CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36398|Reply: 227

KHAZANAH [himpunan post Marquez]

[Copy link]
Post time 4-12-2003 11:28 PM | Show all posts |Read mode
Adaptasi dan terjemahan daripada 揚aracelsus dan Sekuntum BUnga Ros
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2003 09:37 PM | Show all posts

Supernova

Ada sesape tak baca Supernova - Dee, buku Indon - aku baru baca semalam. Hebat. Bandingkan dengan penulis Malaysia, jauh ketinggalan penulis Malaysia.

M
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2003 11:01 AM | Show all posts
boleh cerita sikit sinopsis supernova tu..kategori penulisan apa?ape bestnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2003 12:51 PM | Show all posts
Supernova, novel, kalau nak klasifikasikan rasanya ia lebih menjurus pada novel yang berteraskan falsafah (sains + spiritual); kisahnya dua orang lelaki yang bertemu di universiti di Amerika berjanji untuk menghasilkan sebuah karya seni dan novel ini melakarkan usaha mereka serta karya yang mereka hasilkan itu.

Secara dasar, novel yang mereka hasilkan itu ialah sebuah novel cinta (seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita yang telah bersuami)  tetapi asasnya falsafah-falsafah tinggi dan cara tulisannya juga tidak konvensional - bukan straightforward. Watak-wataknya juga lari dari watak tipikal novel-novel Melayu (pasangan gay yang cuba melakar hidup warga-warga hetero [ini bukan novel gay], pelacur yang menjual tubuh kerana untuk menanggung mindanya kerana baginya minda perlu bebas dsb.)

Bahasa yang digunakan menarik, puitis,tetapi mungkin agak sukar difahami kerana banyak istilah-istilah sains dan falsafah diterapkan (dan cuba diterangkan), juga mungkin sebab ia ditulis dalam bahasa Indonesia, banyak juga perkataan yang perlu kita teka dari konteks.

M
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2003 03:02 PM | Show all posts
Secara dasar, novel yang mereka hasilkan itu ialah sebuah novel cinta (seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita yang telah bersuami) ..ending cite ni?cerita sikit bole
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2003 08:06 PM | Show all posts
Sebenarnya cerita Supernova tak ber-ending. Ada sambungan dalam Supernova 2.1: Akar.

Ending cerita dalam cerita: kisah isteri orang tu kembali dengan suaminya.

M

[ Last edited by marquez on 6-7-2003 at 08:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2003 08:48 PM | Show all posts

laa

salam i thought cakap tentang astronomy....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2003 09:12 PM | Show all posts
oooh macam tu rupanya..siap ada supernova prt 2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2003 03:51 PM | Show all posts
Aku baru je habis baca part 2 (actually part 2.1), ok, lebih mudah difahami, cerita lebih straightforward.

M
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2003 10:53 PM | Show all posts

Goenawan

Ada sesape yang baca Goenawan Mohamad? Aku baru beli Kumpulan esei (Kata, Waktu, RM95, 1500 pages, 600 essays) dengan Kumpulan Puisi (RM55) dia. Power giler. Tapi malangnya mahal nak mampus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2003 12:52 AM | Show all posts
Antara sajak G. yang menarik:

New York

...Tapi malam itu di apartmen tinggi
anak-anak terbangun
dan bertanya sekali lagi:
apakah yang tertebar itu, ibu?
kokain atau tepungsari
atau sisik-sisik satelit yang mati?


Malam yang Susut Kelabu

Malam yang Susut Kelabu
Adakah kau dengar itu, kekasihku
seperti kau dengar sauh
tenggelam dalam dasar yang jauh

Adakah kau dengar suara
antara langit yang gaib dan gerimis reda
yang dekat berbisik pada kita
dan akan berbisik pada dunia

Ketika itu angin telah mati dan dingin
Ketika itu kumandang hilang dalam diriku
Tetapi mengapa kita bisa menerkanya, seketika
bahwa Kasih turun merendah, dan kita hanya gema


Oedipus

...Magrib makin syak
memandang mendung
yang tersembur
dari ujung pusaran
puting beliung

dan guruh terdengar,
guruh, seperti salvo
yang berulang-ulang ditembakkan
ke awal malam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2003 09:59 PM | Show all posts
Hi...kepada pembaca novel Supernova...nie aku ader jumpa satu review dlam bahasa melyu.....

