CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2639|Reply: 13

Malaysia mundur kerana Melayu?

[Copy link]
Post time 14-1-2014 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Dalam  buku “The Malay Dilemma”, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, jika kaum Cina dibiarkan bersendirian berniaga dan mengurus ekonomi negara mereka akan menjadikan Malaysia sebuah negara  maju.

Tetapi apakah Melayu hanya jadi pemerhati, kekal miskin tetapi berbangga kerana negara maju di bawah orang-orang Cina?

Atau Melayu meminta sebahagian daripada saham kekayaan negara walaupun  akan melambatkan kemajuan negara? Inilah dilema Melayu.

Imbas kembali, British perlu pekerja untuk membangunkan ekonomi dan perniagaanya di Malaya. British tidak mahu menganggu budaya dan agama orang Melayu kerana adalah dasar British, lalu membawa macsuk orang-orang Cina untuk bekerja dilombong bijeh, pekerja dan berniaga. Kaum India juga dibawa masuk sebagai  pekerja ladang dan buruh kasar.

Jika tidak berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 1930an,  yang menjadi punca British menghentikan pengambilan pekerja imigran,  besar kemungkinan jumlah Cina dan India mengatasi jumlah orang Melayu hari ini

Sedikit jumlah orang Melayu bekerja dengan British, terdiri dari kalangan anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu sebagai pembantu kepada pegawai-pegawai British atau sebagai kerani di pejabat.

Majoriti orang Melayu  selesa dengan sektor tradisional menjadi petani dan nelayan.

Setelah Malaya merdeka dan bangsa Melayu mengambil alih tugas British sebagai pentadbir, bidang ekonomi dan perniagaan seperti perusahaan makanan, pembinaan, perlombongan, getah, pemborong dan peruncit telah dan terus dikuasai orang-orang Cina yang kebanyakannya  menetap di kawasan bandar, pekan dan pelabuhan.

Di mana silap?

Penganalisis ekonomi berpendapat, dengan jumlah orang Cina yang telah menceburi bidang perniagaan dengan faktor kerajinan dan kegigihan mereka di samping kekayaan sumber asli negara sepatutnya telah menjadi negara termaju dan terkaya di Asia Timur.

Tetapi ia tidak berlaku. Di mana silapnya?

Ramai cendekiawan dan usahawan Cina percaya jika Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak perkenalkan pada tahun 1972,  Malaysia telah maju setanding dengan Singapura dan Korea Selatan. Setidak-tidaknya  status ekonomi negara lebih baik daripada Taiwan,  sebuah negara berteknologi tinggi yang sedang meningkat.

Korea Selatan adalah antara negara termiskin di dunia selepas perang dengan Jepun. Ekonominya bergantung pada pertanian semata-mata.

Korea Selatan  kerap diancam serangan dari Korea Utara. Taiwan cuma sebuah pulau yang dituntut negara China.

Seperti Korea Selatan, selain tiada sumber alam,  Taiwan kerap diancam serangan negara Komunis China yang sehingga hari ini tidak mengiktiraf kewujudannya.

Pada tahun 70an, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan lebih miskin dari Malaysia, kerana negara-negara itu tiada sumber asli untuk di ekspot.

Tetapi pada hari ini pendapatan perkapita Korea Selatan empat kali ganda lebih tinggi dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Manakala pendapatan rakyat Singapura adalah yang kelima tertinggi di dunia. Di
mana silapnya?

Melayu gagalkan DEB

Dr  Mahathir berhujah, DEB gagal kerana Melayu yang gagalkan, bukan kerajaan yang gagal. Bangsa Melayu yang menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.

Berbilion ringgit dana kerajaan di suntik untuk membesarkan kek ekonomi tetapi dibazirkan tanpa mencapai matlamat DEB.

Melayu kata Dr  Mahathir masih amalkan  budaya turun temurun. Tidak berusaha bersungguh-sungguh.  Terus mengharap kerajaan memberi  tongkat. Tanpa tongkat Melayu tidak mampu bersaing dalam perniagaan dan perusahaan.

Walaupun tidak pernah berkata bangsa Melayu jadi penghalang kepada kemajuan ekonomi negara tetapi Dr Mahathir  pernah keluarkan ayat  “Melayu haprak!”

Dr  Mahathir berhujah DEB gagal kerana orang Melayu. Manakala para cendekiawan dan pengusaha Cina berhujah, Malaysia gagal mencapai taraf negara maju kerana orang Melayu dan pentadbir Melayu  penghalang sebenarnya.

Menurut Prof Ye Lin-Sheng, seorang professor Universiti Singapura,  dalam bukunya “The Chinese Dilemma”, bila DEB dilancarkan, rata-rata pengusaha dan peniaga Cina tidak yakin orang Melayu boleh maju dalam perniagaan.

“Ianya berkenaan dengan budaya dan sikap orang Melayu yang suka “berbelanja sebelum menuai hasil”.

Katanya, fenomena yang berlaku selepas DEB, peniaga Cina bukan sahaja menghadapi tekanan untuk memberi ruang kepada peniaga  Melayu, tetapi juga daripada orang-orang politik yang terlalu berkuasa sehingga membelakangkan peraturan dan undang-undang dalam memberi kelulusan menjalankan perniagaan.

