CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2892|Reply: 16

ISI ALAM MULA LENYAP (Hadirnya Black Holes)

[Copy link]
Post time 5-3-2014 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Maha Salam ...

Untuk yang memikirkan dan yang ingin memahami sahaja ...

Surah At-Takwir ayat 15-16.
“Daku bersumpah demi bintang tersembunyi. Yang bergerak cepat yang menyapu,”

(QS. Al Waaqi'ah, 56: 75-76)
Maka Daku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.

(QS. Al Mursalaat, 77: 8)
“Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan”

Blackholes mula difahami wujud pada tahun 1971 (google). Bergerak dan membesar dengan cepat menyapu atau menelan bintang-bintang dengan cepat. Begitu padat gravitinya sehingga bintang-bintang mengililinginya dan menunggu giliran untuk disapunya. Black Hole adalah pintu langit yang sudah terbuka dan menghampiri sistemsuria dengan cepat.


1.      Hari ini dalam keadaan insan sedang menikmati kehidupannya, tidak ramai yang menyedari isi alam ini sedang dilenyapkan satu per satu, mengikut giliran dan susunannya.
2.      Lohong hitam (Black hole) yang berada di angkasa itulah laluan pulang segala ciptaan isi alam ini.
3.      Ramai yang memikirkan apakah peranan lohong hitam ini. Para saintis juga tidak dapat memahami lohong hitam yang semakin hari semakin membesar ini, menelan apa sahaja yang mendekatinya termasuk cahaya.
4.      Inilah pintu langit yang sudah terbuka untuk menjemput pulang segala isi alam, satu jawapan mudah dari Maha Alloh.
5.      Jawapan bagi insan yang bersungguh memuliakan jiwanya setelah Maha Alloh mendudukkan insan di lorong kemuliaannya.
6.      Setiap hari perubahan suasana alam berlaku halus tanpa disedari bagi mereka yang leka.
7.      Kerana sudah biasa insan tidak akan menyedarinya dan di sebalik yang biasa terkandung sesuatu yang luar biasa, membuatkan jiwa insan bertambah kehilangan arah.
8.      Bagi mereka yang menyedari walau apapun terjadi insan itu tetap berada di lorong Maha Pertolongan Maha Alloh, tanpa dugaan dan kesedaran.
9.      Itu janji Alloh kepada insan yang menuju ke jalan-Nya. Terima kasih Alloh.
      
          Kefahaman dari Maha Alloh. Terima kasih Alloh.


Last edited by dinsmann on 5-3-2014 01:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2014 03:35 PM | Show all posts
Salam TT

Yg ada dalil/nas tu berkenaan lubang biawak
dan mukmin tidak disengat di dlm lubang yg sama dua kali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 04:01 PM | Show all posts
Urusan langit adalah urusan tuhan... tanah dua ekar pusaka bapak kau tu dah ditanam durian ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 09:51 PM | Show all posts
@zulkarnain

“Yg ada dalil/nas tu berkenaan lubang biawak
dan mukmin tidak disengat di dlm lubang yg sama dua kali... “

Surah At-Takwir ayat 15-16.
“Daku bersumpah demi bintang tersembunyi. Yang bergerak cepat yang menyapu,”

(QS. Al Waaqi'ah, 56: 75-76)
“Maka Daku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.”

(QS. Al Mursalaat, 77: 8)
“Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan”

Saya gunakan ayat Al-Quran, bukan hadits nabi, kerana hadits yang terbaik adalah Al-Quran, itu kata Alloh. Perhatikan ayat yang diberikan dan janganlah mempersendakan ayat-ayat Alloh ...

tersembunyi – blackhole tidak dapat dilihat kerana ia satu lubang di mana bintang-bintang yang menglilinginya hilang ke dalamnya seperti pusaran air pusing.
bergerak dengan cepat – bertukar kedudukan dan membesar bila bintang-bintang disapu.
yang menyapu – menelan dan menyapu bersih bintang-bintang
tempat beredarnya bintang-bintang. – tarikan graviti yang amat besar dan mampu menarik binatang-bintang terpasuk planet ke dalamnya

Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan – Kiamat

“sumpah yang besar kalau kamu mengetahui”
Maha Alloh mahukan insan memahaminya.

@zamkumis

“Urusan langit adalah urusan tuhan... tanah dua ekar pusaka bapak kau tu dah ditanam durian ke.”

