View: 2599|Reply: 12
|
[Dunia]
77 maut, seorang terselamat pesawat tentera Algeria terhempas
[Copy link]
|
|
Mutakhir
77 maut, seorang terselamat pesawat tentera Algeria terhempas
2014/02/12 - 08:00:56 AM
![](http://1-ps.googleusercontent.com/h/www.bharian.com.my/bharian/articles/77maut_seorangterselamatpesawattenteraAlgeriaterhempas/xpix_gal1.pagespeed.ic.OiaE50MZjp.jpg)
ORANG ramai melihat keadaan bangkai pesawat pengangkut tentera Algeria selepas terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini. - Foto REUTERS
ALGIERS: Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat.
Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari.
Pesawat berkenaan akhirnya ditemui terhempas di Gunung Fortas berdekatan pekan Ain Kercha, 50 kilometer di barat daya Constantine, bandar utama di sebalah timur Algeria.
Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu.
Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan.
Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.
Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera.
Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut.
Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam.
Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi. - AP
Last edited by NIXAR on 12-2-2014 03:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
we're going down we're going down...... |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinyer....lepas nih boleh lar wat filem...
macam cerita ape tah yang kerata api eksiden lelaki tu sorang je hidup yang lain semua mati. |
|
|
|
|
|
|
|
tentera kita juga memiliki beberapa c130. harap ia diselenggara dgn baik. |
|
|
|
|
|
|
|
seorang je yang hidup?![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya ramai yang terkorban ni yang merisaukan kalau naik flight time cuaca buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
mst trauma sungguh yg terselamat tu |
|
|
|
|
|
|
|
woaa...sorang jek yg terselamat?
press mesti xsabar nk tau citer die psl tragedi ni, t'msk aku![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Flight pengangkutan yg paling selamat sekali. Tp sekali berlaku kemalangan semua kojol |
|
|
|
|
|
|
|
elohim bayar cash walaupun lambat, harap2 tentera Mesir pun kena musibah yg sama, sebab pangai depa sama ja dgn tentera Aljeria...![](static/image/smiley/default/huffy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|