CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8902|Reply: 86

[Tempatan] {9} Mengujakan! Dolu,dolu,dolu Mat Despatch , skrg...!

[Copy link]
Post time 28-1-2014 03:24 AM | Show all posts |Read mode
28 Januari 2014

CUKUP bertuah anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini. Dek kesetiaannya bekerja di sebuah syarikat hampir 10 tahun lamanya, dia kini sudah berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Kualiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
       
        Inilah yang dikatakan rezeki. Selagi mana kita berusaha dengan gigih, ALLAH SWT akan janjikan ganjaran.
       
        Ketika ditemui Citra di lokasi kerjanya di KLIA, Zulfahimi Roslan, 28 berkata, dia sebenarnya tidak menyangka dengan apa yang berlaku dalam kerjayanya kini, namun dia begitu gembira sekarang.
       
        "Saya dulu hanyalah seorang mat despatch di Malaysia Airports Sepang Sdn Bhd (Malaysia Airports). Usia pun muda lagi iaitu sekitar 18 tahun.
       
        "Sambil menghantar surat di sekitar KLIA, saya luangkan masa sekejap untuk menelaah. Maklumlah, ketika itu saya bekerja sambil belajar. Jadi, tidak boleh terlalu buang masa kerana masa itu emas," ceritanya kepada Citra.
       
        Setahun menjadi despatch, Zulfahimi mula dinaikkan pangkat sebagai pemandu di Bahagian Sumber Manusia. Tugasnya adalah menghantar ke mana sahaja destinasi kakitangan Malaysia Airports ingin pergi, misalnya menghantar kakitangan menghadiri mesyuarat dan bertemu pelanggan.
       
        Setahun kemudian, tuah menyebelahi anak kelima daripada tujuh beradik ini. Mungkin kejujuran yang ditunjukkan pada syarikat tersebut, dia dinaikkan pangkat lagi sebagai pembantu tadbir/operasi di Bahagian Sumber Manusia juga.
       
        Penjaga tandas terbaik
       
        "Saya kini bertugas di Bahagian Latihan Kakitangan. Semua kursus yang berkaitan staf di bawah seliaan saya. Contohnya, kursus asas operasi, induksi, kursus asas bomba, keselamatan kebakaran dan banyak lagi dikendalikan saya.
       
        "Tidak pernah kenal erti penat walau ketika itu saya bekerja sambil belajar demi mencari masa depan yang cemerlang. Saya yakin, segala usaha akan berbaloi," ujar graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini hasil  penat lelah bekerja sambil belajar.
       
        Setelah bersusah payah mengharungi pelbagai tugas di Malaysia Airports, Zulfahimi dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai Pegawai Kualiti di KLIA. Dia dipindahkan ke Bahagian Operasi Terminal. Tugas utamanya adalah memastikan kebersihan terminal, troli tidak bersepah di KLIA dan sentiasa mencukupi serta persekitaran landskap di KLIA berada dalam keadaan terbaik.
       
        "Saya juga akan melakukan rondaan di semua tandas yang berada di bangunan utama KLIA agar dalam keadaan bersih dan tiada masalah.
       
        "Sepanjang bekerja di sini, memang banyak cabaran. Perlu bersikap positif bila terima aduan daripada kakitangan atau orang luar, terutama bab tandas.
       
        "Tandas di terminal perlu sentiasa bersih dan wangi. Bau tiada dan tisu mencukupi. Sebab itulah saya bertanggungjawab untuk pastikan tandas sentiasa bersih 24 jam," katanya yang digelar penjaga tandas terbaik dalam kalangan rakan setugas dek keprihatinan dia menjaga semua tandas di KLIA.
       
        Gemar mendaki gunung
       
        Walau sibuk dengan kerja di KLIA, namun Zulfahimi akan pastikan beberapa hobi yang diminati akan dibuat. Dia yang gemar melibatkan diri dalam sukan rekreasi dan mendaki gunung itu tetap akan luangkan masa juga walaupun sehari untuk berekreasi.
       
        "Sudah banyak sukan saya terlibat. Daripada yang biasa hinggalah kepada yang lasak. Semua itu dilakukan secara persendirian dan juga berkumpulan.
       
        "Untuk pendakian pula, beberapa gunung dalam dan luar negara telah pun di daki. Antaranya, Gunung Gayong, Gunung Datuk, Gunung Bujang Melaka dan Gunung Korbu.
       
        "Manakala di luar negara, antara yang didaki, Gunung Kalapathar dan Everest Base Camp (Nepal), Gunung Merapi, Rinjani, Krinci dan Merbabu (Indonesia) dan Gunung Annapurna Base Camp (Nepal)," katanya.
       
