PUTRAJAYA 7 Feb. - Rakyat digalakkan untuk membeli ikan sejuk beku yang diimport kerana harganya lebih murah berbanding ikan segar tempatan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun harga ikan sejuk beku yang diimport murah, namun kualitinya tetap sama dan terjamin. Di samping itu beliau berkata, kerajaan juga bercadang membuka pasar borong sekali seminggu khusus untuk orang awam membeli barangan basah termasuk sayur-sayuran dengan harga borong. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan pengedar dan pembekal bagi membincangkan isu-isu kos berkaitan kos sara hidup di pejabatnya di sini hari ini.
Last edited by R2D2 on 7-2-2014 04:11 PM
|