Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Tahun lalu pelakon Zul Ariffin, 27, ada membuka mulut menyatakan yang dia sudah bersedia untuk memperisterikan kekasi hatinya, penerbit Gayatri Su Pillai (Gaya), 38, dalam masa terdekat. Namun perkembangan terbaru, aktor bertubuh sasa ini menyatakan dia belum lagi berasa betul-betul teruja mahu berkahwin.
"Soal nak kahwin tu masih tetap dalam perancangan. Tapi kami tak terburu-buru. Tak ada apa yang nak dikejarkan pun...
"Memang saya dah bersedia dah nak kahwin. Tapi saya belum rasa 100% keterujaan untuk berkahwin. Saya lebih memikirkan kehidupan selepas berkawin. Banyak yang perlu difikirkan misalnya dari segi ekonomi, kerjaya dan tanggungjawab sebagai suami", katanya ketika ditemui pada sidang media supertelemovie, 'Qadr' dan 'Panik', di The Gardens, semalam.
Zul dan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw bercinta sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem 'Penanggal'. . Ditanya adakah disebabkan dia perlu memikul tanggungjawab membimbing bakal isterinya itu memandang Gaya akan bergelar saudara baru sekiranya dia berkahwin dengan Zul nanti. Namun kata Zul, hal itu langsung tidak menjadi masalah besar buatnya. Malah Zul mendedahkan yang Gaya ada memberitahu yang dia mahu mendalami Islam terlebih dahulu sebelum mereka diijabkabul.
"Soal nak membimbing dia tu, bagi saya tak jadi masalah. Dia pun ada beritahu saya supaya beritahu dia awal tentang kahwin. Sebab dia pun nak buat persiapan untuk diri iaitu memeluk Islam dan mendalami agama Islam. Dia pun sebenarnya dah bersedia untuk berkahwin",ujarnya yang mengharapkan semua peminat mendoakan hubungan cinta berakhir hingga ke jinjang pelamin.
Timba Pengalaman di Indonesia
Beralih pula tentang lakonannya menerusi supertelomovie 'Panik', Zul berkata dia sangat teruja dan bertuah kerana dapat menjayakan drama tersebut. Biarpun hanya empat hari saja menjalani penggambaran karya tersebut di Jakarta, menurut Zul dia banyak menimba pengalaman baru terutama dari segi cara kerja dengan produksi dari negara jiran itu.
Sekaligus impiannya mahu bekerja dibawah arahan sutradara terkenal Indonesia menerusi filem seperti 'Ayat-Ayat Cinta' dan 'Perahu Kertas', Hanung Bramantyo, tercapai jua.
"Hanung seorang yang sangat simple dan profesional. Walaupun pada mulanya semasa ditawarkan berlakon dalam telemovie ini saya tak kenal pengarahnya. Kemudian saya dapat tahu dia dah hasilkan banyak karya yang bagus. Rasa bertuah dapat bekerja dengan pengarah yang mempunyai nama besar di Indonesia.
"Bila dah masuk set, satu pengalaman baru bagi saya. Cara kerja kru produksi serba-serbi pantas dan mereka sangat menepati masa", katanya.......................................................
Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... ahwin-zul-ariffi...
|