CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5088|Reply: 9

Brazil jadi Kutub Utara, India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka beku 2015?

[Copy link]
Post time 26-12-2013 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Brazil jadi Kutub Utara, India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka beku 2015?



Sabda Nabi saw :Apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu, walau terpaksa merangkak di atas "salji" maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal).

Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara. Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.

Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.

Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas beralih menjadi negeri bersalji. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.

Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga mungkin akan menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti.

Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya.

Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.



Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.

Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa pula berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.


Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.
Wallahualam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 10:53 AM | Show all posts
jadi perlukah kita melalak ?

hmm?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 10:55 AM | Show all posts
pandai ye ...dikaitkan bukti saintifil dengan  hal pemuda bani tamim  dan ....??

sumber ade tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:11 AM | Show all posts
pemuda bani tamim akan muncul dari tanah mulayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 12:02 PM | Show all posts
Bro, dah confirmkan dengan orang Malaysia yang ada di Mesir berkenaan perkara ini? pelajar Malaysia ramai kat sana cer tanya pasal ni ada tak salji di piramid tue
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 12:52 PM | Show all posts
pasal mesir ade salji ni dah tersebar kt fb..waallahualam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2013 03:52 PM | Show all posts
Thread ramalan dan sewaktu dengannya akan masuk ke sub board...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 09:56 PM | Show all posts
Kalo tasik tu beku, bole le merangkak kt situ
tp kalo otak dh beku...apa pon x bole.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Jum mengikhlaskan apa yg kita lakukan kerana Allah. Insya`allah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 11:44 PM | Show all posts
woit takkan pantas gitu kot
kalau camtu...tergolek abis le semua

taklah cepat camtuuuu
kan kalendar maya dah masuk ERA BARU (lagi terrer depa2 ni nuuu)
maka bermulalah kembali recycle bumi ni
maklumlah bumi pun hidup - nak gak dia repairkan diri sendiri
cam yg lepas2 tuuuuu

so jangan kalut2 ya - steady jeee n TENANG SELALU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.442729 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list