View: 11224|Reply: 86
|
[Jenayah]
Wow! Kereta wira muat 4 ekor lembu gituu!!!
[Copy link]
|
|
Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta
Tarikh: January 5, 2014
KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama
Last edited by xanderz on 5-1-2014 05:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
orang kedah ni memang kepelikang tanpa batasang...dulu pun ada satu kes kat kulim gak curi lembu masuk kreta wira...orang sama kah??? |
|
|
|
|
|
|
|
DUA lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat Kulim, awal pagi Ahad. Foto BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nye tgk lembu tu..mcm terseksa je kena sumbat dlm wira tu:Q |
|
|
|
|
|
|
|
lembu manala yg tak nak merasa naik proton wira...keseronokan lembu2 tu aku tengok..tu belum preve yg sarat dgn ciri2 keslamatan |
|
|
|
|
|
|
|
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
PENCURI SUMBAT EMPAT EKOR LEMBU DALAM PROTON WIRA DIKESAN
Kulim, 5 Jan - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
jetrofa posted on 5-1-2014 06:28 PM
lembu manala yg tak nak merasa naik proton wira...keseronokan lembu2 tu aku tengok..tu belum preve ...
kebangga peyno nih....
|
|
|
|
|
|
|
|
tak obvious ke kalau lombu2 tu dok dalam kete???bergoyang2 camtu...cam gampang je... |
|
|
|
|
|
|
|
terkseksa binatang tue ... |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan aku, nak ker wanita2 umno nih naik wira...? Ketua mereka pun hanya naim mercedes jerk... |
|
|
|
|
|
|
|
cam mana lah boleh didik lembu masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
berkali2 i baca kut tersalah baca....4 ekor lembu dalam satu kereta wira??...
kesiannya lembu tu...
padan muka kereta rosak dan berputih mata...
ni kalau tak kena tangkap mesti mencuri lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
inilah cara manusia buat kat lembu lepas tu berangan nak masuk sorga |
|
|
|
|
|
|
|
mendap kereta... |
|
|
|
|
|
|
|
jenoh nk sumbat lembu dlm qeta aih.
harga myak naik, abeh org mengamuk..
ni lembu plak naik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala baiknye lembu tu.. elok je duk diam |
|
|
|
|
|
|
|
kat kulim selalu je ada macam2 kes..orang kedah pelik2 la perangainya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terpikir mcm mane la nk sumbat 4 ekor dlm wira, mesti ambl masa gak... |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 5-1-2014 06:31 PM
kebangga peyno nih....
Yg kebangga sangat tu preve n suprima kot...silap komen siap ngko d tuduh "itu-itu juga" :lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|