RASANYA lama sungguh Syed tak dengar cerita tentang pasangan ini. Kalau nak ikutkan memang tak banyak sangat cerita tentang Awal Asaari dan Scha Al- Yahya kedengaran sejak mereka berkahwin. Iyalah kalau masa bercinta dulu semua orang nak tahu macam-macam. Bila dah berkahwin tidak ada lagi cerita macam itu melainkan hal-hal kerjaya semata-mata.
Tapi Syed tengok sejak berumahtangga masing-masing memang dilimpahi dengan rezeki yang tak putus-putus. Kalau Scha sibuk berlakon dan mengacara program Muzik-Muzik, Awal pula dengan rancangan Melodi!
Baru-baru ini ada rakan-rakan terdekat dengan mereka bercerita kepada Syed tentang pasangan ini. Bukan cerita tak baik pun tetapi cerita tentang Scha yang dikhabarkan sedang hamil.
Betul ke Scha? Sudah berapa bulan?
Kata sumber ini memamg Scha disahkan mengandung baru-baru ini. Katanya lagi kalau ada yang perasan Scha banyak memuat naik gambar dia yang tak berapa nak sihat sejak akhir-akhir ini.
kalau betul tahniah lah utk depa duaorg... scha ni kalau ngdung musti naik kat perot aje...dia jenis kurus kan..kalau jenis muntah2 haruslah 3 bulan pertama kurus /turun berat bdn...then start 5 bulan baru lah selera siket2 makan.... kalau betul pregnant... awal harus jaga dia leklok....