CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6192|Reply: 27

Ayat al-Quran Perjelas Hukuman Bagi Homoseksual

[Copy link]
Post time 4-2-2014 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Ayat al-Quran Perjelas Hukuman Bagi Homoseksual


Sesungguhnya tiada perbezaan dalam kalangan ulama Islam mengenai pengharaman perbuatan homoseksual. Homoseksual ini dimaksudkan sebagai orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya, terutama antara dengan lelaki.




Ulama sepakat

Ulama menggunakan istilah liwat untuk hubungan seksual antara lelaki dan lelaki dan musahaqah untuk hubungan antara perempuan dan perempuan. Kedua-dua hukumnya adalah haram.

Walaupun berbeza mengenai hukumannya, ulama mencapai kata sepakat tentang haramnya homoseksual secara ijmak iaitu secara persetujuan dalam kalangan ulama Islam. Sebagai sumber hukum Islam, ijmak adalah antara sumber ketiga yang paling tinggi dalam sistem perundangan Islam.

Sekiranya berlaku liwat dalam, majoriti ulama Islam meletakkan hukumannya sama seperti hukuman kepada penzina, kecuali pandangan Imam Abu Hanifah.

Asas kepada hukum pengharaman ini ialah al-Quran dan hadis. Antara ayat al-Quran yang berkaitan ialah, surah al-Araf (7) ayat 80 hingga 84; surah ash-Shuara (26), ayat 165 hingga 174, surah Hudd (11) ayat 80 hingga 81, surah al-Hijr (15), ayat 51 hingga 60. Ayat-ayat suci ini menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang dihukum Allah dengan seksaan dahsyat sehingga mereka dihapuskan dari dunia ini.

Antara ayat suci al-Quran ini menggunakan istilah mujrimin kepada mereka yang tertarik kepada kaum sejenis. Perkataan mujrimin ini ditafsirkan sebagai orang yang berdosa. Dalam konteks undang-undang jenayah perkataan ini boleh ditafsirkan sebagai yang melakukan jenayah kerana kata asal kepada perkataan mujrimin ini ialah jurm iaitu antara perkataan yang ditafsirkan sebagai jenayah. Ada antara ayat suci ini yang menyebut mengenai status homoseksual sebagai orang yang melampaui batas.



Beri penerangan

Selain ayat suci al-Quran, ada juga hadis Rasulullah berkaitan homoseksual dan liwat. Antaranya, terdapat hadis yang menyatakan mereka yang melakukan perbuatan ini dalam kemurkaan Allah.

Walaupun kedudukan ini jelas, banyak perbahasan semasa cuba membawa pandangan baru dalam hal ini. Terdapat pendapat yang menyatakan homoseksual tidak disebut secara harfiah dalam al-Quran. Ini benar kerana perkataan homoseksual itu hanya diperkenalkan pada akhir kurun ke-18.

Walaupun perkataan homoseksual itu tidak disebut dengan nyata di dalam al-Quran, ini tidak bermakna al-Quran tidak mempunyai hukum mengenainya. Ayat suci al-Quran dengan jelas memberikan penerangan mengenai perlakuan tersebut.

Perlu diingat, ada kalanya dalam konteks undang-undang jenayah, sesuatu perbuatan jenayah tidak semestinya mempunyai nama tertentu ada kalanya memadai sekiranya perbuatan itu diperjelaskan menerusi perbuatan.

Jika berlaku pertuduhan, ada kalanya nama diberikan kepada sesuatu kesalahan tidak dapat memberi faham kepada tertuduh, maka cara perlakuan jenayah lebih penting daripada nama kesalahan itu.


Beri peringatan

Ada juga penyokong homoseksual yang menyatakan hukuman homoseksual adalah hanya kecenderungan ulama. Pendapat ini tidak benar. Jika dilihat ayat al-Quran di atas, hukuman yang dinyatakan dalam al-Quran itu begitu terperinci. Ia bukan kecenderungan ulama. Ia adalah peringatan yang jelas.

Dengan perincian mengenai seksaan dihadapi kaum Lut itu, ia menjadikan perbuatan mereka (kaum Lut) itu boleh dijadikan satu jenayah yang dihukum di dunia ini sebagai peringatan dan pengajaran.

Sesungguhnya, seksaan Allah itu benar. Sama-samalah kita berpesan-pesan mengenai seksaan Allah, semoga kita dapat menegakkan hukum Allah dan dapat menyelamatkan orang Islam daripada seksaan Allah yang benar dan dahsyat itu.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 04:15 PM | Show all posts
Al Quran - serba lengkap!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 04:39 PM | Show all posts
intriQue posted on 4-2-2014 04:15 PM
Al Quran - serba lengkap!

kalaulah pemimpin betul2 guna Al Quran yg serba lengkap ni sbg amalan kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 05:02 PM | Show all posts
Masaalah ramai yang ambil mudah menutup mata dan telinga mengenainya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 05:16 PM | Show all posts
Jangan tunding jari pemimpin sahaja, camne dengan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:51 PM | Show all posts
alphawolf posted on 4-2-2014 05:16 PM
Jangan tunding jari pemimpin sahaja, camne dengan kita?

saya sokong, but pemimpin adalah contoh kpd mereka yg dipimpin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2014 10:49 PM | Show all posts
So, apa hukuman bagi homoseksual yg disebut dlm Quran tu? Nak gak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 07:38 AM | Show all posts
intriQue posted on 4-2-2014 04:15 PM
Al Quran - serba lengkap!