Supernova oleh Dewi Lestari



Ulasan Novel Oleh : Nizam Zakaria (www.nizamzakaria.blogspot.com)

Salah sebuah novel dari Indonesia yang teringin saya baca adalah novel 'Supernova' oleh Dewi Lestari, atau Dee. Anak kelahiran Bandung ini dilahirkan pada 20 Januari, 1976. Beliau pernah menuntut di Universitas Katolik Parahyangan, Bandung dalam bidang Ilmu Politik dan jurusan Hubungan Antarabangsa.

Dee sebelum ini lebih dikenali sebagai seorang vokalis dengan suara alto yang merdu. Beliau menjadi cukup terkenal di Indonesia bersama kumpulan RSD atau 'Rida, Sita, Dewi".

Saya hampir-hampir sukar mempercayai bahawa vokalis dari RSD yang saya minat ini juga pandai menulis. Maka, timbullah rasa mahu tahu jika apa yang ditulisnya ini telah digarap dengan baik, walaupun di Indonesia, ramai yang mengangkat novelnya ini sebagai sebuah novel yang bagus.

Tatkala membaca setengah jalan novel 'Supernova', saya terpaksa mengingatkan diri saya agar jangan membaca novel ini seperti membaca novel-novel fiksyen yang lain. 'Supernova' perlu dibaca melalui keratan-keratan cerita, seolah membaca akhbar. Setidak-tidaknya seperti membaca karya Herman Melville, bertajuk 'Moby Dick'. Setiap bab (atau 'keping' mengikut cara 'Supernova') mempunyai ceritanya yang tersendiri, seperti sebuah cerpen yang menyambungkan cerita yang ada, lantas menjadikan ia sebuah novel setelah disatukan.

Sememangnya sukar untuk saya menganggap 'Supernova' sebuah roman (novel) kerana kadang-kala ia kelihatan seperti sebuah antologi cerpen yang kebetulan terkandung watak-watak yang sama. Menurut seorang rakan saya yang meminati 'Supernova', beliau mengatakan bahawa novel ini telah ditulis dengan baik dan ia mengingatkannya kepada ayat-ayat yang telah digunakan oleh penulis Indonesia Seno Gumira Ajidarna:

"Begitu tangan mereka berpaut, Sang Waktu pun kembali menyusutkan tubuhnya. Membuat semua insan itu berlari, terburu, tergesa, liar - kerana dipaksa menggandakan intensitas.
Malam banjir akan andrenalin.
Malam panas akan cinta yang menggila ketika pintu penjara itu dibuka. Kebebasan dalam episod singkat.
Terkutuklah Jakarta yang memaksa warganya tua di jalan raya (ms. 84)."

Maka pembaca juga akan mengingati apa yang diperkatakan oleh Deleuze dan Guattari:

"The town is the correlate of the road. The town exists only as a function of circulation, and of circuits...it is defined by entries and exits...it imposes frequency...it effects polarization of matter, inert, living or human..."

Rakan saya berfikir bahawa Dee pasti pernah membaca karya Deleuze dan Guattari. Ada juga pembaca yang membandingkan 'Supernova' dengan karya 'Sophie's World' oleh Jostein Gaarder. Saya rasa Dee pernah membaca karya Gaarder ini walaupun Dee berkeras menafikannya. Jika di tanya sama ada beliau akan membacanya, "Mungkin satu saat nanti, katanya. Kalau sudah ada yang mahu meminjamkan atau memberi gratis."

Adakah 'Supernova' menyerupai 'Sophie's World'? Mungkin juga, terutamanya pada bahagian akhir novel ini apabila pasangan gay Rubens dan Dhimas menyedari tentang kehadiran mereka yang penuh ilusi. Maka tersebutlah teori sinkronisitas Carl Jung, dan kemudian, disebutkan pula nama Abraham Maslow untuk memahami dengan lebih lanjut tentang kewujudan mereka...

Dan kemudian, novel ini diakhiri dengan kalimah: 'The Beginning'. Seolah Dee sudah siang-siang tahu bahawa novelnya ini akan ada sikuel. Seperti filem 'The Matrix' lagaknya!

Sememangnya 'Supernova ada sikuelnya. Tajuknya, 'Supernova 2.1: Akar'. Merurut rakan saya yang telah membacanya, sikuel Supernova ini pendekatannya lebih 'straightforward', tetapi tetap sebagus novel yang asal walaupun lebih konvensional.