“The rules became less precise because race had entered the picture” (Page 11, The Chinese Dilemma)

Peniaga Cina terpaksa mengorban sebahagian keuntungan yang boleh dilabur untuk membesarkan perusahaan untuk membayar orang-orang politik dalam bentuk komisen, kickbacks dan sebagainya.

Mereka terlalu tamak

Ayat biasa peniaga-peniaga Cina terhadap rakan kongsi Melayu ialah, “Mereka terlalu tamak” tetapi “mereka tidak bersedia untuk membuat kerja”.

Mereka tahu, rakan kongsi Melayu atau peniaga-peniaga Melayu yang diberi saham dalam syarikat mereka bukan peniaga sebenar tetapi sekadar  wakil atau proksi orang-orang politik yang berkuasa memberi lesen perniagaan dan kontrak kepada syarikat.

Dr  Mahathir menulis dalam bukunya, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan jika Melayu diberi saham dalam perniagaan dan perusahaan ternyata jadi kenyataan.

Sasaran 30% saham bumiputera dalam perniagaan dan perusahaan gagal dicapai. Insiden kemiskinan terus membebani bangsa Melayu dan bumiputera. Akhirnya Melayu gagal dan ekonomi negara juga gagal!

Sungguhpun sudah 40 tahun DEB berlalu, sikap dan budaya orang Melayu masih tidak berubah. Bangsa Melayu masih  asyik dengan isu-isu yang berkaitan dengan kuasa politik. Isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama.

Matlamat menjadi negara maju tahun 2020 masih samar-samar. Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan soal pengurusan ekonomi.

Kedudukan politik yang tidak stabil berikutan berikutan kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen, menyukarkan lagi parti  pemerintah membuat dasar-dasar yang boleh mendapat sokongan rakyat.

Persengkitaan kaum dan agama  berlaku secara terang-terang melalui insiden-insiden seperti isu kalimah Allah, rampas Bible dan banyak lagi yang menggambar ketidapuasan hati orang Melayu terhadap kaum Cina yang jelas memberi sokongan kepada parti pembangkang dalam dua pilihan raya umum berturut-turut.

Apakah ada kemungkinannya,  bangsa Melayu mengambil keputusan “berkerat rotan, berpatah arang” dengan kaum Cina. Mengorbankan soal pembangunan ekonomi demi mempertahan politik ketuanan Melayu mereka.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/11/malaysia-mundur-kerana-melayu/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2014 05:06 PM | Show all posts
susah nk hadam

ade perkara yg dah ditwistkan

freemsiatday? saya tiada idea dgn perjuangan web ini. ttp mjadikan tun sbg idola @ skadar mmetik
celaan negatif kpd org melayu hanya utk meraih bacaan rapat umum kaum mlayu dan cina yg senantiasa dilagakan?
(persoalannya siapa tun disisi mereka hero atau sebaliknya)

Petikan:
"Manakala para cendekiawan dan pengusaha Cina berhujah, Malaysia gagal mencapai taraf negara maju kerana orang Melayu dan pentadbir Melayu  penghalang sebenarnya".
-Lebih tepat dalang sebenar mahu mmerintah Msia dan melemahkan kekuatan ethnik melayu sahaja dan bukan mahu merubah sikap melayu dlm perkembangan ekonomi-

Di sini saya nmpk isu Melayu yg diutarakan terlalu gomol negatif. Kamu beri contoh negara
K.Selatan, Taiwan dan Singapura! (negara pemimpin mata sepet yg bervalue)

Lantas mana hilangnya Main Chaina land? What about N.Korea? Japan? Weren't they half of Chinese descendant or core descendant? (x yakin nk sebut sbb mreka byk issue kan?)-Not all ketuanan China
akan berjaya mmbuka langit ekonomi.

"eniaga Cina terpaksa mengorban sebahagian keuntungan yang boleh dilabur untuk membesarkan perusahaan untuk membayar orang-orang politik dalam bentuk komisen, kickbacks dan sebagainya".
-Lebih tepat namanya rasuah

Tajuk akhir Melayu terlalu tamak adalah benar, kebanyakan peniagaannya begitu.Saya ambil contoh MAS
berapa keuntungan tidak diwartakan.Sentiasa disidai isu kelemahan pentadbiran pengurusan kewangan.
Ttp masih mampu merongkol servis airline terbaik, bukan!

Terkilan saya akan penghabisan artikel ini masih menyalahkan genetik melayu untuk dilagakan dgn cina.
Modal artikel tidak ubah spt "melepaskan anjing tersepit pemikiran sendiri yg sempit".
Sepatutnya digarap karangan yg mampu mengubahkan persepsi org melayu ke arah lebih maju bukan melagakan utk dpt habuan sebesar debu terbang.

Sepakat dan jalinan kerjasama antara Melayu, Cina, India Sabah, Sarawak dan Orang Asli lah yg menjadikan msia ini mampu mengakses pencapaian 2020. Bukan tumpuan 100% akses satu kaum semata.
Sekarang negara multiracial sudah jarang disebutkan.

