KUALA LUMPUR - Harga ayam bersih standard mula turun di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang berbaki tiga hari lagi. Menurut portal www.1pengguna.com semalam, harga ayam mula turun sehingga RM3.88 sekilogram di sekitar ibu negara, berbanding RM4.99 sebelum ini. Di Johor pula, mencatatkan penurunan harga ayam sehingga RM5.98 sekilogram, berbanding RM6.99 sebelum ini, manakala di Sabah dan Sarawak pula RM7.99 sekilogram berbanding RM8.20 sebelum ini.
|