Afghanistan negara lengkap?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 07:46 AM | Show all posts
DeMax posted on 5-2-2014 07:38 AM
Afghanistan negara lengkap?

I said Al-Quran yg serba lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:02 AM | Show all posts
terima kasih kepada TT yang memberikan info lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:10 AM | Show all posts
Muntz: So, apa hukuman bagi homoseksual yg disebut dlm Quran tu? Nak gak tau.


belajar la hudud bro, jgn jahil sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:11 AM | Show all posts
hubungan sejenis mengundang byk penyakit.. and juga x sihat tok generasi akan dtg..
apa yg aku perasan..

1. jangkitan HIV
2. Tiada persenyawaan lengkap, maka takkan ada anak yg bakal lahir
3. Manusia tidak berasa selamat dengan jantina sendiri.
4. Tidak layak derma darah. Dengan itu, makin kurangla darah yg pihak hospital perlukan. or mungkin kalau ada ahli keluarga perlukan.. mereka yg buat benda2 camni automatik x layak derma..

aku x tau la kalau ada antara forummer2 kat sini yg  leh nampak laik kesannya.
apa2pun HOMOSEKSUAL ni haram and perlu dibangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:57 AM | Show all posts
namun perkara-perkara sebeginikan mmg sudah ditentukan-Nya sebagai tanda-tanda kiamat semakin hampir.... bagaimana di halang di banteras pon ianya tetap akan muncul jugak....

sometime tertanye gak bagaimana perasaan LGBT nieyh yg mmg taknak jadi LGBT tapi dari jiwa dah mmg wujud perasaan tu sebb diri itu sendiri dah jadi sebahagian tanda-tanda akhir zaman...sedihkah? kecewakah? redhakah?

apelah yg ai merepek nieyh... hahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:10 PM | Show all posts
jadikan al-quran sbg pedoman hidup
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 03:54 PM | Show all posts
lucky_peace posted on 5-2-2014 10:57 AM
namun perkara-perkara sebeginikan mmg sudah ditentukan-Nya sebagai tanda-tanda kiamat semakin hampir ...

setiap kita diuji dengan perkara yang berlainan..walau siapa pun diri kita dan kecenderungan naluri kita selagi ia bercanggah dan berlawanan dengan hukum tuhan, perlulah kita atasinya..itulah jihad melawan nafsu.. ada orang tidak tahan nafsu melihat perempuan lalu berzina, ada orang tidak tahan melihat lelaki lalu berlaku liwat, ada orang tidak tahan dengan arak, lalu mereka minum..semua itu adalah ujian, siapa yang tidak mampu menahan ujian dan melakukannya maka, berdosalah ia, tetapi Allah maha pengampun, sekiranya kita memohon ampun dan bertaubat selagi kita tidak mensyirikkan Allah nescaya kita akan diampunkan..InshaAllah, bertaubatlah sebelum terlambat

adakah perlu setiap orang perlu melayani hawa nafsu dan setiap kecenderungan yang ada pada dirinya...fikir-fikirkanlah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 05:14 PM | Show all posts
TAPI manusia mmg suka apa yg dihalang..
yg salah tu jugak dituju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 06:03 PM | Show all posts
ada jugak yang petik ayat2 al quran lepas tu tafsir ikut suka
demi nak menghalalkan cara
sebab itu lah ulama karang kitab berjilid2, tafsir hadis Nabi & al quran
sebab ikut akal kita manusia yang jahil ni banyak tak boleh terima hukum
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:25 PM | Show all posts
lucky_peace posted on 5-2-2014 10:57 AM
namun perkara-perkara sebeginikan mmg sudah ditentukan-Nya sebagai tanda-tanda kiamat semakin hampir ...

ujian bagi mereka yang mempunyai naluri homosexual ni sangat2 besar. cuba bayangkan macam mane mereka sedaya upaya menahan nafsu setiap hari. tak mampu nak bermimpi untuk bekeluarga, beranak pinak. tiap kali pergi majlis kawen hiba dan sayu tengok member2 semua happy menyanyangi masing2, tiap kali family member kawan2 tanya bila nak kawen tika umur makin banyak pedih je hati..kadang2 aku sedih gak tengok dorang neh..tapi insyaAllah kalau dorang beriman dan mampu lawan nasfu dan bersabar..insyaAllah ade ganjaranye...

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:27 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 5-2-2014 10:10 AM
belajar la hudud bro, jgn jahil sgt.

Hudud tak sebut pun pasal hukuman terhadap homoseksual ini.

Jadi siapa yang jahil sangat ini?

Dan berbalik kepada soalan asal, apa hukuman yang ada dalam Quran terhadap pelaku homoseksual?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 09:12 AM | Show all posts
mojako posted on 5-2-2014 09:25 PM
ujian bagi mereka yang mempunyai naluri homosexual ni sangat2 besar. cuba bayangkan macam mane mer ...

itula sometime ai fikir, mesti dorang rase sedih menjadi sebahagian pertanda tanda-tanda akhir zaman... tapi tula, Tuhan takkan menguji hamba-Nya dengan ujian yang berat kalau hamba_nya tak boleh laluikan???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
akku3kuku
Views : 202 Replies : 0
all the best
akku3all the best
Views : 1414 Replies : 0
kukku
akku3kukku
Views : 2424 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 5472 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26486 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 11085 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 7478 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 7479 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.127351 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list