Ape kata rakyat berganding bahu mjadikan Msia negara Pertama Multiracial yg berjaya dimasa hadapan, dan bukan lg menghasilkan artikel menghentam kaum, tidak kiralah kaum apa sekali pun.

Isunya bukan kerana bangsa dan kaum tetapi sikap femikiran penduduk disesebuah negeri tersebut.
Ya pucuk pimpinan memainkan peranan ttp sama-sama kita rakyat menunjuk hala tuju yg benar kpd pimpinan atas supaya beliau sedar dan bukan berangan.


P/s: Mampu pula Melayu Msia diludahkan?sudahlah terkontang kanting mahu berdiri sendirian, dihentam hinaan pula.

Maaflah saya menyindir, mari melayu cina india semua berubah ke arah negara dan diri nan mampan.
Siapa Musli Oli ini yek?


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 05:09 PM | Show all posts
penat tulis berdepa-depa,
ckredit satu jek.

dunggoh membazir masa

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 05:25 PM | Show all posts
popjack posted on 14-1-2014 05:06 PM
susah nk hadam

ade perkara yg dah ditwistkan

Tapi kenapa kat Singapork HK dan Taiwan yang majoritinya bangsa Cina sepet tapi indeks rasuah mereka sangat baik di kaca dunia?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 09:36 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 14-1-2014 05:25 PM
Tapi kenapa kat Singapork HK dan Taiwan yang majoritinya bangsa Cina sepet tapi indeks rasuah mere ...

i have no idea
aku x pnah g sane..khi khi khi

myb bngsa sepet d sane moralnya tinggi jah oiiiiii!!!
nk dbndingkan dgn lain2 tmpt yg konserve ya hamat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:40 AM | Show all posts
popjack posted on 14-1-2014 09:36 PM
i have no idea
aku x pnah g sane..khi khi khi

Awak tak perlu pergi ke sana untuk melihat. Kat internet pun dah boleh check indeks rasuah. Hong Kong dan Singapore merupakan antara negara paling bebas rasuah di serata dunia. Kalau nak ikutkan pendapat ko, sepatutnya tak mungkin berlaku sebab penduduk sana majoriti Cina kan?
Yang paling sedih pulak ialah negara Islam banyak yang dapat kedudukan yang teruk macam Indonesia. Jadi, pada saya, rasuah ni tak ada kaitan langsung ngan mana-mana satu bangsa dan agama. Kalau kerajaan lemah dalam memerangi rasuah, maka rasuah tetap akan berlaku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2014 10:29 AM | Show all posts
Malaysia mundur kerana Melayu, OR
Melayu mundur kerana Malaysia?



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 11:42 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 15-1-2014 02:40 AM
Awak tak perlu pergi ke sana untuk melihat. Kat internet pun dah boleh check indeks rasuah. Hong K ...

Iye saye iyekan (nk perli aku le tu )

Pencerahan artikel ke-2 di atas:
"isu raswah berkait hati perot individu
bkn kaum ugama taraf pndidikan dll"

aku bg aspek pencerahan dari artikel asal jgn salahkan aku. ya ampunnnn   
sape suroh musli oli ni revealkan kelemahan penulisan beliyauu

singaporee hk n taiyuwan adelah pembenteras gejale rasuwah ttingi
dikalangan negare asia yg lain

sbb hukumannya jika dsabitkan adalah muflis/bankrupt D
harta dirampas tinggal sehelai sepinggang shingga menggemis kesadisan

si sepet ni kalu letak undang2 haihhhh mengalahkan hudud
mcm citer dinasti dulu2 kasi pancungggggg ja. zasssssssss

salam perkenalan rajin ko layan tulisan aku.khi khi khi







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 11:44 AM | Show all posts
Pleonasm posted on 15-1-2014 10:29 AM
Malaysia mundur kerana Melayu, OR
Melayu mundur kerana Malaysia?

Hahahhahha

aku dah jd junior
silalah ajar mcm ne nk tepek gmbr
gmbr tu kelakar...

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:25 PM | Show all posts
popjack posted on 15-1-2014 11:44 AM
Hahahhahha

aku dah jd junior

Congratz bro jadik junior
Nak belajar letak gambar, bro popjack boleh Klik Sini



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 03:16 PM | Show all posts
Pleonasm posted on 15-1-2014 12:25 PM
Congratz bro jadik junior
Nak belajar letak gambar, bro popjack boleh Klik Sini

wokeyhhhh
nti aku try
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 08:28 AM | Show all posts
malaysia mundur kerana ameno kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:52 AM | Show all posts
Pleonasm posted on 15-1-2014 10:29 AM
Malaysia mundur kerana Melayu, OR
Melayu mundur kerana Malaysia?

Melayu mundur kerana penjajah,
Tanpa penjajah ,melayu maju dan tanah melayu pernah jadi pusat perdagangan antarabangsa yg berpusat di malacca sebelum penjajahan kuasa2 barat yg mengubah struktur tanah melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Madey melayu ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.253810 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list