CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 75637|Reply: 31

bagaimana prosedur berhenti kerja kerajaan?

  [Copy link]
Post time 23-2-2014 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Saya dah 5 hari lapor diri sebagai kakitangan kerajaan lantikan tetap baru.
Minta maaf saya terpaksa rahsiakan gred & jawatan.

Sebab-sebab nak berhenti terlalu rumit & sangat peribadi.
Saya belum lagi tandatangan surat aku janji & baru lapor diri selama 5 hari termasuk belum terima apa-apa gaji.

Soalannya bagaimana prosedur nak berhenti?
Adakah saya boleh beri notis 24 jam atau perlu beri notis sebulan

Minta pendapat yang arif dan bepengalaman untuk bantu saya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2014 11:43 PM | Show all posts
x silap aku staf gov kalo blm conform notis period sebulan. tp mcm kes ko ni kalo ko lari 24hour pun aku rs tade hal sbb ko tade apa2 tanggungjawab lg.

apa masalah ko? aku pun pernah resign dr gov after beberapa tahun servis. aku rs br keje 5 hari terlalu awal utk ko buat 1 kptsn yg bsr mcm ni.

perlukan free consultation, leh pm aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 10:36 PM | Show all posts
saya pun nak resign dari gov tapi saya dah dekat 3 bulan keja,dapat offer lebih baik dengan company yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 10:55 PM | Show all posts
badankecik posted on 13-7-2014 10:36 PM
saya pun nak resign dari gov tapi saya dah dekat 3 bulan keja,dapat offer lebih baik dengan company  ...

ko maintain je la kat gov. terjamin.

ko malas gila babeng pun x kena buang. tiap2 tahun bonus ada.

ko ko nak resign dr gov sbb kejar duit ko akan menyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 10:13 AM | Show all posts
laa, baru 5hari keje dah buat keputusan yang besar ni?

aku xnk persoalkan kenapa ko nak berenti kerja kerajaan dan nak kerja swasta
sebab masing2 ada pro n cons..

cuma, aku pelik, bg aku awal sgt lagi utk buat keputusan tu.. baru 5hri lapor diri, klu betul xnk, elok hari lapor diri tu jgn dtg, so that, automatically, ko dianggap tak berminat dengan jawatan yang ditawarkan tu..
tp ko dtg jgk.. tu yg pelik..

ni 5hari, buku servis pon dah tulis.. klu nak mohon lg jawatan & skim yg sama kene tggu lepas 3thn, klu jawatan lain & skim lain, kene tggu lepas setahun.. tp nak dpt balik tu, atas rezeki la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:56 PM | Show all posts
otai_g posted on 23-2-2014 11:43 PM
x silap aku staf gov kalo blm conform notis period sebulan. tp mcm kes ko ni kalo ko lari 24hour pun ...

bro otai berenti keje gov sbb buat bisnes atau dpt better job?

kalau dah keje tetap kne anta notis 2 bulan kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 12:58 PM | Show all posts
tak ada masalah nak notis berhenti kerja 24 jam... sebab belum terima gaji pun lagi... tapi sekali anda sudah berhenti dpd perkhidmatan awam, (selain dpd sebab medical), anda tidak akan diterima lagi utk berkhidmat dgn mana2 perkhidmatan awam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:15 PM | Show all posts
lostnfaun posted on 2-9-2014 10:56 PM
bro otai berenti keje gov sbb buat bisnes atau dpt better job?

kalau dah keje tetap kne anta no ...

sbb join private.

aaa kalo da cnfrm 2 bulan. tetap tu kira cnfrm la kan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 11:18 AM | Show all posts
untuk mengelakkan masalah dikemudian hari, sila bagi surat rasmi kepada ketua jabatan bagitau nk resign. Notis 24 jam ke apa ke x penting sgt sbb belum dpt gaji kan...tp dari segi prosedur n supaya x menyusahkan jabatan ko skang ni...resign la ngan cara yang betol supaya jabatan ko boleh declare jawatan ko skang ni 0 dan bule cari ganti  lain. dapat keje bersurat so nk brenti pun bersurat gak la. kang x pasal je tetibe pas 10 tahun ko dpt surat buang keje ke apa ke...padahal ko pun dah resign kan. gomen ni apa2 pun kene bersurat.

sekian pandangan aku yg pernah keje kt unit yang buang orang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:31 AM | Show all posts
Nak berhenti keje government? Fikir baik2 bro, bukan senang nak dpt keistimewaan kerja government ni. Fikir masa tua nanti bro. Ade mana2 company boleh kasi ko pencen seumur hidup, medical seumur hidup? Keistimewaan buat loan? At least kerja kerajaan ni, secure masa depan, tak senang2 dorang nak buang ko kerja.

Skrg bukan senang nak masuk kerja kerajaan..nak menunggu panggilan belum tentu dapat ker tak..dah dpt panggilan kene gie exam dulu lulus ke tak, kena tapis semua dulu sebelum dpt ke peringkat temuduga (ini bagi jawatan gred 27 ke atas lah). Dah dpt temuduga belum tentu dapat ke tidak. Ko ni Calon Berjaya, dilantik kerja kerajaan. Daripada beribu2 calon yg mohon jawatan ko tu berlumba2 nak masuk government, ko salah seorg yg terpilih. Takkan ko nak lepaskan jawatan ni mcm tu jer?

