CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 6

Refund Tiket AirAsia - Hak Saya?

[Copy link]
Post time 9-1-2014 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya nak mohon pendapat otai2 disini tentang hak saya kepada tiket kapal terbang Airasia.

Tiket saya 5 Dec 2013, atas sebab banjir kt kuantan kemaman saya telah terperangkap dan tak boleh utk keluar ke Kuala Lumpur, saya telah menulis surat kpd Airasia melalui e-form bagi mendapat maklumbalas. Namun selepas 14 hari mereka telah menolak pemohonan saya atas sebab "no refund policy". Tidak boleh ke Airasia lebih bertimbangrasa dengan masa banjir seperti saya, yg terperangkap tidak boleh sampai ke LCCT.

Alhamdulilah saya mendapat pampasan untuk tiket bas ke KL, Hatta Tune hotel juga menawar pampasan kepada booking hotel saya, walaupun berbentuk credit berjangka masa 6 bulan dari tarikh pembatalan. Tetapi tidak untuk tiket kapal terbang. Tidak boleh ke Airasia mempertimbangkan permasalahan saya terperangkap di kemaman disebabkan banjir. Airasia sebagai syarikat gergasi tetapi kurang dorongan kepada kebajikan kepada penggunanya. Saya sudah mengambarkan Airasia hanya mementingkan keuntungan sahaja.

Adakah ade agensi kerajaan atau NGO yg saya leh rujuk utk bantuan. Adakah saya menpunyai hak utk mendapat balik pampasan? Diharap otai2 dapat memberi pendapat yg berguna. Terima Kasih.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 12:11 PM | Show all posts
Kasihan you, malangnya klu tiket murah tu memang no return policy..klu dah klik tu tanda dah setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 12:18 PM | Show all posts
dengan AA cabuk ni rentikanlah cerita pasal hak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2014 03:23 PM | Show all posts
cantiko posted on 9-1-2014 12:11 PM
Kasihan you, malangnya klu tiket murah tu memang no return policy..klu dah klik tu tanda dah setuju. ...


Memanglah no return policy, hanya mengharap timbang rasa kepada mangsa keadaan banjir.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2014 03:37 PM | Show all posts
alepmama posted on 9-1-2014 12:18 PM
dengan AA cabuk ni rentikanlah cerita pasal hak




AA bukan cabuk, AA a very successful aviation company. Saya percaya semua penguna berhak atas setiap duit yg kita belanjakan utk mendapat perkhidmatan yg sewajarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 10:56 AM | Show all posts
kes awak ni saya rasa menarik kalau boleh di bawak ke Tribunal Tuntutan Pengguna. pi daftar then bila waktu perbicaraan, konteklah wartawan 1 atau 2 surat kabar. tgok saiko dorang mcmana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2014 08:50 AM | Show all posts
kuppit posted on 10-1-2014 10:56 AM
kes awak ni saya rasa menarik kalau boleh di bawak ke Tribunal Tuntutan Pengguna. pi daftar then bil ...

Terima Kasih bro

(Terlupa kita ada badan begini)*
Jap gi nak gi ke Tribunal nak dapat nasihat, semoga Allah permudahkan urusan saya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055638 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list