View: 1676|Reply: 3
|
[Jenayah]
Senjata Tajam Ditemui
[Copy link]
|
|
Beberapa jam sebelum itu, empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi.
Ia dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram sebelum ditemui anggota polis bantuan pada jam 9.30 malam.
Tambah beliau, tiada tangkapan dilakukan malam tadi dan polis mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15, Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis juga katanya akan mengesan beberapa pemimpin politik pembangkang yang dilihat berada di lokasi perhimpunan haram itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Batal Angkara Tindakan Ganas Peserta Perhimpunan
Lain pula kisahnya di dataran merdeka apabila sambutan tahun baharu dicemari tindakan ganas peserta perhimpunan haram.
Konsert sempena menyambut tahun baharu terpaksa dihentikan kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.
Ini berikutan peserta perhimpunan haram bertindak ganas merempuh barisan anggota polis untuk merampas pentas konsert itu selain membaling objek seperti botol ke arah pentas.
Lebih 10 ribu orang sedang menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur apabila kejadian itu berlaku.
Peserta perhimpunan itu menyerbu masuk ke pentas konsert dari segenap sudut dan berkumpul di hadapan pentas.
Konsert itu yang bermula pada pukul 8.30 malam berjalan lancar sehingga sekumpulan peserta perhimpunan merempuh halangan polis dan menyebabkan konsert terganggu.
Ia terpaksa diberhentikan pada pukul 11.30 malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lima Yang Cedera Dirawat Sebagai Pesakit Luar
Lagi mengenai sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka yang dicemari perhimpunan haram.
Tiga orang anggota polis dan dua lagi orang awam dilaporkan cedera dalam perhimpunan terbabit malam tadi.
Kejadian berlaku ketika peserta perhimpunan bertindak ganas dengan merempuh kawalan polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka pada jam 11 malam tadi.
Kesemua yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Ada juga yang bertindak liar dengan membaling objek seperti botol air ke arah pentas.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan beberapa tetamu kehormat terpaksa diiringi keluar oleh pihak berkuasa dari khemah tetamu berdekatan pentas.
|
|
|
|
|
|
|
|
senjata tumpul lagi bahaya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|