Adakah anda mempersendakan kata-kata Maha Alloh yang di dalam Al-Quran?

Langit urusan “tuhan”?

Maha Alloh menguruskan langit dan bumi dan segala yang ada di antaranya. Janganlah samakan tuhan dan Alloh. Tuhan buatan manusia. Tuhan itu banyak. Tuhan itu kata-kata batil. Kata-kata tuhan itu khusus kepada kaum jahiliyah semasa Islam mula dikembangkan. Mereka jahiliyah yang menyembah berhala ketika itu adalah wajar “tuhan” merujuk kepada Maha Alloh untuk memahakan mereka.

Adakah anda masih berada ditakuk jahiliyah?

Anda faham maksud ENGKAR KEPADA MAHA ALLOH. Allah mahu Al-Quran difahami dan melarang ia disyair atau dilagukan. Itu ENGKAR KEPADA ALLOH. Maha Alloh berkata segala yang baik dariNya, dan segala yang buruk itu dari insan sendiri (4:79), tetapi anda mengatakan segala yang baik dan buruk itu dari Alloh. Anda mencampurkan yang batil kepada yang hak. Itu ENGKAR KEPADA ALLOH.

Al-Quran adalah hadits terbaik, itu kata Alloh DALAM AL-QURAN. Kenapa memilih selain darinya?

Dajjal itu yang kurang ajar atau engkar. Pada mulanya ia beriman kemudian ia munafik. Dajjal tidak mungkin orang kafir. Orang kafir sudah ditentukan kedudukannya. Maha Alloh hanya berminat kepada orang Islam, insan yang diharapkan untuk beriman kepadaNya, memujiNya dan berterima kasih.

Berhati-hatilah !!!

Seperti biasa saya menghentikan posting saya (sementara), dan tidak akan berpolimik dengan insan yang leka dan tidak mahu memahami, dan akan selalu trolling dan melihat bagaimana keimanan tuan-tuan, sama ada memilih jalan lurus menuju Alloh jalan yang diredhaiNYa atau jalan lurus menuju iblis yang Maha Alloh laksanakan juga kerana itu kehendak anda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 10:25 PM | Show all posts
dinsmann posted on 5-3-2014 09:51 PM
@zulkarnain

“Yg ada dalil/nas tu berkenaan lubang biawak
@zulkarnain

“Yg ada dalil/nas tu berkenaan lubang biawak
dan mukmin tidak disengat di dlm lubang yg sama dua kali... “

Surah At-Takwir ayat 15-16.
“Daku bersumpah demi bintang tersembunyi. Yang bergerak cepat yang menyapu,”

(QS. Al Waaqi'ah, 56: 75-76)
“Maka Daku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.”

(QS. Al Mursalaat, 77: 8)
“Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan”

Saya gunakan ayat Al-Quran, bukan hadits nabi, kerana hadits yang terbaik adalah Al-Quran, itu kata Alloh. Perhatikan ayat yang diberikan dan janganlah mempersendakan ayat-ayat Alloh ...

tersembunyi – blackhole tidak dapat dilihat kerana ia satu lubang di mana bintang-bintang yang menglilinginya hilang ke dalamnya seperti pusaran air pusing.
bergerak dengan cepat – bertukar kedudukan dan membesar bila bintang-bintang disapu.
yang menyapu – menelan dan menyapu bersih bintang-bintang
tempat beredarnya bintang-bintang. – tarikan graviti yang amat besar dan mampu menarik binatang-bintang terpasuk planet ke dalamnya

Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan – Kiamat

“sumpah yang besar kalau kamu mengetahui”
Maha Alloh mahukan insan memahaminya.
Setuju dgn tajuk, tp x setuju dgn pendekatan 'blackhole'(s)

Firman Allah:

16:16. Dan tanda-tanda jalan; dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk.

- Kalo hilang sinar, acaner? Tertomoih x?

