CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2236|Reply: 3

[Tempatan] {11} Perkhidmatan percubaan bas elektrik di Melaka Rabu ini !

[Copy link]
Post time 6-1-2014 04:15 PM | Show all posts |Read mode
06/01/2014 2:02pm

MELAKA - Melaka akan memulakan perkhidmatan percubaan bas elektrik di Bandar Hilir selama tiga bulan bermula Rabu ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.


Beliau berkata, tiada sebarang bayaran dikenakan sepanjang tempoh percubaan sebagai promosi kepada pengguna di samping untuk mengkaji laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan.


Katanya, bas yang beroperasi di bawah anak syarikat kerajaan negeri Panorama Melaka Sdn. Bhd. akan melalui kawasan bersejarah dan tarikan pelancong di Bandar Hilir seperti Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana.


"Apabila kita dapat laluan yang sesuai, kita terus tentukan berapa unit bas yang kita akan gunakan di masa depan. Buat masa ini kita mula dengan sebuah dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas memandu uji bas tersebut di Seri Negeri di sini hari ini.


Idris berkata, bas yang mengguna pakai teknologi hijau daripada China itu boleh bergerak sejauh 300 kilometer sebelum perlu dicas semula serta ia boleh memuatkan maksimum 60 penumpang pada satu-satu masa.


Ia berharga RM1.35 juta sebuah, katanya.


"Kerajaan negeri juga akan mewujudkan polisi yang mana kenderaan yang menggunakan teknologi hijau akan dibenarkan merentasi kawasan warisan terutamanya di hadapan Kota Porte de Santiago (A-Famosa) dan juga bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan,” kata beliau. - Bernama

kosmo

p/s berdoa la bas letrik tak meragam mcm tren...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 04:39 PM | Show all posts
tarif elektik naik, harga minyak pon naik..
tambang jdi double kah?

bas solar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 09:26 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:28 PM | Show all posts
ptut panggil sultan melaka rasmikn.
xpun offer keje driver kt dia, msti dia sanggup..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.545841 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list