CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 7704|Reply: 62

[Tempatan] {7} Amok nak potong kemaluan perempuan !

[Copy link]
Post time 5-2-2014 04:56 AM | Show all posts |Read mode
5 Februari 2014

Kuala Terengganu: Berang kerana anak saudaranya terkencing di atas tilamnya, seorang lelaki bagaikan dirasuk hantu apabila mengamuk mahu memotong kemaluan kanak-kanak perempuan itu dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Raja, di sini, Ahad lalu.


  Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku  jam 4.30 pagi selepas suspek lingkungan 20-an itu ditegur ibunya berhubung beberapa perkara salah yang dilakukan suspek sebelum ini.


   Katanya, teguran wanita berusia 63 tahun itu bukan saja tidak dapat diterima suspek sebaliknya dia bertindak melepaskan geram kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang secara tidak sengaja terkencing di atas tilamnya.


   “Pada mulanya, suspek bertindak kurang ajar apabila meludah berkali-kali ke arah ibu malang itu sebelum mengugut akan membunuh warga emas itu menggunakan kapak yang diambil di dapur rumah.


   “Bagi menakutkan mangsa, suspek bertindak mengetuk kapak di tangannya beberapa kali di atas meja sebagai isyarat berhubung tindakan yang akan dilakukan selepas itu,” katanya.


   Sumber berkata, ketika suspek sedang mengamuk, anak saudaranya yang terjaga daripada tidur secara tidak sengaja terkencing di atas tilam kerana ketakutan.


   Katanya, kejadian itu menyebabkan suspek semakin naik angin apabila mengugut akan memotong kemaluan kanak-kanak itu.


   “Bukan itu saja, suspek yang bagaikan dirasuk turut mengamuk akan membakar pakaian milik mangsa selain mengugut akan membakar rumah itu.


   “Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, ibu malang yang bimbang keselamatannya dan ahli keluarga lain nekad membuat laporan polis sejurus kejadian itu untuk tindakan selanjutnya.


   Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-myMetro

p/s sian...muda lagi dah mental ...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 05:06 AM | Show all posts
kesian... muda lagi dh gila.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:11 AM | Show all posts
aku dah biasa jumpa n dengar kisah laki muda gila ngamuk macam ni. kasehan.... + ngok pun ada gok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:14 AM | Show all posts
ip_lepat posted on 5-2-2014 05:06 AM
kesian... muda lagi dh gila.

agak nya ...pasai tak dapek ikut siMat Said kantika kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
gila punya orang..... huh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:32 AM | Show all posts
Mcm tu, bukan budak 3 tahun, klu aku pun blh terkencing.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2014 06:41 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 5-2-2014 06:14 AM
agak nya ...pasai tak dapek ikut siMat Said kantika kot ...

bkn sbb mat said idak beli penguin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:46 AM | Show all posts
ip_lepat posted on 5-2-2014 06:41 AM
bkn sbb mat said idak beli penguin ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punys orang...ni mat pit lah ni..budak tu baru 3 tahun kau dah ugut macam tu..trauma budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:52 AM | Show all posts
mana mak budak tuh, jgn ler tinggal anak ngan org mental camnih
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:55 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 5-2-2014 06:46 AM




Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ni betul2 mental ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai anak yg mcm ni ngan parent pastu kata kurang waras mental problem..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:01 AM | Show all posts
takut...skang org gila makin ramai..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:04 AM | Show all posts
mentalnya org ni!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:07 AM | Show all posts
siap ludah ibu lagi tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 08:08 AM | Show all posts
pergh!!...nie perangai orang mana nie....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:08 AM | Show all posts
kesian ... gila
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:18 AM | Show all posts
mat pit bila nak hapuskan mereka? tiada mereka, aman2 aja dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:23 AM | Show all posts
susah hidup ngan org mental ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.100395 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list