Sabda rasulullah s.a.w.
“You will most certainly follow the ways of those who came before you,
arm’s length by arm’s length, forearm’s length by forearm’s length, hand span by hand span,
until even if they entered a hole of a mastigure (lizard) you will enter it too.”
They said: “O Messenger of Allah, (do you mean) the Jews and the Christians?”
He said: “Who else?”
- Muslim, Ibnu Majah



Sila define 'blackhole'...sbb teori bkn satu kebenaran tp andaian adja gtu.
Nk teropong bole teropong, pastikan yg diteropong dulu tu lubangnya peniti - teliti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:02 PM | Show all posts


  


use it wisely
yg invi lebih drpd yg visi
omnivor,karnivor,herbivor,vetebrata,inveterbrata,mamalia,reptilia etc
Wallahu'alam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2014 12:53 PM | Show all posts
ada berlaku kesilapan tak? sebab sy rujuk suroh at takwir tu tak jumpa...


suroh at takwir

Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang, (15) yang beredar dan terbenam, (16)

Last edited by ussopp on 6-3-2014 12:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 01:20 PM | Show all posts
dinsmann posted on 5-3-2014 09:51 PM
@zulkarnain

“Yg ada dalil/nas tu berkenaan lubang biawak
Adakah anda mempersendakan kata-kata Maha Alloh yang di dalam Al-Quran?
Nampak sangatlah kau ni nak memesongkan, Maha tidak duduk di depan Allah, tapi dibelakang Allah Maha kaya, Allah Maha Agung, Allah Maha Esa.
Maha menunjukkan yang paling. Allah swt itu nama bagi Zat, Maha itu menunjukkan sifat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2014 03:57 PM | Show all posts
Bagi yang memikirkan dan ingin memahamkan, tidak ku minta untuk mempercayai..
.. sila baca awal thread

@zulkarnain

Sekurangnya nampak jiwa yang rasional untuk memikirkan dan ada alasan untuk mempersoalkan
berdasarkan kitab-kitab menjadi sandaran. Hanya setakat kitab ke kitab. Inilah bila mengakhiri ucapan dengan Wallohhu wa'alam, masih melepaskan tanggunjawab kepada Maha Alloh, masih tidak pasti
keimanan terhadap Maha Alloh. Katanya diri itu khalifah. Jika pasti benar percaya pada Alloh harus disudahi dengan "maha pasti Maha Alloh akan memberitahu", memberi maksud sudah bulat keimanan terhadap Maha Alloh. Dengan itu Maha Alloh akan meberitahu kepada sesiapa yang Dia inginkan untuk memberitahu. Berdoalah, bukankah doa itu sesuatu yang Alloh sarankan.

Qs: 16:16 Maha Alloh mengajar manusia menggunakan bintang-bintang sebagai panduan perjalanan dan pekayaran. Maha Alloh telah mengajar manusia dari mula lagi semasa Nabi Adam, di mana Alloh mengajarkan nama-nama. Dalam Taurat Alloh mengajarkan pertanian, pertukangan, kegunaan berbagai jenis logam dan banyak lagi. Dan yang paling penting mengajar adanya pencipta iaitu Alloh SWT. Tetapi manusia itu menjadikannya kitab suci, begitu juga Al-Quran menjadi kitab suci sudahnya, tanpa ada usaha untuk memahami apa kehendak Maha Alloh. Memahami adalah paling panting dari membaca dan melagukannya, bahkan Maha Alloh melarang ayat Quran dilagukan.  Terima kasih kerana memikirkan.

Orang beriman itu banyak membuat amalan kerana masih ragu tentang amalannya. Percaya kepada Yang
Maha Berkuasa itu Maha Berkata-kata tetapi keimanan mereka hanya dari satu kitab ke satu kitab.
Bila ditunjukkan kata-kata Alloh walau dari Al-Quran mereka terus tidak percaya, malah mempersendakannya pula. Jangankan mahu berfikir bahkan ejekan menjadi amalan mereka.

@zamkumis

Tidaklah semudah itu rasa terpesong bagi seorang yang benar2 beriman kepada Yang Maha Esa. Bukankah belajar itu dituntut. Ada otak, fikirkan. Tidak mahu tinggalkan. Janganlah rasa tergugat dan ragu-ragu, dan melontarkan ejekan. Tiada siapa yang mamaksa. Agaknya saudara ini membaca bible pun amat takut, mungkin memegangnya pun gementar.

Alloh itu nama, dan maha itu sifat (adjective). Menunjukkan sifat kepada nama. Benar maksud ALLAH itu adalah zat, bagi saya ia berarti IA ADA. Bagi kitab anutan saudara mungkin lain. Kefahaman saudara lebih mendahulukan kerana dua-dua adalah nama, Allah dan "tuhan". Anda beriktikad tuhan itu Allah. Lebih tinggi
"tuhan". Bagi saya Alloh adalah Alloh. Tuhan adalah tuhan. Tuhan buatan manusia. Tuhan itu banyak dan batil.

