|
27 Februari 2014
Seremban: Angkara memutuskan pertunangan kerana tidak tahan sering dipukul, seorang pekerja kilang berusia 24 tahun dirogol bekas tunangnya di dalam kereta dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, di sini, Ahad lalu.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.
Katanya, berikutan itu, suspek membuat ugutan bunuh terhadap mangsa menyebabkannya ketakutan sebelum mengikut kehendak lelaki itu.
Menurutnya, suspek kemudian mengambil wanita itu di rumahnya di daerah ini jam 5.30 petang dengan menaiki kereta ke suatu lokasi yang tidak dimaklumkan.
“Pada jam 7 malam, kedua-dua mereka tiba di Port Dickson sebelum mangsa cuba mendapatkan penjelasan bekas tunangnya punca mereka ke kawasan itu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan suspek mahu mendapatkan penjelasan mengenai hubungan mereka menyebabkan mangsa diam,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang berang cuba turun daripada kenderaan bagi menghubungi abang angkatnya, tetapi dihalang suspek.
“Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa sebelum melepaskan satu tumbukan tepat di bahagian muka kiri menyebabkan mangsa cedera dalam mulut,” katanya.
Menurutnya, mangsa memaksa suspek menghantarnya pulang ke rumah.
“Setibanya di tepi jalan di Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam, suspek bertindak luar dugaan apabila memberhentikan kenderaan dan menolak wanita itu ke tempat duduk belakang.
“Lelaki itu bertindak membuka pakaian mangsa sebelum merogol bekas tunangnya sebelum menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.
Kata sumber, punca pasangan itu putus tunang disebabkan sikap suspek yang cemburu dan memukul wanita itu sejak mereka bertunang tahun lalu.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Senawang pada malam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.-myMetro
p/s dihubungi & diugut 1 ptg, pickup 5.30 ptg, 7 ptg -PD, 9.30 mlm -dirogol...persoalannya antara jam 1 ptg - 5.30 ptg slps diugut bunuh, knape tak repot polis atau hubungi abangnya ke?
|
|