CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14971|Reply: 100

[Tempatan] MC dan Hak Pekerja

[Copy link]
Post time 5-2-2014 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Dapat cuti sakit, dipaksa bekerja
DATUK KHAIRUL ANWAR RAHMAT
5 Februari 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • Dapatkan pemeriksaan daripada pengamal perubatan berdaftar yang dilantik majikan si pekerja. - Gambar hiasan
< 1 / 1 >


Soalan

RAKAN saya mendapat kemalangan di tempat kerja sehingga menyebabkan kecederaan di tangan. Doktor mendapati ada berlaku keretakan pada tulang ibu jarinya dan diberi cuti selama dua bulan. Bagaimanapun majikannya meminta dia bekerja selepas sebulan cuti sakit. Apakah hak rakan saya sebagai pekerja?

Jawapan

Apabila berhadapan dengan permasalahan melibatkan hak di alam pekerjaan, isu tersebut sebenarnya perlu diteliti dengan berhati-hati berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada.

Peruntukan undang-undang pekerjaan di negara ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan (Perusahaan) 1967 yang menggariskan beberapa komponen penting secara menyeluruh bagi mengelakkan majikan mengambil kesempatan di atas kelompongan perlindungan yang diberikan kepada golongan pekerja.

Akta Kerja 1955 kebiasaannya diperuntukkan kepada golongan pekerja berpendapatan RM2,000 ke bawah. Bagaimanapun, bergantung kepada perjanjian kerja yang ditandatangani antara kedua pihak. Seseorang pekerja yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM5,000 juga boleh merujuk pertikaian di bawah Akta ini.

Akta Perhubungan (Perusahaan) 1967 lebih menekankan kepada golongan pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan. Namun peruntukan di dalam akta ini lebih bergantung kepada perjanjian kerja yang berlaku antara pekerja dan majikan.

Oleh itu, sukar untuk menentukan hak seseorang pekerja tanpa merujuk kepada perjanjian pekerjaan yang ditandatanganinya. Justeru, artikel ini akan lebih merujuk kepada Akta Kerja 1955 yang mana menerusi akta ini, dapat disimpulkan beberapa faktor yang menjadi penentu sama ada hak seseorang pekerja itu dilindungi ataupun sebaliknya.

Hak pekerja

Sebagai sebuah negara berperlembagaan, undang-undang menjadi sumber rujukan utama dalam mendasari setiap tindakan perundangan termasuk apabila ia melibatkan persoalan hak dan perlindungan.

Dalam menjawab persoalan yang diutarakan, definisi pekerja perlu terlebih dahulu diteliti yang mana menerusi undang-undang pekerja merujuk kepada mana-mana orang, termasuk perantis, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja untuk upah atau ganjaran.

Terdapat beberapa faktor menyumbang yang perlu diberikan perhatian sebelum menentukan hak yang ada pada cuti sakit seseorang pekerja.

Bersandarkan faktor tersebut, golongan pekerja mungkin akan menyaksikan hak mereka berbeza antara satu dengan yang lain.

Faktor-faktor penyumbang kepada perbezaan ini adalah pertamanya surat tawaran dan surat pengesahan lantikan. Surat tawaran merupakan dokumen pertama yang sangat penting dan perlu diperoleh pekerja, seelok-eloknya sebelum memulakan tugas secara rasmi.

Surat ini dianggap sebagai perjanjian awal antara pihak pekerja dan majikan, ia akan menyatakan secara jelas segala hak dan perlindungan yang diberikan pekerja sepanjang bekerja di institusi berkenaan.

Selain itu, surat tawaran juga memberikan obligasi yang perlu dipatuhi pekerja dan perlanggarannya boleh menyebabkan tindakan tertentu diambil ke atas mereka. Surat tawaran biasanya mengandungi perkara penting seperti jumlah gaji, jumlah elaun, peruntukan bonus, skim cuti, skim bantuan klinikal dan tempoh percubaan.

Surat pengesahan pelantikan pula selalunya diterima setelah tamat tempoh percubaan yang dikenakan ke atas seseorang pekerja yang mana haknya akan dilindungi secara rasmi seperti dinyatakan di dalam surat tawaran.

Bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah pada masa hadapan, pekerja diingatkan untuk memeriksa dan meneliti terlebih dahulu isi kandungan surat tawaran bagi memastikan hak sebagai seorang pekerja dilindungi.

Faktor kedua yang menyumbang kepada perbezaan hak cuti sakit seseorang pekerja ialah tempoh perkhidmatan pekerja di institusi berkenaan di mana Seksyen 60F (1)(aa) Akta Kerja 1955 dengan jelas membahagikan tempoh tersebut kepada tiga peringkat iaitu:
i. 14 hari setahun bagi tempoh berkhidmat kurang 2 tahun;

ii. 18 hari setahun bagi tempoh berkhidmat 2 hingga ke 5 tahun;

iii. 22 hari setahun bagi tempoh berkhidmat lebih 5 tahun.

Menerusi peruntukan ini, bilangan hari cuti sakit bergaji untuk seseorang pekerja dibezakan bersandarkan kepada tempoh perkhidmatannya. Lebih lama seseorang itu berkhidmat, lebih banyak bilangan hari cuti sakit bergaji diperuntukkan kepadanya setahun.

Kebajikan pekerja

Selain cuti sakit bergaji berdasarkan tempoh perkhidmatan, Akta ini turut memberikan peruntukan khas terhadap pekerja yang dihospitalisasi melalui Seksyen 60 F (bb), yakni sekiranya pekerja mengalami kecederaan atau sakit sehingga dimasukkan ke hospital dan ditahan wad untuk menerima rawatan, maka dia layak menerima cuti sakit sehingga tempoh 60 hari sepenuhnya.

Bagaimanapun, cuti sakit selama 60 hari ini boleh ditolak pihak majikan dengan bilangan cuti sakit bergaji tahunan yang diambil pekerja sepanjang tahun tersebut.

Dalam membincangkan mengenai isu cuti sakit bergaji, pekerja mestilah tidak terkeliru dengan istilah cuti sakit bergaji dan cuti sakit tidak bergaji.

Cuti sakit bergaji adalah cuti sakit diperuntukkan kepada seseorang pekerja seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.

Seksyen 60F (1) menerangkan syarat bagi pekerja untuk mendapatkan cuti sakit berbayar adalah pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikannya, atau sekiranya tiada pengamal perubatan berdaftar atau dalam situasi tertentu bergantung kepada jarak dan masa yang munasabah tidak boleh didapati, boleh diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar yang lain atau oleh pegawai perubatan.

Seksyen 60F (1A) turut menjelaskan pemeriksaan doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971 turut melayakkan pekerja mendapat cuti sakit berbayar.

Sementara cuti sakit tidak bergaji adalah apabila pekerja yang kehabisan cuti sakit bergaji memohon untuk meneruskan cuti sakitnya dan gaji harian akan ditolak selama mana seseorang pekerja itu tidak kembali bekerja.

Sehubungan itu, apa yang penting di sini Seksyen 60F (2) (b); bagi melayakkan seseorang itu mendapat cuti sakit berbayar adalah pekerja tersebut hendaklah memberitahu majikannya dalam tempoh 48 jam tentang cuti sakit yang diterima daripada pengamal perubatan berdaftar seperti disebut di atas.

Bagi menjawab persoalan diutarakan, hak untuk mendapat cuti sakit yang mencukupi merupakan hak yang dimiliki pekerja. Bagaimanapun, prinsip asas keadilan yang memperuntukkan kesaksamaan dalam setiap pertimbangannya menjadikan hak pihak majikan juga harus diambil kira.

Maka, faktor yang dinyatakan di dalam artikel ini perlu dilihat yang mana tempoh perkhidmatan, jumlah cuti sakit bergaji tahunan yang diperoleh, jumlah cuti sakit bergaji tahunan yang telah digunakan dan sama ada pekerja tersebut ditahan wad atau pun tidak mestilah menjadi asas perkiraan.

Menerusi perkiraan ini, secara umumnya setiap pekerja tidak sepatutnya diarahkan bekerja pada ketika ia masih lagi mempunyai cuti sakit yang diberikan doktor. Bagaimanapun, pihak majikan berhak untuk memotong gaji pekerja berkenaan sekiranya tempoh bilangan hari cuti sakit bergaji yang diperuntukkan telah habis digunakan.