        Beritahu Zulfahimi, setiap pendakian gunung itu memang mencabar dan cabaran itulah yang menjadi penguat semangat untuk dia terus bekerja di Malaysia Airports.
       
        Info
       
        Zulfahimi ialah pekerja aktif di Malaysia Airports seperti menjadi sukarelawan pada setiap program kendalian syarikat, dilantik sebagai tenaga pengajar di situ dan aktif dengan sukan anjuran Malaysia Airports.
       
        Menjadi Pengerusi Kelab Rakan Muda Putrajaya (2007 - 2011), Exco Majlis Belia kawasan Putrajaya, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Putrajaya (GPMS), Naib Ketua Pemuda Umno cawangan Dahlia dan ahli jawatankuasa rukun tetangga Blok D, fasa 4B, Presint 8, Putrajaya.
       
        Pencapaian: Anugerah Belia Negara peringkat Kuala Lumpur (2008 & 2009 - saguhati), Anugerah Belia Negara peringkat Kuala Lumpur (2010 - Johan) dan mendapat sijil Malaysia Book of Record kerana berjaya mengibarkan bendera Malaysia di puncak Gunung Kinabalu. -Sinarharian

p/s Tahniah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2014 03:25 AM | Show all posts

Zulfahimi Roslan

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 03:36 AM | Show all posts
tak cukup gah mamat nih.....

pencapaian satim diman, ketua umno selangor lagi tinggi, dari despatch UPM jah sekarang jadi adun UMNO pangkat dato.... arituh kata ada pangkat doktor.. tapi bleh kaa amik phd tanpa diploma, degree, master...??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 03:42 AM | Show all posts
x leh celen abu juling muar lagi

dr driver yb skrg siap ada helikopter lg, ko ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 07:31 AM | Show all posts
rezeki dio ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa komen @slippergombak mengenai jawatan naib ketua pemuda umno cawangan yg dipegang oleh beliau?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2014 07:41 AM | Show all posts
ada sorang bekas adun kat perak dulu lagi takleh celen..

dari pak guard ketapi, dinaikkan pangkat dan mendpt pelbagai habuan tak terhingga ,hasil melompat dari bekas parti kjaan pkr... tu dinamakan rozkiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 07:51 AM | Show all posts
wow tahniah... salute yo... kagum dgn org mcm ni, bukan senang nak cari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 08:10 AM | Show all posts
thniah..usaha yg brbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:20 AM | Show all posts
tak faham aku....begitu punya sebok...panjat gunung sana sini...Naib presiden sana sini....masi boleh belajar...hebat hebat....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:25 AM | Show all posts
slippergombak posted on 28-1-2014 03:36 AM
tak cukup gah mamat nih.....

pencapaian satim diman, ketua umno selangor lagi tinggi, dari despat ...

tu laennnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini contoh melayu yg ade semangat utk maju dan berjaya... Kalau semua melayu mcm ni, cina dap mmg tak leh cari makan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya...semoga sentiasa happy...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:37 AM | Show all posts
aku pun x sempat panjat gunung sana sini atau bekerja sambil belajar,
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:52 AM | Show all posts
Biarlah kalau ada yg hebat dari dia ni...yang penting dia berusaha untuk majukan diri!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:52 AM | Show all posts
mat@bronok posted on 28-1-2014 07:41 AM
ada sorang bekas adun kat perak dulu lagi takleh celen..

dari pak guard ketapi, dinaikkan pangkat ...

bukan posmen ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 09:15 AM | Show all posts
syabas dik. tandas bersih adalah satu titik permulaan. tahniah dan syabas moga maju jaya lagi.

bak kata orang luar yang datang ke sini. bangunan tinggi gah cantik tapi tandas kotor. tisu pun takde. kalau backside tak leh nak jaga macam mana nak jaga benda yang lagi complicated.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 09:18 AM | Show all posts
takleh celen ketua pemuda umno pahang lagi, abu jimi
dari tukang angkut sampah majlis daerah lipis ke dato' abu jimi yg memiliki rangkaian perniagaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 09:19 AM | Show all posts
kejap lagi naik laa jd ketua bahagian... pastu jd adun...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 09:20 AM | Show all posts
munchkin posted on 28-1-2014 09:15 AM
syabas dik. tandas bersih adalah satu titik permulaan. tahniah dan syabas moga maju jaya lagi.

ba ...

tandas busuk kat penang airport..belum masuk dah bau hancing pering, tisu pun takde
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.371641 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list