"Lalu, cinta seperti apa yang orang-orang itu miliki? Yang konon menjadi dasar sebuah komitment institusi mahamegah bernama pernikahan? Mengapa mereka begitu bernafsu menguasai satu sama lain, seperti sekumpulan tunawisma berebutan lahan dengan membabi buta berlomba untuk menancapkan plang tanda hak miliknya masing-masing? Bisakah cinta yang sedemikian agung hidup terkapling-kapling? Berarti apa artinya semua itu? Hanya legalisasi bercintakah? SIM resmi untuk kegiatan ranjang? Kepentingan sensus penduduk? Bentuk kontrol negara? Apa arti komitmen? Apa itu janji?" (ms. 132)

Dee jelas membawa gempita pascamodenisme melalui tulisan-tulisannya. Dan cara Dee menggariskan acuan feminismenya ini memang saya alu-alukan. Beliau berani tatkala menulis (maka perlukah perkara ini dianggap 'ketelusan' menulis?) Tetapi perlu diingatkan bahawa beberapa tahun sebelum novel 'Supernova' diterbitkan, novel 'Saman' (1998) hasil tulisan Ayu Utami terdahulu dipasarkan, malah menang Sayembara Roman Dewan Kesenian Jakarta 1998. Novel ini dikatakan telah mengejutkan khalayak pembaca Indonesia kerana ia bukan sahaja menggunakan teknik komposisi yang belum dicuba oleh penulis-penulis lain di Indonesia, tetapi jelas mahu bebas dari mana-mana teriakan dogma. Novel Saman dianggap sebagai novel kontemporari yang besar di Indonesia, pastinya Dee mahu mengikut jejak Ayu, maka acuan feminisme disuntik juga ke dalam 'Supernova'.

"Di sini di kota ini, malam hari ia mengikatku pada tempat tidur memberi aku dua pelajaran pertamaku tentang cinta. Inilah sewewejangnya: Pertama. Hanya lelaki yang boleh menghampiri perempuan. Perempuan yang mengejar-ngejar lelaki pastilah sundal. Kedua. Perempuan akan memberi tubuhnya pada lelaki yang pantas, dan lelaki itu akan menghidupinya dengan hartanya. Itu dinamakan perkahwinan. Kelak ketika dewasa, aku menganggapnya persundalan yang hipokrit." (Saman. ms. 120)

Naratif pesimis yang terdapat pada Saman, kadangkala dapat dirasakan muncul dalam 'Supernova'. Kedua-dua novel mencabar dimensi dogma, ideologi malah penelitian intelek yang banyak menggunakan tenaga serebral. Walaupun begitu, kedua-dua novel yang ditulis oleh penulis muda Indonesia ini berbeza. Jika 'Saman' penceritaannya berlandaskan struktur lebih konvensional, 'Supernova' pula lebih dekat kepada semangat garda depan.

'Supernova' merupakan sebuah novel idea. Sama seperti novel 'Daerah Zeni' oleh A. Samad Said. Jadi sukar rasanya untuk saya menceritakan plot novel ini, kerana novel ini seperti tak ada plot. Yang ada adalah watak-watak yang wujud untuk menjanakan idea-idea serta konsep yang kadangkala abstrak.

Dua watak yang agak menarik, sudah pastinya watak Ruben dan Dhimas. Dua orang pemuda yang mengenali antara satu sama lain tatkala mereka sedang menuntut di Amerika Syarikat. Kedua-dua pemuda ini akhirnya jatuh cinta, dan sepuluh tahun kemudian, mereka bekerjasama untuk menulis sebuah novel sains fiksyen. Dalam proses menulis, maka timbullah diskusi fisik, ekonomi dan psikologi lengkap dengan nota kaki untuk membantu pemahaman pembaca.

Novel ini saya pasti akan diminati mereka yang mempunyai minat kepada dunia fizik dan matematik. Jika 'Sophie's World' berbicara tentang dunia falsafah, 'Supernova' banyak berbicara tentang dunia sains. Persembahan struktur novel ini luar biasa, maka ia mungkin akan menambah lagi kekeliruan pembaca.

Saya dapati, ada beberapa bahagian dalam novel ini yang bersifat agak superfisial. Perbincangan antara Ruben dan Dhimas agak luar biasa sehingga sukar untuk mempercayai bahawa mereka akan berbual mengenai paradoks kucing Schrodinger, gerakan nasional Jerman yang dipelopori Helmut Kohl dan kesan bio-kimia serotonin sesuka hati. Tetapi kadangkala apa yang dibawa bincang agak menarik. Cerita atau sub-plot Ferre, Rana, dan Diva pula menarik, walaupun kurang dikembangkan oleh Dee.

