CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2852|Reply: 6

budak pandai umo 9 tahun

[Copy link]
Post time 18-2-2014 08:44 AM | Show all posts |Read mode

Murid nakal ancam perkosa guru

Oleh Safuri Kamarudin

Baling: Tindakan seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang didakwa mengancam mahu merogol seorang guru wanita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Khamis lalu, disifatkan sebagai perbuatan nakal berikutan kanak-kanak itu dipercayai tidak memahami maksud perkataan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Mansor Lat berkata, siasatan awal berhubung kejadian sudah dijalankan oleh wakil Jabatan Pendidikan negeri dengan menemui murid tahun tiga terbabit untuk mengetahui punca dia berbuat demikian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, murid berkenaan mempunyai pencapaian akademik yang baik dan bukan seorang bermasalah.

“Guru yang mengajar murid berkenaan sejak di tahun dua mendapati murid terbabit tidak memahami maksud perkataan (rogol) yang ditulis kepada gurunya itu.


“Pihak Jabatan Pendidikan akan mengadakan pertemuan antara murid itu dan kedua ibu bapanya serta guru terbabit dalam masa terdekat.


“Murid berkenaan akan diberikan sesi kaunseling dan pada masa sama kita berharap kejadian itu dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, cubaan wartawan Harian Metro untuk menemui pengurusan sekolah tidak berjaya apabila dihalang masuk ke dalam kawasan sekolah yang terletak di Parit Panjang.

Dalam pada itu, sumber berkata, murid lelaki terbabit tidak memahami maksud sebenar perkataan ‘rogol’ yang dihantarnya kepada seorang guru perempuan menerusi SMS berkenaan.

“Murid itu menggunakan telefon bimbit ibunya dan ibunya juga tidak menyedari perbuatan anaknya melakukan kesalahan berkenaan,” katanya

me copy paste je kat metro online.....budak tu tak paham?...rasa budak tu paham dah,sbb tu gunakan perkataan tu utk mengugut , yg pasti budak tu cuma tak paham akibat perbuatan dia tuh..... apa pendapat anda?...huhuhuhuhuh me pun ader 2 anak laki nak masuk remaja 12 & 10 tahun....ngeri larrr ble dengar ugut gitu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 10:03 AM | Show all posts
apa2 pun budak tu bebas daripada dakwaan sbb masih tk capai umor 10 tahun mengikut kanun keseksaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 11:24 AM | Show all posts
bukan berkenaan dakwaan tapi budak umo 9 tahun tu tau tak makna perkataan tu?...tanya kat along dan angah (anak me larr nih)....dia akan jawab main atas katil....camner tuh? dia akan jwb laki pompuan cium2 tak pakai baju......means dia tau smpi situ jer.......

itu pun dr kengkawan yg dok bertenet kat cc....ada satu ari tuh  derang dok tanya laki me "abah! air mani tu rupanya camner?"...pastu selang beberapa hari derang kate "dah tgk bah! kat google imej"...hadoiiiii itu tenet kat umah ,supervised lagik celah mana tah derang smpt  tgk ...tak leh ckp ler budak tu tak paham/tak tau maksud.....

my MIL slalu ckp "budak lagi...dia paham kaaa?"...paham tak paham kene xplain larr keburukan mende2 tuh, do and don't....kalu asik ckp sok besar tau sendrik,tak yah tgu besar
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak takutnya. Anak bujang aku umur 9 tahun. Macam mana eh kita sebagai parent nak menjawab setiap soalan 18sx dorang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 05:58 PM | Show all posts
yang takutnya budak2 terlalu muda menonton porno sekarang...mungkin mereka faham kot...yang tak terdedah mungkin tak faham...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2014 04:39 PM | Show all posts
paham tak paham as orgtua kene jelaskan apa yg boleh,apa yg tidak,halal haramnya..... kalu timbul topik yg gini pada 2 beadik tu me slalu tanya bebanyak nk tau sejauh mana derang tau....pastu tarbiah la sesikit budak 2 org tu.....lagi penin sbb dua org skalik...anak!....anak!......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2014 03:58 PM | Show all posts
time ni lah kita kena terapkan pelajaran agama, mana yg halal dan haram,batas pergaulan, bahan2 tontonan, bacaan, hiburan yang sesuai dan tidak.
Ibu bapa..tolong lakukan tugas anda dengan cemerlang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 1.586721 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list