CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11059|Reply: 97

[Tempatan] Pengguna Berokband teraniaya saman Telco

[Copy link]
Post time 1-1-2014 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna dakwa teraniaya
  • Nadzim (berdiri, tiga, kanan) bersama sekumpulan mangsa perkhidmatan jalur lebar yang didakwa teraniaya.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


KUALA LUMPUR - Tidak puas hati dengan perkhidmatan jalur lebar yang tidak berfungsi sebaiknya seperti yang dijanjikan, sekumpulan pengguna nekad akan mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah syarikat pembekal perkhidmatan itu.

Masalah tersebut dikatakan berlarutan sejak beberapa tahun lalu hingga membuatkan pelanggan rasa tertipu dan teraniaya disebabkan kegagalan sistem perkhidmatan tersebut.

Lebih teruk apabila ada dalam kalangan pelanggan yang disenarai hitam dalam sistem CTOS kerana bil tertunggak berikutan masalah perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Keadaan itu juga menjadi ‘fenomena’ dengan kewujudan sebuah ‘group’ di Facebook yang mempunyai kira-kira 18,000 ahli, dipercayai pelanggan yang menjadi mangsa kepada perkhidmatan tersebut.

Salah seorang pelanggan, Mohd Rizuani Mohd Yahya, 38, berkata, masalah paling ketara adalah jalur lebar tidak dapat diakses meskipun berada dalam kawasan liputan yang dimaklumkan.

Menurutnya, yang juga pengelola ‘group’ Facebook itu, pelanggan tertekan berikutan terpaksa membayar bil sedangkan perkhidmatan tidak dapat digunakan, di tambah dengan kontrak yang ditandatangani selama dua tahun.

“Pihak syarikat berkenaan juga enggan bekerjasama dengan pelanggan yang berurusan disebabkan masalah tersebut, jadi pelanggan perlu bayar walaupun perkhidmatan tidak berfungsi.

“Sehinggakan ada insiden baru-baru ini berlaku di sebuah pusat membeli-belah, pelanggan mengamuk di kaunter untuk membuat tuntutan.

“Lebih teruk, ada pelanggan yang menerima surat dengan kepala surat syarikat guaman kononnya tindakan yang dikenakan oleh syarikat perkhidmatan itu, tetapi apabila disiasat, ia hanya sekadar draf tanpa membabitkan mana-mana peguam. Ini adalah tidak beretika,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.

Usaha Mohd Rizuani ‘mengumpulkan’ pelanggan yang menjadi mangsa, juga mendapat perhatian daripada pihak syarikat perkhidmatan berkenaan di mana telah bertindak menawarkan pembayaran balik seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya, namun meminta agar ‘group’ berkenaan ditutup.

“Saya menerima e-mel daripada syarikat tersebut, tetapi mengapa hanya saya sahaja ditawarkan penyelesaian? Tetapi tidak kepada semua yang menjadi mangsa,” katanya.

Bagi pelajar, Farhanees Ramli, 32, dia mula mendaftar sebagai pelanggan sejak Jun lalu, dan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan tersebut pada Oktober disebabkan gagal memperolehi akses talian setelah berpindah ke Puncak Alam.

Namun katanya, dia berdepan masalah apabila masih menerima bil walaupun telah menamatkan perkhidmatan tersebut.

“Saya telah menyelesaikan semua bayaran termasuk untuk membersihkan nama di CTOS, ketika berurusan di ibu pejabat syarikat berkenaan, malah mereka menawarkan potongan pembayaran disebabkan saya tidak dapat menggunakan perkhidmatan itu.

“Apabila dirujuk kembali, pihak syarikat perkhidmatan itu memaklumkan yang terdapat masalah teknikal, tetapi mengapa sehingga tiga bulan? Saya juga dimaklumkan perkhidmatan belum dipotong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, isu berkenaan telah dibawa ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan surat tuntutan penjelasan telah dikeluarkan kepada pihak syarikat berkenaan dan diberi tempoh sehingga 2 Januari.

Katanya, situasi itu tidak wajar berlaku dan tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat bertanggungjawab kerana melibatkan penganiayaan kepada pengguna dan terdapat unsur penipuan dalam pengiklanan dan kegagalan perkhidmatan.

“Akta yang ada mungkin tidak cukup kuat untuk melindungi pengguna dan memberi pengajaran kepada pihak lain sekiranya pihak syarikat ini didapati bersalah. Penyeragaman syarat dan terma bagi perkhidmatan jalur lebar juga perlu dibuat dengan kelulusan daripada SKMM agar pengguna tidak terus menjadi mangsa.

“Kita harap perkara ini dapat diberi perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab, termasuk KPDNKK dan PPIM akan bersama-sama dengan pengguna yang menjadi mangsa untuk mengambil tindakan mahkamah,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni p1 kan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap membuahkan hasil positif
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 02:43 PM | Show all posts
potong.................
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 02:49 PM | Show all posts
Pakai &#8482; gak best.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 02:52 PM | Show all posts
rasnya P1 kot..

TM so far xde involve CTOS nih...

telco lain ade ke? Last edited by MengkuduMasam on 1-1-2014 02:53 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2014 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
P1 ni memang patut kena
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:03 PM | Show all posts
sampai kena CTOS, teruknyerr.. walhal servis ke laut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 03:05 PM | Show all posts
kenapa tak didedahkan sahaja broadband apa..berita begini buat org tertanya dan buat spekulasi sahaja....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:07 PM | Show all posts
ni P1.. patut yang hadir 350 orang. tp yang hadir 6 orang.. nasib baik wartawan terima berita..yang lain sembang je lebih dalam group p1 suck..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
memang P1. Dah potong pun, bil jalan gak. Servis tak ada pun masih charge lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:12 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 1-1-2014 03:07 PM
ni P1.. patut yang hadir 350 orang. tp yang hadir 6 orang.. nasib baik wartawan terima berita..yang  ...

ko pun ade ke dlm grup tu?

biasala..melayu sembang kencang
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:13 PM | Show all posts
semoga ini permulaan kejatuhan P1
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:14 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 1-1-2014 03:12 PM
ko pun ade ke dlm grup tu?

biasala..melayu sembang kencang

ada je dlm group tu... ada yang jual baju. dulu kan aku buka thread pasal wimax tu.. dpt daripada group tu... lg satu mmg susah 31 december orang nk dtg.. time ofis hour.. lain lah 1 januari public holiday?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:18 PM | Show all posts
little_sis posted on 1-1-2014 03:03 PM
sampai kena CTOS, teruknyerr.. walhal servis ke laut..

aku pun kena daaa.... p1....aku terminate dgn call.... service tak pakai..... kontrak tamat dah.... alih dpt sms suh byk bil tertunggak rm1k.... mmg layak dipanggil pig1..... dah selamat masuk ctos.... aku dah byr separuh die kata settle.... tp ade lg dlm 200 plak.... psl modem bodoh die tu aku tak hantar..... dah malas nak layan...... dgn kena saman ni hrp nama aku clean dgn ctos.... psl pig1 nih..... nak suruh org byr.... die tak kira serbis mcm taik tuh..... sapa tak angin package 5Mbps..... kdg2 speed hanya 100kps..... aku pakai dail up lg baik....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la yg terkena tu p saman dari memekak dlm forum...ppt pet pot pet...ngadu nasib



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 03:27 PM | Show all posts
sian org bodoh takde life nih....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:29 PM | Show all posts
monopoly wired jugak yang terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:44 PM | Show all posts
pakan muda bodoh sapa yg kena dengan P1
tu la dulu2 kutuk tm sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 03:46 PM | Show all posts
P1 punya kes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058295 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list