CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3535|Reply: 22

sempena Hari Wilayah: Mohon tukar nama tempat ke bahasa kebangsaan!

[Copy link]
Post time 20-1-2014 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

saya rasa isu ni dah lapuk, tapi tiap kali masuk Hari Wilayah eloklah kita peringat supaya tak menyesal anak cucu bangsa bila mana seluruh Kuala Lumpur ni dah bertukar jadi ala-London/NY. Atas nama pembangunan, mohon Dewan Bahasa tegas dan perlu dapat sokongan dan mandatori daripada kerajaan Malaysia.

Nama tempat di ibukota Kuala Lumpur kini semakin hari semakin kebaratan. Tempat yang dahulunya dipanggil dalam bahasa melayu, kini dah dipangil dalam bahasa inggeris bilamana banyak property project menggunakan nama inggeris atas nama comercialization.

antara undang2 yang kerajaan patut kenakan adalah menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu untuk sesuatu projek baharu, terutama projek2 komersial seperti pusat beli belah, CDB, dan taman awam. Nama-nama stesen juga perlu dalam bahasa melayu melainkan atas faktor sejarah, namanya dikekalkan dalam bahasa inggeris.

Ini adalah lokasi-lokasi yang kini tidak lagi dipanggil dalam bahasa melayu, sebaliknya dipanggil dalam bahasa inggeris.

1. Midvalley - dulunya dalam area Seputeh (lokasi diseberang sungai klang, seperated from Bangsar area)
2. KL Eco City - dulunya Kg Abdullah Hukum , cadangan MRT circle line, mahu gunakan nama KL Eco City untuk stesen baharu, bersebelahan dengan stesen Abdullah Hukum yang disedia ada
3. The Curve - area ini dikenali sebagai Mutiara Damansara, tp disebabkan The Curve adalah mall terbesar, jadi stesen MRT baru dinamakan sebagai The Curve, biarpun tidak bersentuhan dengan mana-mana bangunan dalam kombinasi mall tersebut)
4. KL Sentral - dulunya adalah lokasi trek keretapi dan dalam kawasan Brickfields (nama inggeris atas faktor sejarah), namun nama baru menggunakan nama Sentral, perkataan inggeris yang dimelayukan.
5. Pudu Sentral - dulunya Pudu Raya ( Raya dalam bahasa melayu sendiri sudah bermaksud Mass, centralization)
6. Tun Razak Xchange - dulunya Pasar Rakyat, hampir diberi nama KLIFD (Kuala lumpur International Financial District, sedangkan 80an dulu dah wujud area Bukit Kewangan)
7. Bukit Bintang City Centre - dulunya Penjara Pudu (projek baharu tidak kekalkan nama Pudu)
8. Mont Kiara - Mont Kiara (?)
9. KL Metropolis - nama baru untuk kompleks kerajaan jalan duta
10. Capsquare - kawasan Dang Wangi, dijenamakan dengan nama baru.
11. KLCC& KLCC Platinum Park - nama singkatan untuk Kuala Lumpur City Centre (sebetulnya, patut ada nama Melayu yang signifikan untuk area tersebut, contohnya Suria, Binjai atau mana-mana nama yang lebih berbunyi kebangsaan berbanding KLCC)
12. Sunway Velocity - projek baru yang bakal merubah nama Jalan Peel & Maluri kepada nama baharu yang berbahasa Inggeris
13. Bangsar South - penjenamaan yang menolak nama Kerinchi & Pantai Dalam secara total daripada dikekalkan
14. Sentul West - penggunaan perkataan west dan east , sedangkan DBKL telahpun beri nam Sentul Timur dan Barat untuk lokasi tersebut.

ini hanya sebahagian nama projek yang bakal  merubah nama asal sesuatu lokasi jika tiada ketegasan.

Ramai yang mencadangkan agar kerajaan sendiri patut ada kesedaran terhadap pemuliharaan bahasa kebangsaan...beberapa projek nasional (kebangsaan) sewajarnya mendahulukan bahasa kebangsaan. Contohnya KL Sentral (dalam bahasa melayu, boleh gunakan perkataan Ibukota/Kotaraya untuk bawa maksud Sentral/pemusatan. Pentadbiran terdahulu pernah menjenamakan Bukit Damansara kepada Pusat Bandar Damansara. Alangkah indah kalau KL Sentral ditukar nama kepada Kotaraya Kuala Lumpur. Perkataan Kotaraya menggambarkan keadaan kota yang berada di pusat utama dan titik perhubungan (maksud raya).

