CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 5

[Dunia] 55,000 gambar bukti kekejaman regim Bashar

[Copy link]
Post time 22-1-2014 09:01 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH - Sebanyak 55,000 gambar yang diseludup keluar oleh seorang anggota tentera Syria yang belot menjadi bukti jelas kerajaan negara itu menyeksa dan membunuh 11,000 tahanan, kata sekumpulan peguam jenayah perang, lapor agensi berita dpa semalam.
Tiga bekas pendakwa raya di tribunal untuk bekas Yugoslavia dan Sierra Leone meneliti gambar-gambar dan fail yang diserahkan oleh seorang bekas anggota polis tentera Syria.
Mereka berkata, gambar berkenaan menunjukkan bukti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan regim Presiden Bashar Al-Assad.
Gambar berkenaan memaparkan imej-imej mayat tahanan lelaki dengan kesan jerutan di leher, dipukul dengan kejam dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dengan kejutan elektrik selain kebuluran.
Laporan itu dikeluarkan menjelang persidangan keamanan Geneva II yang bertujuan mencari satu penyelesaian politik untuk konflik di Syria yang telah berlanjutan selama tiga tahun.
"Gambar itu sangat penting kerana ia merupakan bukti penting yang menunjukkan pembunuhan ini adalah dirancang secara sistematik dan arahannya datang terus dari pihak atasan,'' kata kumpulan itu.
Menurut kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia sekurang-kurangnya seramai 130,000 orang terkorban pada perang saudara itu yang berlaku sejak Mac 2011.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Julai lalu meletakkan angka korban kematian dalam perang itu adalah seramai 100,000 orang. - dpa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah, pak2 arab jiran tak mampu buat apa2 mcm palestin. Kena mintak tolong org putih jugak. Ulamk2 yg marah Malaysia pasal kalimah Allah tak nak pulak bersuara,konon nak jaga Islam sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 09:08 AM | Show all posts
alah pemimpin dunia....syiria ibarat catur....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 09:34 AM | Show all posts
mnahis posted on 22-1-2014 09:06 AM
Biasalah, pak2 arab jiran tak mampu buat apa2 mcm palestin. Kena mintak tolong org putih jugak. Ulam ...

kang ade pulak org sentap
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 09:44 AM | Show all posts
kejam sungguh regim bashyar nie..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 10:02 AM | Show all posts
sgt zalim... darah saudara mara pun jadik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060531 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list