CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3308|Reply: 5

POSMAN HANTAR SURAT SALAH TEMPAT

[Copy link]
Post time 13-1-2014 07:19 PM | Show all posts |Read mode
pada 28.12.2013 yang lalu, surat panggilan temuduga kerja kerajaan telah saya terima dari kwn itu pun kawan saya ambil dari pejabat lama dan kami telah berpindah ke pejabat baru dah setahun..segala surat menyurat telah di alamatkan ke alamat baru., malangnya di atas kecuaian posman, beliau telah menghantar surat saya itu ke pejabat lama tetapi di alamatkan di alamat pejabat baru. Saya telah menelefon pejabat pos daerah dan telah dimarahi oleh penolong pengurus pos di situ kerana tidak memaklumkan kepada pihak mereka bahawa pejabat kami telah berpindah. Saya telah memberitahu hal ini kepada pengurusan tertinggi mereka dan tiada sebarang tindakan di ambil @ kata maaf dari mereka. Berkali-kali pihak saya dan suami menelefon pihak pos memberitahu bahawa ketidakpuasan hati kami memandangkan saya sangat2 memerlukan kerja tersebut. 4 hari lepas pengaduan saya kepada pihak pengurusan mereka, pegawai dan penolong pegawai yang memarahi saya tempoh hari telah hadir ke pejabat saya dengan tujuan mohon maaf. Pihak saya dan suami meminta agar mereka mengeluarkan surat maaf supaya surat tersebuut dapat saya gunakan sebagai ganti untuk mohon pekerjaan di Pos Malaysia dan surat tersebut saya hantar kepada kerajaan kerana tidakk hadir ke interview tempoh hari, namun sehingga petang tadi dan saya tidak menerima sebarang surat dari pihak pos malaysia. Saya sekali lagi menelefon pengurusan dan menyatakan bahawa saya tidak akan teragak2 utk mengambil tindakan.respon dari pegawai tersebut beliau ketawa kecil dan mohon saya memberi beliau tempoh sehingga 25.01.2013 untuk mengeluarkan surat tersebut. Di sini, saya tidak berpuas hati terhadap layan mereka dan apa kah yang patut saya lakukan? bolehkan saya membuat repot polis diatas kecuaian mereka dan menyaman mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 03:33 PM | Show all posts
tuuuuu takde prenggan.. berpinau mata jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:36 PM | Show all posts
penin plak ase.. uols mntk keje.. alamatkan surat menyurat dekat upis
n upis uols dah pindah tmpt len

so posmen slh anta surat ke upis lama? upis lama tu ada orang tak?? ke surat tu return?
pstu uols mntk pos tawarkan uols keje plak ke?

ttibe kurang paham huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2014 03:47 PM | Show all posts
genchi posted on 16-1-2014 03:36 PM
penin plak ase.. uols mntk keje.. alamatkan surat menyurat dekat upis
n upis uols dah pindah tmpt l ...

haha sori ye... opis dah pindah ke bangunan baru.. surat panggilan interview adalah alamat opis baru.. tapi posman p letak kat opis lama(opis sama yang bertukar adalah tempat & alamat).. xda sape p tgok surat kat opis lama sebab semua surat sampai ke alamat baru.. kebetulan kwn
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:51 PM | Show all posts
mass86 posted on 16-1-2014 03:47 PM
haha sori ye... opis dah pindah ke bangunan baru.. surat panggilan interview adalah alamat opis ba ...

owhh ok.. pstu skunk ni mslhnya pos opis taknak bertanggungjwb ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2014 04:05 PM | Show all posts
aá... dorg x nk bertanggungjwb... satu kerugian yang amat bagi sy sebab terlepas interview tu... ape yang patut saya buat sekarang untuk puaskan hati saya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.158203 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list