Berikut antara cadangan nama baru bagi lokasi2 yang berpotensi untuk menghilangkan nama asal sesuatu tempat.

1. KL Sentral - Kotaraya Kuala Lumpur
2. Midvalley - Lembah Bangsar Megamall
3. The Gardens - Taman
4. KL Eco City - Bandar Alam Hukum
5. Bangsar South - Bangsar Kerinchi
6. KL Metropolis - Kompeks Dutamas (selari dengan Hartamas, Kiaramas & Putramas)
8. KLCC Bukit Bintang - Segitiga Emas

Area sub-urban dalam bandaraya kuala lumpur juga perlu diberi pengkelasan baru yang lebih bersifat kebangsaan. Buat masa sekarang KL dibahagi kepada beberapa sub-district dan rasanya perlu dikelaskan kepada nama-nama yang lebih bersifat lokal.

1. Kotaraya (bagi merangkumi kawasan pusat bandar yang sebenar bagi memelihara faktor sejarah iaitu Brickfields, KL Sentral, Pasar Seni, Taman Tasik Perdana,Bukit Petaling, Kampung Attap, Dataran Merdeka, Kompleks Stadium Merdeka, & Jalan Petaling)
2. Dang Wangi (merangkumi kawasan kedua dalam peluasan kawasan pusat bandar, dari Masjid India, Jalan TAR, ke Maju Junction dan medan tuanku, heritage row, dan dari Dang Wangi ke Jalan Munshi Abdullah)
3. Segitiga Emas (bagi merangkumi kawasan keluasan ketiga pusat baharu dan menggantikan nama BBKLCC yang sedia dipakai untuk area KLCC, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Stonor, Binjai (KLCC Platinum), Bukit Nenas dan Imbi)
4. Chow Kit (diasingkan dari kawasan kedua, merangkumi kawasan Chow Kit)
5. Kampung Baru (untuk semua rezab tanah melayu dari Jalan  Raja Abdullah ke kawasan plat PKNS, bersempadankan sungai Klang)
6. Damansara Lama (untuk kawasan Bukit Damansara, Semantan, Bukit Kiara, Mont Kiara, Dutamas, Hartamas, Istana Negara, Putramas)
7. Segambut (untuk kawasan dari Jalan Segambut, ke Jinjang Utara)
8. Ampang Hilir (untuk kawasan Damai, U Thant, Kampung Pandan, Desa Pandan, Jelatek, Berembang, dan Ampang Hilir)
9. Cheras Utama (untuk kawasan cheras dalam KL, dari cochrane, ke maluri, bandar seri permaisuri, bukit ria, bukit mewah, shamelin & pudu ulu)
10. Pudu (dari pudu jail ke kenanga, loke yew dan pasar pudu)
11. Salak Selatan (merangkumi Chan Sow Lin ke arah Bandar Malaysia, ke Sungai Besi)
12. Bangsar (dari Bukit Persekutuan, Bukit Bandaraya, Bangsar Utama, Bangsar Baru sebagai area Bangsar Utara, ke arah Midvalley, Eco City, Kerinchi, Pantai Dalam dan UM sebagai Bangsar Selatan)
13. Taman Desa
14. Seputeh
15. Sungai Besi
16. Kuchai Lama
17. Bukit Jalil

mohon pendapat

* belum buka isu nama lokasi di Putrajaya lagi...




Last edited by sokmogitu on 20-1-2014 04:58 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 04:52 PM | Show all posts
Kalau direct translate, baik tak yah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 04:53 PM | Show all posts
taikor posted on 20-1-2014 04:52 PM
Kalau direct translate, baik tak yah

patut wujudkan satu pasukan khas untuk penjenamaan bersifat kebangsaan, bukan tugas DBP sahaja, tp ambil kira pendapat pemaju dan penduduk asal. Nama2 kt atas sebagai cadangan saja, tetapi mestilah bersifat kebangsaan. Anak cucu malaysia sekarang dah tak tahu wujudkan kampung abdullah hukum dan seputeh, sebab kita asyik panggil Midvalley.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:55 PM | Show all posts
kg abdullah hukum dan seputeh tu patut digunakan bahasa mandailing kerana kaum yang buka tempat tu adalah orang mandailing dari sumatera..sepatutnya dimandailingkan bukan dimelayukan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:55 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 20-1-2014 04:53 PM
patut wujudkan satu pasukan khas untuk penjenamaan bersifat kebangsaan, bukan tugas DBP sahaja, tp ...