Novel ini memang laris di Indonesia, lantas mengingatkan saya kepada 'A Brief History of Time' tulisan Stephen W. Hawking. Buku ini juga laris, tetapi ramai yang membelinya telah membaca tanpa memahami apa yang ditulis Hawking. Saya sendiri tak faham, sebenarnya. Membaca 'Supernova' mengingatkan segala kegelisahan tatkala membaca 'A Brief History of Time'. Tetapi saya terus membaca dengan hati yang terbuka, dan hasilnya saya puas setelah dapat menghabiskan buku ini.

Saya pasti novel ini akan diminati oleh pembaca-pembaca yang suka membaca karya-karya yang berbicara tentang fizik dan falsafah. Juga mereka yang suka membaca sesuatu karya yang non-konvensional dan bersifat garda depan.

Rating: B
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 11:20 AM | Show all posts
err..ko ke yg sent buku nih kat dia ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2003 11:38 AM | Show all posts
Tak eh, aku jual kat dia Saman - Ayu Utami, pas tu dia tanya aku pendapat aku tentang Supernova adalah sesikit yang dia pakai...

M-
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 10:52 AM | Show all posts
hoho...so ko jual Saman...maknanya yg nak send buku Supernova 2 tuh bukan ko lah ya...

BTW...ko nyer pendapat tentu 'power' skit...sebab tu dia gunapakai pendapat ko dalam artikel dia...sependapat kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2003 09:20 PM | Show all posts
Ko ikut gak web site dia Gaia? BTW Saturday ni (26th) ada launch buku Silverfish New Writing 3, Nizam kata dia nak datang, kalau ko nak jumpa dia.. datanglah (beramai-ramai)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2003 07:00 PM | Show all posts
kat mana tu ? aku tak boleh pergi sebab balik kg.....ko kenal dengan Nizam secara personal ke ? setakat ini aku just minat artikel dia sahaja....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2003 09:21 PM | Show all posts
Aku pernah jumpa dia. Pas tu ada sikit-sikit berutus-utus e-mail Silverfishbooks kat Bagsar.. aku kerja kat situ hari tu, tolong member...

M-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2003 04:06 PM | Show all posts

Gutenberg's lament

Kawan aku tulis. Menarik gak...

M-

Are you a lecturer, the man behind the counter asked. No, I said. He
must have seen the slightly puzzled look on my face, because he
proceeded to explain that he figured I must be a lecturer since I was
buying so many books on science. Just catching up with evolution, I
said, and left.

It's funny how reading is still treated as being outside the norm
rather than the norm itself. Here I am thinking we've been living in
an Information Age for the past 10 years at least. Visitors to my
office almost always remark on the stack of books I have sitting on
the windowsill (for, that's what books do: sit). Why do you have so
many, they'd ask. And then, noticing that the subject matter varied
wildly between one tome to another (I tend to buy books almost at
random): why are you interested in so many things?

Peculiar things, humans. To paraphrase a smart guy, I love humanity;
too bad the people smell.

"Why?" Tch. The correct question is, why not? But that's just it,
isn't it? For many people, learning is only about one thing: getting
a good job. They read simply to get a degree, following which reading
as an intellectual activity may stop. No wonder Malaysians on average
only manage to finish one page per year. (There is the other
possibility, which I honestly cannot discount, that we are just a
nation of incredibly slow readers).

I sometimes wonder why God did not give us modular brains - you know,
once we're done with part of it we can give it back to save space in
our heads. Imagine how much cooler that would make our heads. We can
then use the empty part to store the really useful stuff, like beer
(for those who drink) or a handphone.

If books had self-awareness I could quite confidently say that they'd
be continually stressed out and in need of perpetual therapy. A few
might turn positively suicidal. When they ran the first Survivor
series those who got kicked out had to undergo 2 months of therapy
(something like that) to cope with the trauma of rejection. Imagine
how it must be like to cope with the knowledge that so many people
don't like you (and some simply hate you) throughout your whole life.

Once upon a time in the West (and East) you could get burned at the
stake simply for writing or reading a book. It seems to me that
history is always suspicious of bookworms. Maybe it's because many of
them have really bad fashion sense, wear teeth braces and have pale
skin. But the first people to be put to death after conquest are the
ones who can read. One of the first casualties of an invasion are
books - see what the grinning idiots did to the Library of Baghdad?