Sekiranya pihak majikan bertindak di luar prinsip perundangan, pekerja boleh berjumpa dengan peguam dan turut mempunyai hak untuk membuat aduan dan mendapatkan keadilan di Jabatan Tenaga Kerja.

Oleh itu, pekerja perlu peka dan teliti dalam menandatangani surat tawaran kerja yang mana perkara asas seperti cuti, bayaran klinikal dan pampasan kemalangan dapat difahami dan dipersetujui dengan sebaik mungkin demi kebajikan pekerja itu sendiri.

Jika pekerja gagal memahami isi kandungan surat tawaran yang dipersetujui, mereka mungkin akan berhadapan dengan risiko dianiayai dan tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


P/S : Bos sara selalu kata : "Hak kakitangan awam ialah gaji dan berhenti, yg lain kalu keistimewaan dan kemudahan serta pertimbangan"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 08:57 AM | Show all posts
dulu kojo kek satu kilang tuh. aritu demam, gi klinik nk mintak MC. tibe2 doktor cakap x dapek bg MC pasei bos besor kilang bg arahan kalu bg MC kontrak klinik dio terminate
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg rajin mc cuti sakit jenis lembik..toksah keje la dok ghumah lgi bgus.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:08 AM | Show all posts
mc bukan hak pekerja tp hak doktor..kalau betul2 sakit smpai xleh buat keje baru la layak dpt mc...ni x, tiap bulan mc aje..ckup tahun sebemban mc...mcm staff kat sini la ni..mmg dasar malas pergi kerja... bila tgk sebab mc, sebab pusing mata, bisa kepala, itu jela.... cer cite pusing mata tu mcm mana? bisa kepala tu mcm mana? smpai ada doc tulis hypertension...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:15 AM | Show all posts
mcm klinik panel opis aku je. doktor taknak kasi mc. alasan kalau die boleh pegi klinik tu maksudnye die larat lg nk gi keje. kesian despatch aku jatuh motor tangan berdarah2 pun still taknak kasi mc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 09:17 AM | Show all posts
klinik kerajaan mmg susah nak beri MC
kecuali pd mereka yg benar2 sakit atau dlm rawatan
kalo takat demam2 air tu tak payah le nak buat muka seposen mintak MC
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2014 09:17 AM | Show all posts
aku rajin gak amik mc kalau malas nak pegi keje.

rugi plak tak gunakan kemudahan yang ada. hujung tahun nanti burn plak allocation utk out patient treatment
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:20 AM | Show all posts
annehuda posted on 5-2-2014 09:15 AM
mcm klinik panel opis aku je. doktor taknak kasi mc. alasan kalau die boleh pegi klinik tu maksudnye ...

Kalu dah tahap camtu, gi je klinik kerajaan... kompom dapat MC & majikan memang takleh tolak MC kerajaan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 09:26 AM | Show all posts
meleis stail kalo mintak MC jek... doktor mmg ada bias...

sepatutnya dokter takde hak sebab bukannya dokter tu rugi. kita bayar dokter tu lagi ade ler...

Hak amik MC nih mmg hak mutlak seseorang..

Dokter bukan nya tuhan pun utk tentukan sapa sakit sapa tak.. accurate 100% sangat ke analisis dokter?

Ye ada yng mengencing amik MC... tapi samada kencing ke dak, still, bukan HAK DOKTER.

Bagi pihak employer lak, derang pun patutnya tak layak menghakimi ko kalo ko sakit atau kurang sehat... sepatutnya takde rasa ragu, malah harus dihormati hak2 seseorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:26 AM | Show all posts
apa kriteria dapat mc?
mc 1 hari :
mc 2 hari :
mc 3 hari ke atas:

staff aku ni asyik aje mc. stiap kali mc dapat 2 hari. agak2 sakit dia kronik kot. tapi aku tengok dia datang opis ok je. fishy sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:34 AM | Show all posts
tempat keje lama dulu kalo mc mesti kena potong gaji..tah pape padahal sah2 ade surat mc..tempat keje baru ni memang takde potong janji ade surat mc..tp Alhamdulillah aku jarang mc tp penah lah beli mc sekali beli RM25 tapi aku tak claim pon (ni terpaksa beli sebab tak sakit ape pon haha)

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:43 AM | Show all posts
Semuanya terserah pada doktor. jgn suka2 bagi MC. Ni tak asal datang klinik je bagi MC. Sampai pernah aku call seoarang Dr hingga boleh bagi 2 hari MC berturut pada pekerja sedangkan nampak perkerja tu selsema je. Tergagap2 jugak Dr tu nak jawab.

