- Kontena di parkir kereta yang terbakar, awal pagi semalam. Gambar kecil: Warga Myanmar rentung dibakar hidup-hidup. Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KUALA LUMPUR – Angkara dendam seorang penjaga parkir warga Myanmar rentung setelah dibakar hidup-hidup dalam sebuah kontena, di Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, di sini, awal pagi semalam.
Sungguh tragis kerana ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa bersama rakannya sedang nyenyak. Bagaimanapun, rakan mangsa hanya melecur.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, siasatan menemui dua tong plastik mengandungi minyak tanah di tempat kejadian.
"Pemeriksaan juga menjumpai sebatang kayu pencucuh dipercayai digunakan untuk memulakan api,” katanya.
Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi berhubung sebuah kontena terbakar dan 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.
“Api sedang marak ketika kami tiba di lokasi kejadian, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan hanya melecur pada kulit,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya percaya terdapat unsur khianat dan jenayah dalam kejadian itu.
“Kita percaya kejadian kebakaran itu sengaja dengan niat membunuh. Kita ada petunjuk positif berhubung kes itu dan akan melakukan tangkapan terhadap individu terbabit dalam masa terdekat.
“Kita percaya motif kejadian adalah berkaitan pungutan parkir di kawasan itu,” katanya.
Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
http://www.sinarharian.com.my/di ... ana-dendam-1.238567
|