CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11974|Reply: 34

Kenapa Wanita Suka Merajuk

[Copy link]
Post time 8-1-2014 10:33 AM | Show all posts |Read mode



Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 10:38 AM | Show all posts
Saya tak suka merajuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:29 AM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 8-1-2014 10:38 AM
Saya tak suka merajuk

saye puji sikap andaa
suke membebel x?


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:34 AM | Show all posts
-edited-
Last edited by udahudahler on 8-1-2014 11:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:35 AM | Show all posts
udahudahler posted on 8-1-2014 11:34 AM
baguslah mcm tu..tak suka merajuk..
lelaki mmg suka perempuan macam ni..
daripada melayan wanita ...

ni dah kenapa plak ni ..tetiba je
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:36 AM | Show all posts
Sagoo posted on 8-1-2014 11:29 AM
saye puji sikap andaa
suke membebel x?

Membebel tu kurang tapi kalau dah salah/mmg bersalah bebelnya boleh sampai 2 3 4  hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 11:38 AM | Show all posts
Sagoo posted on 8-1-2014 11:35 AM
ni dah kenapa plak ni ..tetiba je

Hehe...sowi awk...sy silap reply...
maafkan sy..:-)
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:38 AM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 8-1-2014 11:36 AM
Membebel tu kurang tapi kalau dah salah/mmg bersalah bebelnya boleh sampai 2 3 4  hari

gile lame ...4 hari marathon tanpa henti....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 11:39 AM | Show all posts
udahudahler posted on 8-1-2014 11:38 AM
Hehe...sowi awk...sy silap reply...
maafkan sy..:-)

silap reply ke mmg sengaje buat silap?

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:51 AM | Show all posts
Sagoo posted on 8-1-2014 11:38 AM
gile lame ...4 hari marathon tanpa henti....

Mesti .... baru beringat sikit kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:55 AM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 8-1-2014 11:51 AM
Mesti .... baru beringat sikit kan

semoga berjaya mendpt lelaki bertuah tersebut

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:58 AM | Show all posts
Sagoo posted on 8-1-2014 11:55 AM
semoga berjaya mendpt lelaki bertuah tersebut

Hahahahha. bertuahlah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:58 AM | Show all posts
aku cepat mengajuk..tapi cepat pujuk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:11 PM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 8-1-2014 11:58 AM
Hahahahha. bertuahlah sangat

saje je ckp mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:19 PM | Show all posts
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.


kalo ada bnyk benda nak pikir, baik jgn gatal nak bercinta..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:16 PM | Show all posts
aku suka merajuk..aku dah bgthu tunang awal2.. tgah2 borak dlm tepon, aku tiba2 senyap..dia ckap aku merajuk..padahal tgah pikir ayat nk sembang..sbb asik2 aku jer kuar modal..

tp memang suka merajuk pun.. lg2 bila dia tdo masa tgah2 msej.. aku merajuk la pgi tu.. sajer balas msej lmbat..dia dh paham..siap ckap kenapa x call jer kalau dia x blas mesej..aku x smpai hati nk call masa dia tdo..

tp kalau aku tertdo dia cepat2 call.. lepas tu tnya merajuk ker sbb x blas mesej

payah gak sebab dah kena cop suka merajuk ni..
tp aku merjuk skejap jer..dia call msej dah ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 11:14 AM | Show all posts
akak perhati kapel bergaduh siap merajuk pelbagai, sahaja jah nak gedik lebih.
biasalah cikki feeling permaisuri
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 02:05 PM | Show all posts
macam mana tak merajuk? janji nak tolong time pindah ri tu...pasang lampu toilet, pasang hanger baju belakang bilik dia, dan banyakkkk benda lain yg belum settle, alih alih dia pi operasi. Balik lewat, anak anak pun dah tidur. Yang sulung tu memang rapat gila dgn ayahnya, tapi dah hampir 5 hari tak jumpa...

macam mana tak merajuk? janji nak dinner kat luar, tapi dia tukaq plan angkut semua balik kampung sebelah dia.....

macam mana tak merajuk? time kita cakap, dia sibuk check kerja kat henpon.....


ni dok tulih ni pun, rasa hati bagai di sayat sayat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 02:35 PM | Show all posts
mcm mana nak majuk?
sy xreti wooo nak majuk2 nie...xkuasa aihhh..
salah tegur je..kalau tsentap minta maaf.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 07:45 PM | Show all posts
senang merajok n senang dipujuk..
kdg2 xperlu bunga ke hadiah bagai..
bwt bnda simple pn da ok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list