Tidak mahu diberi faham sudahlah. Anda mungkin sudah sedar di mana kedudukan diri di mata Maha Alloh. Berasa jauh tinggi dari yang lain.

@ussopp
81:15
Sahih International
So I swear by the retreating stars -
81:16
to top

Sahih International
Those that run [their courses] and disappear -

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 05:03 PM | Show all posts
dinsmann posted on 6-3-2014 03:57 PM
Bagi yang memikirkan dan ingin memahamkan, tidak ku minta untuk mempercayai..
.. sila baca awal thr ...
Kefahaman saudara lebih mendahulukan kerana dua-dua adalah nama, Allah dan "tuhan". Anda beriktikad tuhan itu Allah. Lebih tinggi
"tuhan". Bagi saya Alloh adalah Alloh. Tuhan adalah tuhan. Tuhan buatan manusia. Tuhan itu banyak dan batil.

Tuhan maksudnya yang disembah oleh manusia, selain islam menggunakan tuhan-tuhan sebab kepercayaan mereka tuhan mereka lebih dari satu. Tetapi dalam islam tuhan itu ialah dia yang mencipta sekalian alam ini iaitu Tuhan Allah. Tidak ada tuhan selainnya. Walaubagaimanapun orang kafir mengatakan ada tuhan selain Allah adalah rekaan orang kafir seperti Latta dan Uzza, Rohkudur dan sebagainya. Perkataan Laailahaillalla sudah lengkap untuk mematahkan semua yang tidak benar iaitu TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Jika baca Al-Quran kitab ini adalah untuk dibaca oleh semua manusia termasuk kafir dan islam, yang beriman kepada Quran adalah islam, jadi jika yang membaca itu orang kafir, ada ayat yang ditujukan kepada mereka sebab mereka menyembah tuhan-tuhan(lebih dari satu).

Boleh saya tahu, encik dinsman ni orang islam atau orang islam yang membawa fahaman@ajaran baru? maaf saya belum kenal...
Last edited by zamkumis on 6-3-2014 05:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 05:18 PM | Show all posts
dinsmann posted on 6-3-2014 03:57 PM
Bagi yang memikirkan dan ingin memahamkan, tidak ku minta untuk mempercayai..
.. sila baca awal thr ...
Maha Alloh
Dari sudut bahasa jika disebut Maha Allah bermaksud ada lagi tuhan selain Allah, siapa dia...jawabnya ada kerana menggunakan MAHA, Bila dinyatakan sebagai Maha bermaksud tuhan Allah yang Tertinggi, mesti disampingnya ada tuhan yang rendah dari tuhan Allah. Ini membawa syirik yang nyata.

Sebab itulah, beriman kepada kalimah LAAILAHAILLALLAH bermaksud, tidak ada tuhan yang lain lagi, yang ada hanyalah tuhan Allah. Ini kalimah mengesakan Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:25 PM | Show all posts
dinsmann posted on 6-3-2014 03:57 PM
Bagi yang memikirkan dan ingin memahamkan, tidak ku minta untuk mempercayai..
.. sila baca awal thr ...
@zulkarnain

Sekurangnya nampak jiwa yang rasional untuk memikirkan dan ada alasan untuk mempersoalkan
berdasarkan kitab-kitab menjadi sandaran. Hanya setakat kitab ke kitab. Inilah bila mengakhiri ucapan dengan Wallohhu wa'alam, masih melepaskan tanggunjawab kepada Maha Alloh, masih tidak pasti
keimanan terhadap Maha Alloh. Katanya diri itu khalifah. Jika pasti benar percaya pada Alloh harus disudahi dengan "maha pasti Maha Alloh akan memberitahu", memberi maksud sudah bulat keimanan terhadap Maha Alloh. Dengan itu Maha Alloh akan meberitahu kepada sesiapa yang Dia inginkan untuk memberitahu. Berdoalah, bukankah doa itu sesuatu yang Alloh sarankan.

