TAIPING – Seorang penjenayah berbahaya daripada geng kongsi gelap 04 yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk bunuh ditembak mati dalam kejadian di Lorong Berlian 2 dekat Taman Koperasi dekat sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, S. Sasikumar, 31, mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan polis Ops Cantas Khas yang mengesannya sejak Julai tahun lalu. Sasikumar menjadi buruan selepas dia dan dua rakannya bertindak kejam menembak dua beranak ketika melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di Taman Sejahtera dekat Kampar pada 14 Julai tahun lalu.
*Nanti adalah yg buat demo termasuk penyokong pembangkang salahkan polis sebab tembak mati si penjenayah
|