sangat bagus cadangan ni

sampai bila kita nak dijajah minda
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:56 PM | Show all posts
the_killer posted on 20-1-2014 04:55 PM
kg abdullah hukum dan seputeh tu patut digunakan bahasa mandailing kerana kaum yang buka tempat tu a ...

maindailing tu sub kepada melayu

sampai bila la ko nak terus
jadi jahil?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2014 04:56 PM | Show all posts
saya setuju dengan kepimpinan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 04:56 PM | Show all posts
the_killer posted on 20-1-2014 04:55 PM
kg abdullah hukum dan seputeh tu patut digunakan bahasa mandailing kerana kaum yang buka tempat tu a ...

rasanya tak perlu timbul isu di antara suku kaum dalam alam melayu. melayu dalam konteks ini merangkumi masayarakat nusantara, sejarahnya panjang wei

Last edited by sokmogitu on 20-1-2014 05:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2014 04:56 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 20-1-2014 04:56 PM
saya setuju dengan kepimpinan

kepimpinan TRX ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:58 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 20-1-2014 04:56 PM
kepimpinan TRX ke?

what do you mean by TRX brader?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 04:59 PM | Show all posts
SATU LAGI, area Bukit Bintang dah x dipanggil BB / Bukit Bintang, sebaliknya Pavilion saja dikalangan budak2 muda. Dulu2 panggil Lot10, BTS dan Sungai Wang .. nama bukit bintang berevolusi mengikut hayat pusat beli belah...jadi nama pusat beli belah juga harus bersifat kebangsaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 05:01 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 20-1-2014 04:58 PM
what do you mean by TRX brader?

tun razak xchange (clan tun razak & keturunannya, turun temurun)
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:01 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 20-1-2014 04:53 PM
patut wujudkan satu pasukan khas untuk penjenamaan bersifat kebangsaan, bukan tugas DBP sahaja, tp ...

Setuju.... memang patut dikekalkan nama melayunya. Bahasa ini juga penting untuk meningkatkan jati diri dalam rakyat dan menyatupadukan keseluruhan rakyat di bawah satu bahasa.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:01 PM | Show all posts
taikor posted on 20-1-2014 04:52 PM
Kalau direct translate, baik tak yah

hodoh sgt bunyinya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:02 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 20-1-2014 05:01 PM
tun razak xchange (clan tun razak & keturunannya, turun temurun)

jauh benor dari tanggapan aku..aku ingtkan trex..  maksud aku ..aku setuju la ngn idea tt..itu saja...saja je letak ayat kepimpinan..lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 05:04 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 20-1-2014 05:02 PM
jauh benor dari tanggapan aku..aku ingtkan trex..  maksud aku ..aku setuju la ngn idea tt..itu saj ...

tunggu la nanti mungkin ada area Tun Najib Exchange or Tun Rosmah Megamall ...at least better la dr pakai nama English... hahaha.... kat new york pun diorang pakai Rockerfella center kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2014 05:05 PM | Show all posts
dino posted on 20-1-2014 05:01 PM
hodoh sgt bunyinya....

yg mana satu wei? the garden tu ka?? haha.... tp imho, Kotaraya should be the best name for KL Sentral...kotaraya sendiri dah maksud pusat, sentral...

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa bukan bm je yg tercemar ia, berlaku di seluruh dunia termasuk english.Ahli bahasa spt academician, sasterawan dll ni pace dia slow sikit tp yg bg nama2 ni businessman.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:14 PM | Show all posts
The Garden jadi taman, agak pelik gak sebutnya...

ape pon ai setuju dengan pendapat TT~~~
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:19 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 20-1-2014 05:05 PM
yg mana satu wei? the garden tu ka?? haha.... tp imho, Kotaraya should be the best name for KL Sen ...

yg taman tu la ahahha....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058635 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list