CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9904|Reply: 40

Lana Nordin Nafi Rampas Kekasih Adira, Bakal Tunaikan Umrah

[Copy link]
Post time 7-2-2014 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Baru sahaja beberapa minggu lepas, peminat melihat kemesraan Adira bersama kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram milik penyanyi itu.


Namun secara tiba-tiba timbul pula khabar angin terbaru mengatakan pasangan berkenaan kini telah berpisah, tambahan pula gambar Shahrul di laman sosial tersebut juga telah dipadamkan Adira.

Desas desus mengatakan percintaan penyanyi itu dengan kekasihnya dipercayai bermasalah kerana Shahrul cuba mendekati bekas kekasih Johan As’ari iaitu Lana Nodin.

Bagaimanapun, Lana yang dihubungi oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan dirinya menjadi punca kepada keretakan hubungan Adira dan Shahrul.

Siapa boyfriend dia? Saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah ambil tahu pun pasal percintaan mereka. Saya tak ada masa nak kacau boyfriend orang lah.

Meskipun mempunyai keinginan yang mendalam untuk berkahwin, namun Lana menetapkan pendirian untuk tidak mengganggu hubungan orang lain termasuklah suami orang.


Saya sekarang berkawan dengan semua orang dan sedang mencari calon suami. Tapi seboleh mungkin saya akan elak dari mengambil hak orang.

Dalam perkembangan lain, Lana memberitahu akan mengerjakan umrah bersama adiknya dan pelakon, Lisdawati dalam masa terdekat ini.

Saya tak nak habiskan masa dengan kacau hubungan orang sebab sibuk uruskan persiapan untuk ke Tanah Suci. Mana tahu saya bertemu jodoh di sana.

Lana juga tidak menetapkan untuk terus bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah kerana percaya penghijrahan yang akan dilakukan haruslah datang dari hatinya sendiri dan akan melengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan persediaan rapi.  


KREDIT KEPADA OHBULAN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 05:14 PM | Show all posts
erk ,.. menggeletis kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 05:19 PM | Show all posts
aritu kate dapat doktor???
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:00 PM | Show all posts
doakan yang baik2 je utk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:05 PM | Show all posts
Saya sekarang berkawan dengan semua orang dan sedang mencari calon suami. Tapi seboleh mungkin saya akan elak dari mengambil hak orang.


statement ala2 biyach sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lana nodin ni cantik... Hrp dia bertudung dan ubah penampilan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2014 07:28 PM | Show all posts
Okey..
Tp statement pasal bertudung tu xyah la kut...cliche sangat lah.
Dah bosan dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 07:32 PM | Show all posts
Tapi lana padan ape ngan ex boipren adira tuh...dua dua nampak sama classy...huhuhu sory adira...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 07:37 PM | Show all posts
betul tu lana.jika esok lusa jika kita tak disangka-sangka menemui ajal  kita akn melengkapkan diri terlebih dahulu dgn persediaan rapi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Doakkan yang baik2 la untuk hang.. mana taw balik dari umrah nanti terus jadi macam mizz nina..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:30 PM | Show all posts
pegi tanah suci nk jumpa dodoh..bukan nak hapuskan dosa tayang kantung susu kat jantan...lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:40 PM | Show all posts
Alhamdulillah, sekurang2nya ada niat die nk mengerjakan umrah. Soal diterima atau tidak, itu urusan Allah. Kita doakan yg terbaik. Mgkn dia akan dpt hidayah & menjadi lebih baik dr kita semua. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:51 PM | Show all posts
Go go Lana!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 09:25 PM | Show all posts
baru je tak sampai seminggu nampak pic bersayang2 adira dgn shahrul kat insta... biar betul

tapi aku lg suka lana nordin ni. cantik, ikhlas, profesional & matang
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 10:24 PM | Show all posts
baguslah klu macam tu Lana...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:19 PM | Show all posts