Kalau ko berhenti kerja kerajaan pergi ke swasta semata2 kejar duit..itu pilihan yg tidak tepat. Last edited by soulgarden on 12-9-2014 08:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pon pikir nak benti gak...baru keje 3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:25 AM | Show all posts
Dasar peletakan jawatan adalah seperti berikut:

(a) peletakan jawatan hendaklah dibuat oleh pegawai dengan mengemukakan notis peletakan jawatan secara rasmi bertulis dan ditandatangani olehnya kepada Ketua Jabatan sekiranya:
(i) pegawai dilantik secara tetap, sementara atau kontrak ke jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama atau berlainan dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan; atau

(ii) pegawai tidak lagi berhasrat untuk meneruskan perkhidmatannya dengan perkhidmatan Kerajaan.

(b) bagi pegawai tetap dan sementara, tempoh pengemukaan notis peletakan jawatan adalah 30 hari sebelum peletakan jawatan berkuat kuasa. Manakala bagi pegawai selain pelantikan tetap dan sementara, tempoh pengemukaan notis peletakan jawatan adalah mengikut syarat pelantikan pegawai itu, atau 30 hari sekiranya tempoh tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikan;

SILA SEARCH SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2011

untuk lebih details..

*saya pegawai kerajaan yang memang nak letak jawatan tak lama lagi.. sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:57 PM | Show all posts
Salam. saya pun dh bercadang nk bhnti kje gomen ni.saya dh bekerja dlm gomen ni lbh kurg setahun. terase tiada kepuasan keje dlm gomen ni walaupun keje terlalu rilex tp saya x boleh nk teruskn keje smpi ke pencen. saya nk teruskn cita2 saya utk bekerja di dalam bidang oil n gas. sebelum ni saya pernah mengambil certificate oil n gas dan pernah mendpt twrn kerja drp syarikat oil n gas yg terbesar di Malaysia. saya tolak twrn tersebut kerana saya telah mendpt kje gomen ni.last2 saya menyesal sbb x bhnti gomen awl2 dlu. skng sy rse x seronok nk bkerja dlm gomen ni.sdg mencri peluang kje dlm bidang yg sy minati dan Insya Allah jika ad rzki saya bkl berhenti juga drp kerja kerajaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 03:10 PM | Show all posts
takpe. yg nak teruskan berhenti tu berhentilah... bukalah pintu rezeki kepada yang memerlukan. calon simpanan ramai yang tak sabar nak dilantik... termasuk saya.. hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 02:36 PM | Show all posts
nak tanya pd yg lbh arif...kalau yg dah sah jawatan tempoh notis perletakan jawatan tu 30 hari jgk kan..dan alasan apa yg agak rasional yg bole letak dlm surat tu kalau nak resign
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 09:43 AM | Show all posts
Edited by matrik02 at 15-5-2015 09:44 AM

isteri saya pergi temuduga 4 kali. Daripada 4 kali percubaan, 3 kali gagal dan 1 kali berjaya. Jawatan yang berjaya Gred J41.Kena fikir baik baik sblm bertindak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2015 11:10 PM | Show all posts
bos aku pun pnah kate..keje gomen bukan tempat cari duit banyak..tp kalau utk memberi khidmat utk rakyat adalah tepat..samada secara langsung or x..yg penting niat kene ikhlas lah and beri terbaik..mgkin xnmpk hasilnya di dunia..tp kat akhirat nmpaklah..keje kjaan ni nak duit lebih x lah..ckup makan..melainkan jenis wat keje ambik kesempatan..gud luck kpd yang nk benti tu..buat keputusan yang bijak..jgn terlalu kejar harta..xpnah ckup..just my 2 cent..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 05:18 PM | Show all posts
tolonglaa..kalau dalam hati tu dah xde hati keja gomen tak payah apply langsung!

ni dah apply, pastu dah dapat, mengecewakan orang lain yang memang nak sangat keja gomen..

pleaselahh.. ini tak dah dapat, nak berhenti pulak


sebab2 korang ni la, kami2 tak dapat keja gomen
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:28 AM | Show all posts
macam mana dengan Latihan Separa Perubatan? ada kawan saya ni dpt masuk sana. dia dah ada diploma. tp family suruh masuk belajar sana. kan kena ambik diploma lagi sekali. tp dia dari awal dulu tak nak. dia nak kerja. kalau dia keluar dari kolej tu adakah dia dikira rugi? walaupun dia belum dilantik lagi jd penjawat awam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 11:08 AM | Show all posts
Edited by LavaUollss at 30-5-2016 11:12 AM

tt tanya macamna prosedur nk buat permohonan berhenti keje. As simple as dat. Yang lain gigih nak jadi kaunselor tu dah kenapa. Ada la sebab dia nak berhenti tu. Memang la cakap keje kerajaan rilek la, terjamin la, apa la. Tapi kalau environment nye membuatkan kita tensi, macamna? contohnya kalau ada acik -acik betina yg suka sangat memburukkan-burukkan dan memerli orang.  boleh stress tau tak? nak mohon bertukar pun bukannya senang bagi sesetengah jabatan. nanti tak pasal2 je masuk thread CI kakitangan awam memburuk diri sebab stress di tempat kerje. Acik2 forum pun gigih menghencap segala especially sis @changa. Tak pasal2 kena merangkak di pdang mahsyar nak mintak maaf kat org yg bunuh diri tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057865 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list