Qs: 16:16 Maha Alloh mengajar manusia menggunakan bintang-bintang sebagai panduan perjalanan dan pekayaran. Maha Alloh telah mengajar manusia dari mula lagi semasa Nabi Adam, di mana Alloh mengajarkan nama-nama. Dalam Taurat Alloh mengajarkan pertanian, pertukangan, kegunaan berbagai jenis logam dan banyak lagi. Dan yang paling penting mengajar adanya pencipta iaitu Alloh SWT. Tetapi manusia itu menjadikannya kitab suci, begitu juga Al-Quran menjadi kitab suci sudahnya, tanpa ada usaha untuk memahami apa kehendak Maha Alloh. Memahami adalah paling panting dari membaca dan melagukannya, bahkan Maha Alloh melarang ayat Quran dilagukan.  Terima kasih kerana memikirkan.

Orang beriman itu banyak membuat amalan kerana masih ragu tentang amalannya. Percaya kepada Yang
Maha Berkuasa itu Maha Berkata-kata tetapi keimanan mereka hanya dari satu kitab ke satu kitab.
Bila ditunjukkan kata-kata Alloh walau dari Al-Quran mereka terus tidak percaya, malah mempersendakannya pula. Jangankan mahu berfikir bahkan ejekan menjadi amalan mereka.
Betul le tu.
Sepatutnya, x bole le kita menyandarkan KalamNya
dgn sesuatu yg x pasti i.e. blackhole(s), etc.
- Allah telah pn memberitakan dlm KalamNya yg terang-nyata

Isi alam mmg x pernah wujud pd penglihatan si buta kn?
- sama ka tafsiran rupa bentuk gajah bg si celik dgn si buta?
- sama ka teori berdasarkan teropong kanta dgn radio telescope?

Lg satu, mana mgkin hadirnya blackhole tanpa big bang???
- ofkos, pemikiran NASA nun jauh melantun ke tanah seberang je, berlumuran darah...


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 01:26 AM | Show all posts
kalau nak merujuk surah Al waqiah tu dah ada thread yg saya buat dan

penerangan tentang ayat surah Al Waqiah tu pun dah ada dibincangkan secara umum  di majalah Solusi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 08:46 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-3-2014 01:26 AM
kalau nak merujuk surah Al waqiah tu dah ada thread yg saya buat dan

penerangan tentang ayat sur ...

mod tolong bg link, sebab adakah ayat tu betul2 rujuk pd blackhole??

sebab jika ia benar , maka sepatutnya sudah lama diwar-warkan....

Last edited by ussopp on 8-3-2014 08:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 08:55 PM | Show all posts
dinsmann posted on 6-3-2014 03:57 PM
Bagi yang memikirkan dan ingin memahamkan, tidak ku minta untuk mempercayai..
.. sila baca awal thr ...

boleh bawak ayat bahasa melayunya?

sebab sy nampak macam ia diubah cara fahamnya...... sebagai contoh,

bintang yang brsembunyi itu sebenarnya bermaksud ia beredar pada orbit kemudian hilang dari pandangan setelah berada  bawah ufuk/horizon ,

lalu diubah gaya faham kepada menghilang bagi menyamakan dengan black hole pula...


takkan kita nak kilas ayat kepada maksud lain??? maafkan sy kalau sy tersilap...dan betulkan...

Last edited by ussopp on 8-3-2014 08:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2014 02:30 PM | Show all posts
Dunia hari ini telah dipenuhi oleh insan-insan pendusta yang mengagungkan tuhan dengan menggandingkan pada Yang Maha Pengasih. Mempersendakan Al-Quran dengan dilagukan dan dinyaringkan dan banyak lagi yang mampu membentuk jiwa menjadi golongan yang engkar, jadi amat sulit untuk menyedarkan. Seperti orang yang suka berbuat jahat atau mengumpat atau berbuat fitnah.

Insan-insan seperti ini apabila disampaikan berita-berita kebaikan, sudah pastinya menjadi kemarahan buatnya kerana kebaikan itu bukan jiwanya dan begitu juga untuk menyampaikan kepada insan yang berjiwa tuhan. Apabila disampaikan berita tentang Yang Maha Pengasih maka jiwanya pun tidak mahu menerimanya kerana segalanya sudah sebati di jiwa. Jadi ini yang belah berlaku di dunia ini maka jelaslah Yang Maha Pengasih telah dikiamatkan dari jiwa insan hari ini, yang tinggal jiwa tuhan yang kian subur maka buta jiwanya untuk mengenal Ya Rohman Ya Rohim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2014 01:01 PM | Show all posts
Bila memikirkan dan memahami akan menerbitkan banyak spekulasi dan teori2 konspirasi http://news.yahoo.com/cnn-black- ... ries-144151381.html.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.100148 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list