Dilamar 3 Jejaka, Lana Mahu Doa di Mekah Mohon Petunjuk

Sumber: Malaysian Digest

.
Kalau tidak ada aral melintang dan visanya diluluskan, pada 28 Februari ini pelakon kontroversi Lana Nordin akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah. Tidak keeseorangan, Lana akan pergi bersama teman baiknya pelakon Lisdaswati yang kini sedang hamil lima bulan.
"InsyaAllah, sekarang ni tengah tunggu visa lulus saja lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Saya rasa seronok nak pergi buat ibadah umrah. Sebenarnya memang niat nak ke sana dah lama, sejak dua tahun lepas. Baru tahun ni saya dapat tunaikan hasrat saya.
"Kami pergi dalam 12 hari. Ni pertama kali bagi saya tapi Lisdawati dah banyak kali pergi, jadi saya banyak bertanya pada dia. Selain tu dia ajak saya sama-sama pergi usrah", kata Lana Nordin berkongsi serba sedikit mengenai persiapannya ke Mekah, ketika ditemui sewaktu di malam Anugerah Meletop, sabtu lalu.
Ditanya bagaimana dengan penampilannya nanti selepas sekembalinya menunaikan umrah terutama dari segi imejnya. Lana berkata dia hanya berserah kepada Allah. Dari segi penampilan dia tidak akan melakukan perubahan dengan terlalu drastik sebaliknya akan cuba memperbaiki perlahan-lahan
"Saya serahkan pada-Nya. Saya tetap jadi diri saya. Tapi insyaAllah perlahan-lahan saya akan cuba memperbaiki dari penampilan saya. Seandai dibukakan hati untuk berhijab satu hari nanti, InsyaAllah...", ujarnya wanita yang cukup dikenali dengan gaya dan imej seksi ini.
Sepanjang perbualan, Lana tidak lekang mempamer senyuman. Ternyata pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson kini sangat bahagia dengan kehidupannya biarpun dia baru dilanda kontroversi bertali arus - putus cinta dengan pelakon Johan As'aari, digosipkan pula intim dengan seorang doktor kemudian dikatakan menjadi punya penyanyi Adira putus dengan teman lelakinya.
Diusik dengan pertanyaan apakah beliau kini benar-benar sudah bertemu penggganti, Lana tersenyum dan berkata,
"Ada yang mendekati tapi saya baru berkawan lah... Itulah, nanti kalau di Mekah saya nak berdoa agar diberikan petunjuk. Sebab sekarang ni saya tak tahu nak pilih mana satu (gelak). Ada tiga jejaka yang nak serius dengan saya. Saya masih tak tahu nak buat keputusan
"Umur saya pun dah 35 tahun. Saya dah tak ada masa nak bercinta-cinta ni, kalau ada jodoh nak terus kahwin. Kemudian baru saya bercinta selepas kahwin", tuturnya.
Ditanya adakah salah seorang daripada tiga jejaka itu ialah lelaki yan bergelar doktor seperti yang digosipkan dengan dirinya baru-baru ini, Lana pantas berkata,
"Bukan... bukan! Doktor tu kawan biasa saja. Saya kawan dengan ramai orang. Tapi yang ketiga-tiga lelaki tersebut bukan orang dalam industri. Ada lah... rahsia. Nanti kalau sudah betul-betul saya akan beritahu", katanya yang enggan berkongsi lebih lanjut.
Tak Kenal Bekas Kekasih Adira
Lana Nordin bersama Dira Abu Zahar sewaktu di malam Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Sementara itu diminta mengulas mengenai desas-desus baru-baru ini bahwa dirinya dikatakan punca perpisahan antara Adira dan kekasihnya, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin, Lana berkata,
"Saya tak kenal pun siapa dia (Shahrul). Mungkin kami pernah berjumpa di mana-mana acara tapi setahu saya saya tak kenal teman lelaki Adira..................................



Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... mohon-petunjuk.html






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 02:23 PM | Show all posts
what dah broke off dah si dira putih tu??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:25 PM | Show all posts
adik^manis posted on 10-2-2014 02:19 PM
Sumber: Malaysian Digest

.Kalau tidak ada aral melintang dan visanya diluluskan, pada 28 Februari ...

mcm gini ke ghoper org nak pegi umrah???
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 02:21 PM | Show all posts
dia semakin popular sejak putus ngn johan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 03:09 PM | Show all posts
moga dipermudahkan segala urusan LN nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.134049 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list