CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1329|Reply: 4

[Jenayah] Gang mat petai (xda nama lain ke?) mat jering ke.

[Copy link]
Post time 5-2-2014 04:15 PM | Show all posts |Read mode
AMPANG – Sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Geng Mat Petai yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan kereta sejak tiga tahun lalu tumpas setelah polis memberkas enam ahli kumpulan termasuk dalangnya dalam tangkapan berasingan di sini Isnin lalu.

Kumpulan penjenayah itu juga dipercayai turut melakukan dua kes pecah rumah di Bandar Baru Ampang, di sini, sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina, dengan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya berjaya memberkas dalang kumpulan itu di sebuah rumah Taman Tasik Tambahan, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

“Kita turut menjumpai beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah pecah rumah.

“Susulan daripada tangkapan itu, dua jam kemudian, kita memberkas seorang lelaki yang dikenali sebagai Boy dalam serbuan sebuah unit apartment di Taman Mulia Jaya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya Boy yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu merupakan pembeli barangan curi daripada Geng Mat Petai.

“Kita turut menjumpai beberapa barangan dipercayai milik mangsa antaranya dua televisyen jenama Toshiba dan Panasonic, sembilan komputer riba pelbagai jenama, sebuah alat cetak dan alat projektor, lapan topi keledar pelbagai jenama dan tiga monitor komputer.

“Turut dijumpai beberapa aksesori kereta antaranya empat buah radio kereta pelbagai jenama dan sebuah Garmin GPS dalam serbuah di apartment tersebut. Kesemua barangan curi itu dipercayai akan dijual semula kepada pembeli lain melalui pembelian online,” katanya.




Khairuldin (dua dari kiri) menunjukkan hasil rampasan barangan dipercayai dicuri oleh Geng Mat Petai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 04:44 PM | Show all posts
diorg suka makan petai kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 04:51 PM | Show all posts
kencing bau petai
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 08:53 AM | Show all posts
Nak jd legend kena guna nama pelik2 sket...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 11:27 AM | Show all posts
mjla: Nak jd legend kena guna nama pelik2 sket...


haha btul tu, bru sentiasa diingati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.422582 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list