabi, dan Rasulullah bertanya:
" adakah Aisyah dijemput?"
Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah menjawab: " Jika begitu akupun tidak menerima jemputan itu".
Lelakiitu pulang dan datang kembali untuk menjemput sekali lagi.
Rasulullah bertanya:" adakah Aisyah dijemput?" Lelaki itu menjawab: Tidak. Rasulullah menjawab: " Jika begitu akupun tidak menerima jemputan ini". Lelakiitu pulang dan datang kembali untuk menjemput sekali lagi.
Rasulullah bertanya:" adakah Aisyah dijemput? Dia menjawab "Ya" pada kali ketiga,dan ketika itu Rasulullah dan Aisyah bangun dan sama-sama ke rumahnya. (Hadis riwayat: Muslim)
Sikap Rasulullah ini bukan sahaja menggembirakan isterinya malah menunjukkan bahawa kita harus memuliakan isteri kita, dan jangan hanya mengganggap mereka ini hanya sebagai teman, atau orang gaji untuk kemas rumahdan sebagainya. Bantulah isteri ketika di rumah kerana itu juga merupakan sunnah Rasulullah.
Rasulullah berpesan: Janganlah diantara kamu yang memukulisterinya seperti hamba, dan apabila tiba malam kamu menggaulinya. Riwayat Bukhari
Wallahualam Last edited by burungantu on 5-3-2014 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ye la pjg benor mls aku nk bc..
yg aku tau isteri2 ni sng masuk syurga...
kalo cukup solat 5 waktu...puasa sebln....taat kt suami...masuk la mn2 syurga...
tgk cam sng je kan..
padahal |
|
|
|
|
|
|
|
Biaq pi la . Dia worang tu tak berminat nak berlaki .
Asyik berminat nak memaki jer .
Last edited by minahrock on 5-3-2014 03:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
petandingan menulis cerpen semperna hari isteri2 derhaka ke apa nie?
uuu...maaiiii panjang... dpt baca separuh ja....
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaflah, Uncle tak bersetuju dgn artikel TT....
harap janganlah sebarkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Suami tu maksum kekdahnya... xde kesalahan langsung |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 5-3-2014 03:13 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah
Waalaikumsalam.
I'm on the same page with you uncle.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kambeng_Gurun posted on 5-3-2014 02:26 PM
well said auntie. me pon rasa artikel tu berbaur seksis.
Alhamdulillah ada jugak yg sependapat dgn auntie.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku…aku malas…bab mengemas mmg malas…tp bab melayan makan minom…tpt tido mmg aku jaga…sbb itu jd kepentingan laki aku…yg lain2 tu..dia tau bini dia mmg malas…melainkan kalau dia dh sebut baru aku buat hheheheheh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|