Pekerja kalau dah biasa menipu takkan perasan punya yg dia dah terkantoi. Hari ni pergi satu klinik dapat MC lps tu hari berikutnya pergi klinik satu lg utk ambik MC. Aku dah jelak dgn perangai pekerja mcm nih. Lepas tu patern MC lak selalunya bila ada PH dan sambung MC
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:49 AM | Show all posts
salah seorg sedara ku keje dgn F****. sehari MC tolak rm25, 2 hari RM50..tp allocation MC ada, setahun 21 hari..jadahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:58 AM | Show all posts
NIXAR posted on 5-2-2014 08:57 AM
dulu kojo kek satu kilang tuh. aritu demam, gi klinik nk mintak MC. tibe2 doktor cakap x dapek bg MC ...

gi laa spital kerajaan........ bos tu yahudi kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:59 AM | Show all posts
annehuda posted on 5-2-2014 09:15 AM
mcm klinik panel opis aku je. doktor taknak kasi mc. alasan kalau die boleh pegi klinik tu maksudnye ...

cemana nak pulas minyak moto? pakai mulut?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:01 AM | Show all posts
Acong posted on 5-2-2014 09:58 AM
gi laa spital kerajaan........ bos tu yahudi kaa?

cina jinjang boss tu. doc tu pun takut dgn dia. dah la klinik panel 1 jah. last2 aku amik ubat tido kat opis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 10:04 AM | Show all posts
selalu gak dpt mc kalau g klinik kerajaan
sebab high blood preasure
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:04 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 5-2-2014 09:20 AM
Kalu dah tahap camtu, gi je klinik kerajaan... kompom dapat MC & majikan memang takleh tolak MC ke ...

hahaha tulah pasal. baru2 ni pun despatch aku tu keracunan makanan terminum susu basi. terus die gi hospital kerajaan kene hospitalized 3 hari lg tu. kalau gi klinik panel tu confirm la xdpt. alasan, sbb masih mampu pegi klinik so masih boleh pegi opis lg ade sorg opismate aku plak migrain. pegi klinik tu lah jugak doktor still taknak kasi mc. menangis opismate aku kt situ sbb die ckp die mmg tak larat sgt. ha barulah doktor tu nk kasi mc. baidewei doktor tu warganegara india, dpt ijazah medical pun kt india seb baik aku duduk jauh so tmpt aku takyah gi klinik panel.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:06 AM | Show all posts
annehuda posted on 5-2-2014 09:15 AM
mcm klinik panel opis aku je. doktor taknak kasi mc. alasan kalau die boleh pegi klinik tu maksudnye ...

jadi MC hanya boleh di-apply dari rumah ke? kelakar la doctor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:08 AM | Show all posts
Aku cukup liat nak jumpa doctor (dan sekaligus ambik mc) pasalnya aku rasa bersalah tiap kali cuti mc.  Pada aku mc ni kena betul2 sakit, sendi2 lemah, siksa nak bergerak dll.  Bukannya kerana majikan dah peruntukkan sebilangan hari untuk cuti mc.  Aku rasa macam tak amanah saje2 aje ambik cuti mc sedang aku masih boleh bekerja hari tu.  Kalau setakat jumpa doctor aje ambik ubat tak apelah, ni dak, kalau dah jumpa doctor mesti package dengan mc sekali. Ade satu manager kat ofis aku ni, seolah2 ada allergy dengan public holiday, tiap kali lepas cuti awam, dia pun mc.  Kita mesti ingat tiap kali kita ambik cuti mc (hanya kerana majikan dah beri peruntukan), terpaksalah orang lain ambik alih kerja kita pada hari tu.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066367 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list