CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4572|Reply: 44

[Tempatan] Jangan mainkan isu kangkung!

[Copy link]
Post time 19-1-2014 11:22 PM | Show all posts |Read mode
GOPENG 18 Jan. - Pembangkang dibidas kerana terus mempolitikkan isu kenaikan harga barang semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, namun tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi itu terutamanya di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah kerajaan turun padang sebaliknya bukanlah satu gimik, tetapi bagi mengatasi bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.
Menurut beliau, tindakan pihak pembangkang yang sengaja menggembur-gembur seolah-olah keadaan ekonomi negara telah hancur di blog-blog, tidak seharusnya dipercayai kerana telah diputar belit bagi memperlihat ketidakupayaan kerajaan dalam mentadbir negara.
"Kalau benar harga barang ini membebankan rakyat, kerajaan-kerajaan di bawah pakatan (pembangkang) di Selangor dan Kelantan, pimpinlah bagaimana hendak mengurangkan harga barang di situ.
"Langkah (pemantauan barang) ini, kerajaan Persekutuan yang ilhamkan bagi memastikan harga berpatutan. Jadi, rakyat harus menimbang, antara kerajaan itu dan ini, yang mana boleh dilihat sebagai satu landasan dan selalu memberi bantuan kepada rakyat?
"Banyak negara terpaksa berhutang kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Masa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pun berdepan masalah, malah, beliau yang minta kita supaya pinjam daripada IMF," katanya.
Mohd. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan meninjau harga barang di Pasar Raya Besar Mydin di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini hari ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 11:32 PM | Show all posts
elehh..yang naikkan harga diesel tuh sapa? Kalau harga bahan bakar tu naik, serba serbi ikut naik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:35 PM | Show all posts
pmpin kepala butu* apa nya kalo harga minyak korang yang letak brapa hengget ?

menteri kangkung ni, elok jumpa sumbat kangkung dalam mulut baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:36 PM | Show all posts
Bukan kah menteri kita semua bijak pandai
pandai pandai la settle, org suka ke tak dgn tindakan korang tu, korang bukan peduli pun, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:36 PM | Show all posts
aku pun tak paham mcmana lagi nak kawal harga barang kalau kos naik.. diesel naik, petrol naik, elektrik naik, RM merosot, akta gaji minimum lagi, semuanya naik, mesti la harga barang naik sekali.takkan kilang tu nak tanggung kerugian kot.kerajaan kena pk mcmana kenaikan tu tidak berangkai ataupun cepat sgt.

ni tak, g naik semua benda sekaligus.mmg ngamuk la rakyat.

janji pas pilihanraya nak turun harga kereta, tapi harga kangkung je yg turun, mana la rakyat tak kata korang budus..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:58 PM | Show all posts
petrol naik, kos pengangkutan naik, harga barang pun naik lah.

gula naik, harga makanan dan minuman pun naik lah.

rakyat dikangkungi, takkan nak senyap jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2014 11:58 PM | Show all posts
last2 meratib anwar juga....kah....kah....kah.... kangkung.. kangkung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 12:07 AM | Show all posts
aku nak tanya lah makcik2 yang selalu beli kangkung ni, ape harge kangkung memang dah turun ke? turun berapa sen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 12:09 AM | Show all posts
slippergombak posted on 19-1-2014 03:58 AM
last2 meratib anwar juga....kah....kah....kah.... kangkung.. kangkung...

ratib gak cina dap
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 12:17 AM | Show all posts
Penyelesaiannya mudah...

Pecahkan monopoli taukeh, orang tengah, pemborong dan penyagak yang kebanyakannya terdiri daripada Cina Dap.

Barang dari ladang perlu terus sampai ke tangan pembeli tanpa melalui orang tengah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 12:25 AM | Show all posts
Najib sendiri suruh rakyat bersyukur pasal kangkung tapi larang rakyat discuss tentang kangkung pula....

apalah jenis minda kangkung ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 40 tahun pun dorg akan meratib cakap salah an warr!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 12:35 AM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 20-1-2014 12:17 AM
Penyelesaiannya mudah...

Pecahkan monopoli taukeh, orang tengah, pemborong dan penyagak yang keba ...

btoi ka DAP ???
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung kangkung..
Minyak bila mau turun la wei. Tol tu takkan tak untung2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Czaziq posted on 20-1-2014 12:25 AM
Lagi 40 tahun pun dorg akan meratib cakap salah an warr!

Sape nak ngaku berak tgh jalan bro.. mesti ade yg nak dikambinghitamkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 01:22 AM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 20-1-2014 12:17 AM
Penyelesaiannya mudah...

Pecahkan monopoli taukeh, orang tengah, pemborong dan penyagak yang keba ...

kurang hajor UMNO laknatullah nih sanggup gadaikan perniagaan melayu dimonopoli pada cina2 DAP nih........



pengkhianat UMNO idoppp melayu betul UMNO sanggup gadai semua pada cina DAP monopoli semua keperluan dalam neagra...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 03:41 AM | Show all posts
Kangkungnya macai bn nih..

Itu je la point dia.. Apa punya otak la.. Kangkung mcm bijan juga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 03:44 AM | Show all posts
aku da kata.........dulu, kini dan selamanya umngok tak akan mngaku kesilapan depa......asyik nk mnuding jari je..........bangang dan kangkung dulu, kini dan selamanya.............
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 07:19 AM | Show all posts
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah kerajaan turun padang sebaliknya bukanlah satu gimik, tetapi bagi mengatasi bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

langkah kerahjaan ...bukang merangkak ..kan ...Shafie ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 07:38 AM | Show all posts
sanggup gadai for all.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.060883 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list