Ironically, the grinning idiots were Muslim. And what was the first
command that God sent to the Muslims? Reading, according to Islam, is
not just in the literal sense: we are encouraged to read not just the
printed letter, but also the signs of nature. But some Muslims are
too busy grinning for photos to care.

Sometimes I wonder what the power of the book is all about and where
this all came from. How can something that makes my fingers dirty and
take up more space in my home than Maggi mee threaten anyone? Books,
like I said, just like to sit and be idle all day long. As a person
they are about as threatening as a stuttering dwarf mugger with a
spoon.

I wonder too how books acquired the position of power they seem to
enjoy. I'm not quite sure but my theory is Adam did not come to Earth
with a library in tow. Our forefathers gathered around the fire with
nary a book in sight. Did they use to tell spooky tales of books -
which, like a pontianak, no one had actually seen but they all know
someone who claimed to have seen one - that sneak into caves in the
middle of the night and carry children away to snack on? Was this how
our genes acquired the fear of books?

Regardless of the origins, books continue to be our favourite
bogeyman. Just the mere act of reading one can drive you mad. Some
books today are still off limits to the common person. Hindu
scriptures, for one. The Quran, I'm sure some people would really
like to believe, is another.

In the Information Age we now find ourselves in, knowledge is power,
someone exclaimed triumphantly in a movie in the early 90s. Hardly
earth-shattering, you tedious prick. Not even correct. Knowledge has
been power for all time. Why else would the ancient peoples keep
prosecuting those with knowledge in their midst? Throughout time,
people have been broiled, burnt, quartered, hung, imprisoned,
starved, crucified, vilified and ridiculed merely for possessing
knowledge that an elite group wants to keep to themselves.

In the old days (ie, the period that Western grinning idiots like to
refer to as the "Dark Ages" for the simple reason that Europeans of
the time were still sleeping with with goats, metaphorically and
literally speaking, never mind that the rest of the world had central
heating/cooling and flushing toilets), books acquired their allure
due to scarcity. They could only be replicated by people dressed in
flour sacks and proto-Beatles haircuts by hand. The process was
excruciatingly slow (which was perhaps when Malay genes acquired
their slow reading ability).

After Gutenberg invented the printing press books literally exploded
onto the world. Suddenly, we have too many Delia Smiths to contend
with. But strangely enough, we have been living with the flood of
books for 500 years now, and we're still thinking that people who
read books are weirdoes and academics (which often is one and the
same thing, I concede).

One time, a friend and I were wandering aimlessly in a shopping
complex downtown. This was at the height of Reformasi, and tensions
were a little higher than usual. A bunch of skinhead types (Malay
skinheads: have you ever seen this ridiculous phenomenon?) ran past
chanting "Reformasi! Reformasi!". We thought nothing of it, until we
were stopped by a burly Indian.

The guy wanted to check our bags. Are you Reformasi people, he wanted
to know. No, we're just walking, we said. Then a middle aged burly
Malay came up. I assumed him to be an inspector or something. He
looked into our bags.

"Student ke?" he asked.

No, we said.

"Habis tu, kenapa bawak buku?"

And then he intructed the burly Indian to do a body check on us. I
still think it was just the stinking peasants' lame excuse to grope
two hunky intellectuals.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2003 01:01 AM | Show all posts
a very nice writting. People always assume books are for nerds and geeks. I just sometimes don't understand how some people can just sit in the bus or LRT for hours and stare at the people around them, play with cellphones or just stare blankly to the ceiling or window? Is it difficult to read while waiting to reach the destination? Technology has reach beyond our plan and idea. Besides actual books, we can read via gadgets such as PDA which can install e-books in it.

Reading is still a long way to become a habit, a natural habit in our people. Look at those people in other countries. Most of them has at least a piece of paper to read while standing in the tube and most of them have books and newspaper to accompany them in the journey. How many of us manage to read at least one book in a month? How's the development of reading habit among our people besides having to read to pass the exam? It's so sad to see that not many people can actually enjoy the feeling of reading books. I might can't afford to travel around the world but thanks to books, it brings me to almost all places that I have dream to reach. The feeling is difficult to tell. You will know when you read it. That's the power of book. Hey, isn't quill is mightier than a sword?

I would like to thank my father who buried and plant this reading habit into me. He will go nowhere without a book to accompany him. A book is always on the car's dashboard and now I have also one on my dashboard and always in my bag or hand wherever I go. I hate to think people will label me as a boastful person just because I read in the bus or lrt. (berlagak le tu dalam lrt pun nak baca buku)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.071286 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list